Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZIPTSemangat Sukan Lasak
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Semangat Sukan Lasak

“Pembabitan saya dalam sukan kuda lasak bermula sejak berumur 8 tahun apabila terpesona melihat ketangkasan dan kehebatan atlet sukan polo berkuda di Royal Selangor Polo Club (RSPC), Ampang. Pada 2016, saya menyertai pertandingan pertama, pusingan 1 Kelayakan Sukan Sea 2017 bagi kategori 40km dan seterusnya tersenarai dalam pasukan Endurance Malaysia bersama-sama adik lelaki, Muhammad Yusuf Luqman untuk bersaing dalam Sukan Sea 2017.” Inilah reaksi Nur Qasrina Amani Zakaria, 20, anak keempat daripada lima adik beradik apabila ditanya mengenai pembabitannya dalam sukan kuda lasak.

Katanya lagi, dia bertuah dan bersyukur apabila pembabitannya dalam sukan ini mendapat sokongan padu kedua ibu bapa, Zakaria Abd Rahman dan Suzanna Musakal.

Ternyata keputusan Nur Qasrina untuk aktif di dalam sukan kuda lasak ini berbaloi apabila dia bersama pasukannya berjaya meraih pingat perak pada kejohanan FEI World Endurance Championship for Young and Junior Riders 2021 di Ermelo, Netherlands.

Bukan itu sahaja, bahkan mereka turut menyertai kejohanan FEI Junior and Young Riders Endurance World Championships 2019 di Pisa, San Rossore, Itali.

Nur Qasrina dan rakan sepasukan sedang beraksi ketika mengambil bahagian dalam Endurance Festival Bavaria, Buch, German dan berjaya menduduki tempat kedua.

IKLAN

“Pasukan kuda lasak negara yang dianggotai saya, Muhammad Yusuf, Muhammad Faris Haikal Hassan Sa’ari, Anfal Insyirah Abu Talib dan An Nur Muhammad Imran Eirfan Anuwar telah merangkul pingat perak di mana pingat emas dimenangi pasukan Perancis dan pingat gangsa dimenangi pasukan Belgium.

“Ini merupakan kali pertama Malaysia berjaya meraih pingat dalam lima kejohanan yang disertai,” tambah Nur Qasrina.

IKLAN

 

Terkini Nur Qasrina menduduki tangga ke-714 dunia dalam International Federation for Equestrian Sports (FEI) Endurance Open Riders World Ranking, dengan kedudukan terbaik pernah dicatat pada tangga 181.

IKLAN

Nur Qasrina Amani (atas podium, dua dari kiri) ketika membantu pasukan Malaysia memenangi pingat perak di FEI World Endurance Championship.

Nur Qasrina, pelajar Bachelor in Marketing with Psychology di Faculty of Business Management and Professional Student (FBMP), Management and Science University (MSU), turut berkongsi pengalaman paling bermakna sepanjang pembabitan dalam sukan kuda lasak apabila berada bersama-sama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, dalam pasukan kuda lasak Malaysia dan meraih pingat emas pada Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur.

Penyertaan pelajar dalam pertandingan kemahiran ini merupakan antara komponen penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran di MSU.

Ia memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan yang kompeten, versatil serta dilengkapi kemahiran insaniah khususnya menerusi program Graduate Employability Skills (GEmS) dan Personal Enrichment Competencies (PEC).

Artikel Berkaitan

MESTI BACA