Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Z11 produk inovasi UMK berjaya didaftarkan paten
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

11 produk inovasi UMK berjaya didaftarkan paten

BACHOK – Sebanyak 11 produk penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berjaya didaftarkan paten melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah program Bengkel Penyediaan Dokumen Pemfailan Paten anjuran Bahagian Komersialan dan Harta Intelek (ICD), baru-baru ini.

Produk tersebut ialah Formulation for Polyhexamethylene Biguanide (PHMB), Graphene, Purified Water and Block Polymers for Skin Infections in Animal yang dihasilkan oleh Dr Nor Fadhilah Kamaruzzaman dan Dr Farhan Hanif Reduan; A Computerized Method For Talent Shortage Evaluation oleh Dr Mohd Ikhwan Aziz; Compost Machine oleh Dr Maryana Mohamad Nor; Method for Producing A Stable Hybrid Organic Nano – Reinforcement oleh Dr Nor Hakimin Abdullah dan A Method of Producing A Clay – Based Porous Ceramic for Thermal Insulating Application oleh Dr Teo Pao Ter.

Selain itu, produk A Modular Furniture oleh Dr Muhamad Ezran Zainal Abdullah; Integrated Solar Dryer (INSOLER) oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMK, Prof Dr Arham Abdullah; An Improved Method to Isolate DNA Using Organic Acid oleh Dr Jayaraj Vijaya Kumaran; Microwave Absorption on SIC/Feldspar Susceptor oleh Prof Madya Dr Azwadi Sulaiman dan produk Human Intelligence Performance Prediction Based on AI Methods serta Sim Artificial Intelligence System And Method for Sustainable Social Finance Data Prediction oleh Prof Dr Raja Suzana Raja Kasim.

Pengarah ICD, Prof Madya Ir Dr Julie Juliewatty Mohamed berkata, 11 produk penyelidikan dan inovasi ini dihasilkan oleh kumpulan penyelidik UMK sepanjang tahun 2021.

Beliau menyifatkan pencapaian mendaftarkan paten pada tahun ini adalah rentetan kejayaan menfailkan sembilan permohonan paten pada tahun lepas.

IKLAN

“Pencapaian itu menjadi inspirasi bagi penyelidik UMK untuk terus menghasilkan produk yang boleh diketengahkan untuk dikomersialkan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

“Justeru itu, penganjuran bengkel seumpama ini bertujuan untuk memastikan proses penyediaan dokumen dan pendaftaran paten bagi melindungi harta intelek yang dihasilkan oleh penyelidik UMK dapat diselaraskan dengan penggunaan kos yang paling minimum,” katanya.

Tambah Dr Julie, melalui kejayaan ini pihak UMK juga merancang untuk bekerjasama dengan usahawan-usahawan di negeri Kelantan untuk melindungi harta intelek seperti hak cipta, cap dagang dan paten akan turut dilakukan bagi membantu mereka melindungi harta intelek mereka yang tidak berdaftar.

IKLAN

Menurut beliau lagi, Bengkel Penyediaan Dokumen Pemfailan Paten telah diadakan pada Mac 2021 dengan kerjasama pihak MyIPO bertujuan untuk membantu penyelidik menyediakan dokumen paten mengikut format dan dihasilkan 100 peratus oleh penyelidik UMK tanpa melibatkan ejen.

Bengkel ini diadakan melalui inisiatif pelan strategik Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (RMIC) dalam menjimatkan kos pendaftaran harta intelek.

IKLAN

Sementara itu, Pengarah RMIC, Prof Ir Dr Ahmad Ziad Sulaiman berkata, dengan kejayaan ini sekali gus meletakkan UMK di kedudukan ke-14 di dalam senarai ‘Top 30 Malaysian Patent Applicants in 2020’ yang dikeluarkan oleh MyIPO bagi tahun 2020.

“Melalui strategi ini, UMK telah dapat menjimatkan sumber kewangan universiti yang mana rata-rata kos pendaftaran adalah sekitar RM15,000 bagi satu paten.

“Selain itu, bengkel ini membolehkan pensyarah dan penyelidik didedahkan dengan perkongsian pengalaman dan kemahiran kepada penyelidik untuk menulis deraf paten dengan cara yang betul untuk dikongsi bersama staf akademik yang lain,” katanya.

Tambah beliau, pencapaian ini juga adalah sokongan berterusan pihak pengurusan universiti dan juga bimbingan yang baik daripada Prof Arham.

Beliau berharap, bengkel ini dapat diteruskan di masa hadapan dengan mengadakan kerjasama antara universiti awam (UA) yang lain bagi membantu para penyelidik dalam pendaftaran harta intelek mereka.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA