Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZInovasiKEPUTRA, UPM lancar bantuan kepada masyarakat Islam, Filipina, yang terjejas
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

KEPUTRA, UPM lancar bantuan kepada masyarakat Islam, Filipina, yang terjejas

Tidak dinafikan, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara sejak penghujung 2019 menyebabkan pelbagai program yang dirancang tertangguh.

Disebabkan ia berlarutan sehingga hari ini, pelbagai pendekatan telah dilakukan agar program yang dirancangan sejak sekian lama dapat dilaksanakan.

Untuk itu baru-baru ini, Kelab Kepimpinan Putra (KEPUTRA), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah melaksanakan Society Awareness Programme (SOAP): Mabuhay! Manila dengan sedikit pembaharuan setelah tertangguh hampir setahun.

Program kesukarelawan siri keenam ini memfokuskan kepada aspek kesedaran dalam kehidupan masyarakat dan program pengantarabangsaan ke Manila ini adalah yang ketiga selepas Kemboja pada 2018 dan Thailand 2019.

Menurut Pengarah SOAP: Mabuhay! Manila, Muhammad Shahmi Sari, program ini telah dirancang sejak 2019 di mana segala persiapan telah dilakukan, namun ia terpaksa ditangguhkan apabila dunia dilanda virus Covid-19.

Tambahnya, melihat keadaan dunia yang masih tidak pulih, program SOAP: Mabuhay! Manila ini telah diubah mengikut kesesuaian keadaan semasa.

IKLAN

“Melihat kepada situasi semasa, kami merasakan keperluan untuk tetap menyempurnakan program ini.

“Jadi kami membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Global Peace Mission (GPM) dalam norma dan edisi baharu.

“Walaupun sedikit terkilan kerana tidak dapat pergi ke Filipina, kami percaya ada hikmahnya dan yang paling penting kami dapat menyampaikan wang sumbangan yang telah dikumpulkan dan diniatkan untuk masyarakat Islam di sana,” ujarnya.

IKLAN

Pada masa yang sama, Muhammad Shahmi turut berbangga dan bersyukur kerana kesemua sukarelawan yang terlibat tetap bersemangat menjayakan program ini.

Dalam pada itu, menurut Ketua Jabatan GPM, Ahmad Hamizan, hari ini walaupun segalanya dilaksanakan dalam norma baharu, ia sedikit pun tidak menghalang pelaksanaan program tersebut.

Katanya lagi, apa yang dilakukan KEPUTRA seharusnya diberikan sokongan dan galakkan dan pihaknya sentiasa mengalu-alukan.

IKLAN

“Kesukarelawan ini adalah aktiviti suka dan rela yang dilakukan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Biasanya setiap tahun kami akan menghantar sendiri sumbangan ke sana (Filipina) tetapi disebabkan Covid-19, sumbangan yang diberikan akan disampaikan oleh wakil kami yang menetap di sana,” tuturnya lagi.

Begitupun kekecewaan mereka sedikit sebanyak terubat apabila wakil GPM yang menetap di sana berkongsi video ‘Salam dari Filipina’.

Video tersebut memaparkan misi menghantar sumbangan SOAP:Mabuhay! Manila, kehidupan masyarakat di sana serta situasi semasa Covid-19.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Wong Kin Lun, berkata, inisiatif ini membuktikan aktiviti kesukarelawan dapat dilakukan dalam pelbagai cara dan pihaknya berharap aktiviti sebegini kaan diteruskan pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA