Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZUTeM lancar bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang 2021 secara maya
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UTeM lancar bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang 2021 secara maya

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menjayakan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang bagi tahun 2021 peringkat UTeM secara maya, baru-baru ini.

Program yang diikuti warga universiti menerusi Facebook rasmi UTeM ini telah dilancarkan oleh Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim.

Memetik ucapannya beliau berkata, walaupun program ini dilaksanakan secara maya, namun ia tetap menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta terhadap kemerdekaan negara yang tidak pernah luntur sama sekali.

IKLAN

Dr Raha turut menyeru agar semua warga UTeM bersama menghayati erti kemerdekaan serta mendalami maksud tema kemerdekaan pada kali ke-64 ini iaitu Malaysia Prihatin.

IKLAN

Sehubungan itu, menyentuh konteks UTeM Prihatin pula, beliau berkata, sepanjang tempoh penularan pendemik Covid-19 ini kebersamaan dan keprihatinan seluruh warga UTeM telah dizahirkan dengan jayanya.

IKLAN

“UTeM sentiasa bersama dan sepakat sebagai satu pasukan memberikan yang terbaik merangkumi segala aspek keperluan sebagai tanda keprihatinan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajar, staf dan masyarakat umum khususnya yang terkesan akibat penularan wabak ini,” ujar beliau dalam ucapannya.

Dalam ucapan lanjut, beliau berharap agar warga UTeM meneruskan keprihatinan dalam menjaga kesihatan dan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan penularan Covid-19 yang masih belum berpenghujung.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA