Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeBuletin2 graduan UNIMAS terima Anugerah Graduan Terbaik Yayasan Sarawak
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

2 graduan UNIMAS terima Anugerah Graduan Terbaik Yayasan Sarawak

KOTA SAMARAHAN – Dua graduan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terpilih menerima Anugerah Graduan Terbaik Yayasan Sarawak 2020 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 2,000 beserta sijil penghargaan dan plak.

Dua graduan ini ialah Yvanessa Anak Henry Lemat dari Program Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) serta Jee Jing dari Program Sains dan Pengurusan Sumber Tumbuhan, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS).

Sehubungan itu, UNIMAS menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Graduan Terbaik Yayasan Sarawak 2020, baru-baru ini bagi meraikan dua graduan berkenaan serta sebagai simbolik penghargaan kepada pihak Yayasan Sarawak atas anugerah yang diberikan.

IKLAN

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim, berkata kejayaan yang diperoleh ini adalah berkat usaha dan kegigihan graduan bukan sahaja daripada aspek akademik bahkan juga dari aspek kurikulum sepanjang tempoh pengajian di UNIMAS.

Dua orang penerima Anugerah Graduan Terbaik Yayasan Sarawak 2020 bergambar bersama Dekan fakulti masing-masing.

IKLAN

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Yayasan Sarawak atas tajaan sepenuhnya anugerah yang diberikan kepada graduan UNIMAS itu.

“Saya berharap agar pihak Yayasan Sarawak akan meneruskan penganugerahan ini bagi tahun-tahun akan datang supaya ia dapat menyuntik semangat kepada bakal graduan untuk berusaha lebih gigih dalam pengajian masing-masing.

IKLAN

Dua orang penerima Anugerah Graduan Terbaik Yayasan Sarawak 2020 bergambar bersama Dekan fakulti masing-masing.

“Selain itu, ia juga diharap dapat menjadikan graduan supaya lebih berdaya saing dan cemerlang dalam aspek akademik mahupun kurikulum sepanjang tempoh pengajian di UNIMAS,” katanya ketika berucap di majlis penyampaian anugerah tersebut.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA