Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Z4 tip jalani latihan industri buat pelajar IPT
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

4 tip jalani latihan industri buat pelajar IPT

Matlamat utama pendidikan tinggi pada masa kini secara umumnya adalah untuk mempersiapkan pelajar dengan secukupnya dalam kerjaya masa depan mereka.

Namun begitu, kebanyakan institusi pendidikan tinggi lebih memfokuskan kepada kemahiran, teori dan konsep yang dipelajari di dalam kelas, yang membuatkan pendedahan terhadap pengalaman kerja yang berkaitan adalah sangat kurang.

Jadi kebanyakan institusi pengajian tinggi pada masa kini mewajibkan pelajar untuk menjalani latihan industri bagi membolehkan mereka mengaplikasikan semua yang dipelajari di dalam kelas.

Kewajipan ini sebenarnya penting kerana ia juga berperanan sebagai tempoh pengenalan di dalam industri yang ingin dimasuki selepas tamat pengajian.

Bagi para pelajar pula, peluang untuk memasuki industri ini mungkin merupakan satu pengalaman yang mendebarkan kerana mereka tidak tahu apakah yang bakal dihadapi.

Jadi jom ikuti bagaimana cara untuk mendapat pengalaman latihan industri yang baik seperti perkongsian perunding kerjaya, Nik Akmal Nik Othman.

4 Tip ketika melakukan internship:

1. Bersiap sedia
Bagi pelajar yang menerima penempatan di syarikat-syarikat besar seperti Petronas, Maybank dan lain-lain lagi, kebanyakan daripada mereka ini selalunya mempunyai jangkaan yang agak besar bagi tugasan yang bakal diterima. Namun, akhirnya kecewa apabila diberi tugasan membuat salinan fail di bilik mesin cetak.

IKLAN

gambar hiasan

Sebagai contoh, seorang pelajar jurusan kewangan dan mendapat penempatan di jabatan kewangan, tidak boleh terus menjangkakan akan menjaga sistem kewangan syarikat, kerana kebanyakan perkara tersebut adalah sesuatu yang sulit. Selalunya mereka akan menguruskan hal-hal berkaitan bil terlebih dahulu seperti menyusun, menyemak dan sebagainya. Jadi, para pelajar tidak boleh meletakan jangkaan yang sangat tinggi ketika awal tempoh latihan.

2. Sikap
Walaupun hanyalah bergelar pelajar latihan industri, anda perlu memandang kerja yang diberikan secara serius. Perlu masuk kerja pada waktu yang tepat, anggap diri seperti seorang pekerja di syarikat berkenaan.

gambar hiasan

IKLAN

Anda perlu menjaga percakapan, jangan menggunakan bahasa-bahasa ‘hipster’ ketika berbicara dengan majikan. Jika mereka memulakan terlebih dahulu, jangan respon menggunakan bahasa yang sama, anda perlu tetap menghormati mereka sebagai majikan.

3. Kerja anda
Pastikan kerja yang dibuat adalah kemas, kerana masa inilah masa untuk membuktikan anda mampu buat kerja dengan terbaik. Walaupun anda hanya melakukan kerja-kerja pengurusan seperti mencetak, melakukan pendokumentasian dan lain-lain, ianya perlu dilakukan dengan terbaik.
Jika mendapat tugasan untuk mencetak dokumen, anda boleh membaca dan menyemak dokumen-dokumen tersebut bagi tujuan untuk belajar, kecuali jika dokumen tersebut berstatus sulit.

gambar hiasan

Jika tidak, anda boleh melihat jika ada sebarang kesalahan di dalam dokumen dan mencadangkan pembetulan kepada majikan. Ini menunjukan anda berkerja bersungguh-sungguh.
Tidak mustahil selepas ini anda bakal diberikan tugasan yang lebih besar lagi.

IKLAN

4. “The way you do anything is the way you do everything”
Sepanjang tempoh praktikum di dalam industri, perlu diingat bahawa anda sentiasa diperhatikan.
Mungkin ada masa anda akan ditugaskan untuk menjaga telefon, majikan mungkin ingin melihat cara anda melayani pelanggan.

gambar hiasan

Jika majikan anda selalu memohon pertolongan, mereka mungkin hendak melihat bagaimanakah sikap dan pengurusan masa.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda pengetahuan tentang bagaimana untuk mendapatkan pengalaman yang terbaik ketika melakukan praktikum kelak.

Semoga berjaya!

 

Sumber: YouTube ML Studio

Artikel Berkaitan

MESTI BACA