Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZInspirasi buat para pelajar, 6 syarikat yang terkenal ini bermula dari garaj
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Inspirasi buat para pelajar, 6 syarikat yang terkenal ini bermula dari garaj

Syarikat-syarikat besar yang kita lihat pada hari ini, bukannya terus berjaya. Pemiliknya juga bermula dari bawah. Namun bukan mudah nak berjaya, semuanya perlukan usaha dan kerja keras yang berterusan.

Oleh itu, jika nak berjaya seperti mereka, kenalah sematkan azam yang kuat dalam diri dan ingin berjaya seperti mereka. Bak kata pepatah arab, ‘siapa yang bersungguh maka ia akan dapat.’

Berikut merupakan senarai enam syarikat yang bermula dari sebuah garaj sehingga menjadi sebuah syarikat besar yang disegani.

1. Amazon


Amazon.com, Inc. adalah syarikat e-dagang multinasional yang berpusat di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Amazon adalah peruncit dalam talian terbesar di dunia. Syarikat ini juga membuat elektronik, termasuk pembaca e-book Amazon Kindle dan tablet Kindle Fire dan merupakan salah satu penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan terbesar.

Amazon ditubuhkan pada tahun 1994 oleh Jeff Bozes. Ia dibuka kepada khalayak ramai pada tahun 1995. Sebelum menubuhkan perniagaannya sendiri, Jeff Bozes bekerja di De Shaw & Co. Sebelum menggunakan nama amazon, Jeff Bozes menggunakan “Cadabra” sebagai nama rasmi syarikatnya. Namun pada 1995 beliau mengambil keputusan untuk menukar nama tersebut.

Penukaran nama ini disebabkan oleh nama yang pada awalnya agak tidak sedap didengar dan terasa sangat mengerikan. Amazon.com dipilih kerana namanya terasa lebih istimewa dan lebih mudah dicari kerana dengan huruf awalan A, ia akan berada di bahagian atas senarai carian. Di samping itu, Bozes juga mahu syarikat yang dibinanya menjadi sebesar sungai terpanjang dan paling eksotik di Amerika.

2. Hewlett – Packard (HP)

IKLAN


Yang seterusnya ialah Hewlett Packard atau sekarang lebih dikenali sebagai HP. HP adalah salah satu syarikat teknologi maklumat terbesar di dunia. Hewlett-Packard dibina oleh dua orang bernama Bill Hewlett dan Dave Packard.

Semasa menamakan syarikat mereka, Bill Hewlett dan Dave Packard membalikkan duit syiling untuk menentukan nama mana yang akan digunakan, sama ada Hewlett-Packard ataupun Packard-Hewlett.

3. Dell


Diasaskan oleh Michael Dell, seorang pemuda yang mengambil keputusan untuk berhenti daripada pengajiannya di University of Texas untuk menjalankan perniagaan komputer. Dilahirkan pada 23 Februari 1965 di Hoston, Texas, Amerika Syarikat, dia memulakan syarikat Dell Computer dari garaj di rumahnya. Dengan modal permulaan sekitar $1,000, dia mula mengumpulkan komputer dan menjual hinggalah syarikat tersebut menjadi syarikat yang maju.

4. Google

IKLAN


Hari ini, siapa yang tidak mengenali GOOGLE? Tiada siapa yang menyangka bahawa syarikat gergasi dalam bidang teknologi maklumat ini memulakan perniagaan dari garaj kecil Susan Wojcicki di California pada bulan September 1998, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
Ketika mereka baru sahaja memulakan Google, Larry Page dan Sergey Brin merupakan seorang pelajar Ph.D. di Universiti Stanford. Kemudian, Google memindahkan ibu pejabatnya ke Mountain View, California.

5. Microsoft

IKLAN


Microsoft Corporation ditubuhkan pada 4 April 1975 oleh Bill Gate dan Paul Allen. Microsoft adalah syarikat perisian terbesar di dunia pada masa kini. Perniagaan ini dimulakan oleh Gate dan Paul dari ruang letak kereta di rumah Bill Gate.

6. Apple Inc.


Terdapat banyak filem yang mengisahkan tentang kebangkitan dan kejatuhan Jobs “Steve” sebagai perintis Apple Inc. hingga kini. ‘Garaj’ seperti gambar di atas adalah tempat kisah Apple bermula. Bersama dengan Steve Wozniak, Steve memulakan perniagaannya dengan membuat komputer mini bernama Apple Computer. Dengan lambang ikoniknya, Apple yang digigit separa ini menghasilkan banyak produk popular di seluruh dunia.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/


Ingat semua orang bermula dari bawah, dan pastinya anda juga mampu mengikut jejak langkah mereka jika anda berusaha serta menjalankan perniagaan dengan penuh semangat dan terus berinovasi untuk menjadi yang terbaik.

Sumber: it-jurnal.com

Artikel Berkaitan

MESTI BACA