HomeGen ZBukan ‘kaleng-kaleng’, ini teknologi dari Malaysia yang banyak digunakan di seluruh dunia
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Bukan ‘kaleng-kaleng’, ini teknologi dari Malaysia yang banyak digunakan di seluruh dunia

Jika kita bercakap mengenai teknologi, mungkin ada yang menyangka teknologi-teknologi hebat hari ini hanya lahir dari negara-negara barat sahaja. Ini tidak benar kerana ada juga teknologi yang dihasilkan dari negara-negara lain terutamanya negara Asia.

Lihat sahaja pasaran telefon dunia, lima jenama yang paling tinggi penggunaannya adalah dari negara-negara Asia seperti Samsung, Xiaomi, Vivo dan Oppo.

Walaupun senarai itu hanyalah memfokuskan jenama yang banyak digunakan sahaja, tapi ia sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa negara-negara barat bukan lagi menjadi tempat lahir teknologi terkini.

BACA JUGA: UMP, IYRES jalin kerjasama bangunkan teknologi data raya
BACA JUGA: MDEC anjur #MyDigitalMaker 2021, sediakan kemudahan pembelajaran berfokuskan teknologi

Negara kita pun sebenarnya ada menghasilkan teknologi-teknologi terkini ataupun menjadi pencetus kepada teknologi yang sering digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.
Jika anda hendak tahu apakah teknologi tersebut, GPSBestari kali ini menyenaraikan teknologi-teknologi tersebut di bawah.

1. Intel Compute Stick

Kredit Foto Windows Central

Ia merupakan sebuah komputer yang beroperasi menggunakan sistem operasi Windows. Komputer ini sangat kecil, lebih kecil dari saiz tapak tangan!
Jika anda ingin menggunakannya, anda hanya perlu sambungkan komputer ini ke port HDMI di TV atau monitor, dan ia boleh terus berfungsi penuh sebagai sebuah komputer. Sangat bagus untuk kegunaan pendidikan di sekolah dan universiti.

IKLAN

2. Intel Mini PC

Kredit Foto: intel

Komputer jenis ini bersaiz kecil namun tidaklah sekecil Compute Stick. Tetapi dengannya anda boleh mendapatkan sebuah komputer berpretasi tinggi yang hanya besar sedikit daripada saiz tapak tangan.

Intel Mini PC mempunyai papan induk khas, yang boleh dilengkapkan slot CPU Intel serta slot RAM dan cakera keras. Kompak tetapi boleh dipasang perkakas sendiri, yang mudah dinaik taraf.

3. Pemproses Intel Atom ‘Pineview’ (SoC)

IKLAN

Netbook, laptop 2 dalam 1 dan telefon pintar menjadi kenyataan kini dengan rekaan Sistem di atas Cip (System-On-a-Chip, SoC). Cip ini dilengkapi CPU dan GPU dalam satu binaan, menjadikannya lebih jimat tenaga dengan prestasi yang sama. Selain itu, ruang juga boleh dijimatkan, menjadi komputer lebih kecil.

Ciptaan ini menjadi pemangkin kepada penciptaan netbook yang kecil, ringan dan lebih mampu milik, yang turun merangkul anugerah pengilangan selama tujuh tahun sebelum ia mula dilancarkan pada 2009.

4. Universal Serial Bus (USB) 1.0

Kredit Foto Lifewire

IKLAN

Pada hari ini, agak mustahil jika anda tidak tahu atau mendengar perihal alat ini. Sebelum ketibaannya, menyambungkan perkakas ke komputer merupakan satu perkara yang sukar dan melecehkan.

Dengan penciptaan USB 1.0 di makmal Malaysia Design Centre (MDC), proses penyambungan komputer menjadi jauh lebih mudah. Hanya perlu pasang dan perkakasan anda boleh terus digunakan, tidak perlu pening lagi mencari kabel yang serasi.

5. Gerbang Internet of Things (IoT)


IoT adalah perkara yang menjadi bualan ramai masa kini. Semakin hari semakin banyak peranti pintar seperti TV, mesin basuh, peti sejuk, dan banyak lagi diperkenalkan. Teknologi-teknologi ini sememangnya boleh berhubung antara satu sama lain. Tetapi bagaimana dengan teknologi lama?

Di sinilah ia menjadikan teknologi IoT sangat penting kerana ia membolehkan teknologi lama disambungkan ke internet, iaitu dengan menggunakan Gerbang IoT. Jadi barang-barang lama akan terus kekal relevan untuk jangka masa yang panjang. Teknologi IoT juga diaplikasikan ke dalam sistem agrikultur, yang telah berjaya meningkatkan produksi bagi industri tersebut.

Sampai di sini sahaja perkongsian kali ini, berbanggalah dengan negara kita kerana telah berjaya menghasilkan banyak teknologi yang memberi manfaat kepada dunia.

Sumber: Majalahsians.com

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA