Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZImpak Covid-19 terhadap pelajar Seni Kulinari
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Impak Covid-19 terhadap pelajar Seni Kulinari

Keadaan semasa yang masih belum pulih daripada pandemik Covid-19, telah mencetuskan keresahan semua pihak termasuklah para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang semakin terbeban dengan proses pembelajaran jarak jauh atau lebih dikenali sebagai Open Distance Learning (ODL) ini.

Cabaran pandemik Covid-19 pada hari ini, bukan sahaja menghalang pembelajaran secara bersemuka namun turut memberi kesan terhadap sesetengah kursus yang terpaksa mengubah jadual pembelajaran yang telah ditetapkan.

Menurut salah seorang pelajar tahun akhir, Ijazah Pengurusan Seni Kulinari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam, Selangor, Nur Amira Husna Mohd Faishal, 24, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sangat mengganggu proses pembelajaran mereka sebagai pelajar kulinari terutamanya pelajar semester satu, dua dan tiga.

IKLAN

“Saya tidak menafikan sebagai pelajar tahun akhir, Covid-19 menjadi halangan terbesar untuk saya menamatkan pengajian memandangkan segala aktiviti terpaksa dilakukan bersendirian di mana kami terpaksa belajar melalui resepi dan hanya memasak mengikut panduan yang diberikan,” ujarnya.

IKLAN

Sehubungan itu, keadaan semasa yang tidak seperti sediakala kurang memberi keseronokan kepada mereka. Ini kerana, sebelum penularan virus Covid-19, para pelajar akan diberikan maklum balas secara langsung terhadap masakan yang dihasilkan, namun kini mereka sukar mendapatkan maklum balas daripada pensyarah memandangkan masakan yang dihasilkan tidak dapat dinilai secara terus.


Selain mencuba resepi di rumah, Amira Husna turut menjelaskan bahawa dirinya sangat bernasib baik kerana kelas praktikal tidak terlalu banyak dan pelajar semester akhir kebanyakan hanya didedahkan kepada pembelajaran secara teori, pengurusan restoran dan perniagaan manakala pelajar semester satu, dua dan tiga akan menyempurnakan kelas praktikal selepas habis semester,” ujarnya lagi.

IKLAN


Mengulas mengenai kesan terhadap tempoh pengajian, Amira Husna menjelaskan bahawa setiap pelajar masih dapat menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan di mana penangguhan kelas praktikal yang berlaku bagi pelajar awal semester akan dilaksanakan pada cuti semester.

“Biarpun saya sudah hampir menamatkan pengajian dalam bidang ini, namun saya berharap virus Covid-19 ini akan berakhir dengan segera agar pelajar-pelajar baharu dapat menjalani proses pembelajaran seperti sedia kala,” tambahnya di akhir perbualan.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA