Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZInovasiMoHE X Shopee: Siswa Mall hasil kolaboratif KPTM dan Shopee
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

MoHE X Shopee: Siswa Mall hasil kolaboratif KPTM dan Shopee

SHAH ALAM: Bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, Siswa Mall dengan rasminya dilancarkan pada pagi ini.

MoHE X Shopee merupakan satu program penyediaan latihan e-dagang secara maya kepada graduan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia untuk berniaga di bawah platform Shopee sekali gus memupuk golongan digital pada masa depan.

Program ini juga adalah salah satu program sokongan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (PTKIPT) 2021-2025 dan menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2015-2025.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

IKLAN

Naib Canselor UiTM, YB Profesor TS Dr Hajah Roziah Mohd Janor, yang turut hadir di majlis pelancaran itu berkata, MoHE X Shopee merupakan manifestasi komitmen sebagai platform yang memberi peluang kepada graduan universiti awam untuk mempraktikan ilmu perniagaan supaya graduan mampu berdaya saing dalam alam pekerjaan.

“Pada masa yang sama pelancaran ini juga adalah satu inisiatif positif ke arah memenuhi aspirasi negara untuk menambah bilangan graduan yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan,” katanya.

IKLAN

BACA JUGA: MDEC anjur #MyDigitalMaker 2021, sediakan kemudahan pembelajaran berfokuskan teknologi

BACA JUGA: UMP, IYRES jalin kerjasama bangunkan teknologi data raya

IKLAN

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau sempat memberi ucapan ketika majlis pelancaran itu. Beliau memberitahu bahawa KPT terpanggil untuk mempergiatkan usaha pembangunan program-program keusahawanan khususnya di IPT selaras dengan perkembangan teknologi.

“Berpandukan PTKIP 2021-2025, KPT telah merangka kolaboratif strategik dengan pihak Shopee Malaysia yang merupakan syarikat e-dagang terkemuka di negara ini,” katanya.

Selain itu, UiTM menerima sebahagian daripada Dana Penaja KPT-CAP bernilai RM 5.5 juta yang telah diumumkan oleh kerajaan tahun lalu bertujuan meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA