Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZUTHM lancar visi, misi dan hala tuju baharu
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UTHM lancar visi, misi dan hala tuju baharu

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melancarkan visi, misi dan hala tuju yang baharu bagi merealisasikan hasrat untuk menjadi sebuah universiti teknopreneur bertaraf global serta berupaya melahirkan tenaga kerja mahir sejajar dengan keperluan industri.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Datuk Seri Ibrahim Ahmad yang diadakan secara langsung melalui saluran YouTube UTHM TV, baru-baru ini.

UTHM meletakkan misi baharunya iaitu “Menjadi universiti teknikal global dalam teknologi lestari dan pengangkutan” manakala visi baharunya pula ke arah “Menyediakan penyelesaian teknikal untuk keperluan industri dan komuniti berasaskan paradigma tauhid.”

UTHM juga menetapkan hala tuju baharu iaitu menjadi Global Technopreneur University menjelang tahun 2030 (GTU 2030) yang menyasarkan 100 peratus pendigitalan program pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dan 100 peratus kebolehpasaran graduan.

IKLAN

Ibrahim dalam ucapan pelancarannya berkata, UTHM akan meneruskan fokusnya untuk menghasilkan graduan profesional seperti mana yang telah digariskan dalam falsafah pendidikan universiti iaitu pendidikan dan latihan UTHM berteraskan paradigma tauhid bagi menghasilkan graduan kompeten, profesional dan berdaya keusahawanan dipacu teknologi termaju untuk pembangunan sejagat.

Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Datuk Seri Ibrahim Ahmad.

IKLAN

Menurut beliau, strategi universiti ke arah “Global Technopreneur” adalah merupakan satu manifesto untuk melahirkan graduan UTHM di peringkat antarabangsa yang berpengetahuan dan berkemahiran terutama dalam bidang sains dan teknologi.

IKLAN

“UTHM akan memastikan kualiti serta kaedah pembelajaran dan pengajaran sentiasa mematuhi piawaian antarabangsa.

“Pendigitalan institusi, peningkatan bakat dan kecekapan operasi universiti menjadi tulang belakang dalam pelan strategik universiti ini agar selari dengan perkembangan semasa dan masa hadapan dunia,” ujarnya.

Beliau turut menyeru warga UTHM untuk bersama-sama menghayati dan melaksanakan pelan tindakan yang telah digariskan oleh universiti demi memastikan wawasan GTU 2030 dapat direalisasikan.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA