Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZUstaz Ismail tak sangka SMART AL-Q rangkul 8 pingat emas, rupa-rupanya ini...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
631FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Ustaz Ismail tak sangka SMART AL-Q rangkul 8 pingat emas, rupa-rupanya ini rahsia beliau

Sebanyak lapan pingat emas berjaya dirangkul aplikasi Hafazan Smart al-Quran Memorization (SMART AL-Q) semenjak ia dibangunkan pada 2019.

Individu yang bertanggungjawab membangunkan SMART AL-Q itu merupakan Guru Cemerlang Hifz al-Quran dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah iaitu Ustaz Ismail Salleh.

Berkata kepada GPSBestari, guru kelahiran Pedu, Kuala Nerang, Kedah, ini memberitahu, aplikasi SMART AL-Q menggunakan Adobe Flash CS6 dengan Action Script 3.0 dan mengintegrasikan Model ADDIE dan teori pembelajaran al-Qabisi (1955) dalam pembangunannya.

“Aplikasi ini menggunakan konsep pembelajaran menggunakan pancaindera seperti visual, auditori dan kinestetik.

“Malah, pengintegrasian kaedah tradisional dan teknologi dalam hafazan merupakan satu inovasi terbaru dalam membantu pelajar untuk mudahkan hafazan di samping membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Hifz al-Quran di sekolah yang menjalankan Kurikulum Bersepadu Tahfiz, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” kata johan Ikon Guru Inovatif Jabatan Pendidikan Kedah dan finalis Anugerah Khas Inovasi Pendidikan, KPM 2021.

Menurut Ustaz Ismail, kejayaan demi kejayaan yang diraih SMART AL-Q telah membuatkan dia makin bersemangat untuk membangunkan pelbagai aplikasi selepas ini.

Baca juga Masih tidak lancar membaca, ibu ayah boleh praktik 7 cara ini untuk anak Tahun 1 2022

Baca juga Seni kulinari bukan sekadar masakan, lebih banyak IPT tawar program seni kulinari

“Saya bersyukur kerana SMART AL-Q mendapat bermacam-macam pengiktirafan dan berharap dapat ditambah nilai lagi agar menjadi bahan bantu belajar untuk semua peringkat umur,” jelasnya.

Ditanya tentang rahsia kejayaannya, Ustaz Ismail menjelaskan, ada tujuh perkara yang perlu ditekankan oleh penginovasi iaitu:

1) Produk itu mesti ada nilai komersil.

2) Produk itu mesti ada keaslian (novelty)

3) Produk mampu bertahan.

IKLAN

4) Kalau boleh ada penerbitan artikel dan kajian.

5) Ada intelectual property iaitu didaftarkan dibawah harta intelek Malaysia, MyIPO.

6) Membuat persembahan produk dengan pitching.

7) Pamerkan bukti produk kepada juri pertandingan

Terbaharu, pasukan Inovasi SMKA Kedah telah tersenarai kelompok lima teratas (Top 5) kategori sekolah menengah menerusi aplikasi SMART AL-Q pada pertandingan International University Carnival on e-learning (IUCEL2021), baru-baru ini.

IKLAN

IUCEL2021 yang berlangsung secara maya pada 15 hingga 16 Jun lalu adalah anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Majlis E-Pembelajaran IPTA Malaysia.

Ia bertujuan mempamerkan produk-produk inovasi yang berkualiti tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Baca juga Kek Macaroon, idea dari Paris, Wahdi Farhad tubuhkan Le Chouette Macaron

Baca juga Dalami bidang dekorasi kek, Shafikah teruskan legasi keluarga dalam bidang kulinari

INFO

Pencapaian SMART AL-Q

1) Pingat emas dan kelompok tiga teratas (Top 3) pada pertandingan International Learning Innovation Competition (PIP 2019), UUM – Peringkat antarabangsa.

IKLAN

2) Pingat emas pada pertandingan Innovative Research Invention and Application Exhibition (IRIA UUM 2019) – Peringkat antarabangsa.

3) Pingat emas pada pertandingan International Industrial Revolution 4.0 Exposition (IREX 2019) UiTM Merbok, – Peringkat antarabangsa.

4) Pingat emas pada pertandingan International EUREKA Innovation Exhibition (iEIE2019) UniKL MSI – Peringkat antarabangsa.

5) Pingat emas pada International University Carnival on e-learning (IUCEL 2021 UTLC UUM 2021) – Peringkat antarabangsa.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

6) Pingat emas pada Pertandingan Inovasi Darul Aman, IPG Kampus Darul Aman 2019 – Peringkat kebangsaan.

7) Pingat emas dan Anugerah Inovasi Terbaik pada pertandingan Hari ICT (HICT) UiTM, Pulau Pinang 2019 – Peringkat kebangsaan.

8) Pingat emas pada pertandingan National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCOMPEX 2020) Polimas – Peringkat kebangsaan.

9) Anugerah Khas Inovasi terbaik daripada MyRIS.

10) Anugerah Khas I-ENVEX UniMAP.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA