Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZJana pendapatan sampingan melalui minat
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Jana pendapatan sampingan melalui minat

Bagi pemain profesional dalam bidang e-sukan, Ashif Halaj Abdul Majid yang juga mahasiswa Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minat bermain permainan dalam talian itu memberi peluang kepada dirinya untuk menjana pendapatan sampingan.

Katanya, bidang e-sukan bukan saja cabang yang membuang masa semata-mata sebaliknya jika diuruskan dengan sistematik dan bijak, ia mampu memberi manfaat kepada pemain itu sendiri dari pelbagai aspek.

“Bidang ini ada kelebihan tersendiri tetapi pokok pangkalnya bergantung kepada pemain itu sendiri. Dalam konteks ini, saya berpendapat e-sukan melatih saya untuk lebih bijak mengatur strategi, membuat keputusan dan menjana pendapatan sampingan untuk menampung kos di universiti serta kehidupan seharian.

“Kebiasaannya saya menjana pendapatan melalui hadiah kemenangan yang diraih daripada kejohanan yang disertai malah saya lihat bidang e-sukan pada hari ini menawarkan banyak hadiah yang lumayan sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa,” katanya yang kini mewakili pasukan Red Esport (RED).

Ash kini mewakili pasukan e-sukan yang dikenali dengan nama Red Esport (RED).

Pemain yang lebih dikenali dengan nama Ash itu mula menceburi bidang e-sukan sejak menyambung pengajian di UKM pada 2018, bermula dari bawah sehinggalah mampu menjadi atlet profesional pada hari ini.

IKLAN

Aktif sebagai pemain profesional dalam permainan Mobile Legend Bang Bang (MLBB), Ash pernah menyertai beberapa kejohanan termasuklah menjadi juara Infinite Series Championship S1, Ace Championship S1, dan XPAX Kejohanan E-sukan Kampus (KEK) Semester 1 dan 2.

“Saya juga pernah menyertai Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY) S7 dan berjaya mendapat tempat keempat.

“Tiada jalan singkat untuk mahir dalam bidang e-sukan ini melainkan latihan yang berterusan sama ada secara sendiri atau bersama pasukan untuk memperbaiki kemahiran bermain dan aspek komunikasi,” katanya lagi.

IKLAN

Berkongsi mengenai cabaran yang dihadapi sepanjang bergiat aktif dalam bidang e-sukan, Ash berkata pengurusan masa sangat penting supaya pengajian dan minat dalam bidang sukan elektronik itu dapat berjalan seiring.

“Sudah tentunya cabaran utama ialah membahagikan masa antara akademik dan minat. Bagi memastikan pembabitan aktif dalam bidang e-sukan ini tidak mengganggu pelajaran, saya akan memastikan setiap tugasan akan diselesaikan terlebih dulu sebelum memberi komitmen kepada aktiviti permainan dalam talian ini.

“Memandangkan pada tahun ini saya agak sibuk kerana perlu menyiap projek pengajian tahun akhir, aktiviti dalam bidang e-sukan diperlahankan sementara bagi memberi tumpuan kepada pelajaran,” katanya yang memperuntukan lebih daripada lapan jam untuk sesi latihan sekiranya perlu menyertai pertandingan.

IKLAN

Top 5 Streaming di Youtube

1. Soloz Club (1.4M Subscribers)
2. Syafiq Aiman (977K Subscribers)
3. Oohami (701K Subscribers)
4. Rezza Dude (701K Subscribers)
5. Kambing Golek (701K Subscribers)

Top 5 Streaming di Facebook

1. Soloz (2.4M Followers)
2. Fredo Sameon (1.3M Followers)
3. XK Penjahat (1.3M Followers)
4. Agusrianzz (716K Followers)
5. MissRose (671K Followers)

Artikel Berkaitan

MESTI BACA