HomeGen ZInovasi penyelidik UTeM luar biasa, rangkul 24 pingat dan 2 anugerah khas...
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Inovasi penyelidik UTeM luar biasa, rangkul 24 pingat dan 2 anugerah khas pada CITREx 2021

MELAKA – Kumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya mencapai kejayaan cemerlang pada 11th Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREx) 2021 edisi virtual dengan merangkul 24 pingat dan 2 anugerah khas.

CITREx 2021 Virtual anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan berlangsung secara atas talian 1 Mac hingga 7 April lalu, menyaksikan kumpulan pencipta inovasi dari seluruh dunia mengetengahkan hasil ciptaan produk inovasi mereka yang berimpak global.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, ini merupakan kejayaan cemerlang apabila kesemua 24 produk inovasi UTeM yang menyertai pertandingan tersebut berjaya merangkul pingat.

Katanya, kejayaan itu menjadi rantaian lonjakan jenama UTeM dan pengiktirafan berprestij kepada kumpulan penyelidik yang telah beraksi cemerlang dan komited menyemarakkan budaya penyelidikan serta inovasi dunia.

“Kecemerlangan ini semakin jelas selaras dengan konsep TUNAI iaitu Technology at University Advancing Industry and Community mempamerkan impak keberadaan UTeM yang memberikan sumbangan langsung kepada komuniti dunia,” ujar Dr Raha dalam kenyataannya baru-baru ini.

UTeM mencatatkan kejayaan cemerlang pada CITREx 2021 dengan pungutan pingat keseluruhan dengan 10 pingat emas, 11 pingat perak dan 3 pingat gangsa di samping 2 anugerah khas.

IKLAN

Inovasi UTeM

Anugerah Khas dimenangi menerusi produk Intelligent Wearable Device for Blind Person yang diketuai Ir Ts Dr Anuar Mohamed Kassim yang memenangi EE Best Innovation Award.

Produk kedua yang memenangi anugerah khas yang dikenali Management Award pula menjadi milik inovasi Hygienic Portable Female Urinal Device (HPFUD) For Elderly Application diketuai Prof Dr Hambali [email protected] dan menariknya kedua-dua produk ini turut berjaya merangkul pingat emas.

Lapan lagi pingat emas yang telah dimenangi UTeM adalah menerusi produk Design Principles For Heutagogical Learning – Areprenuernomics diketuai Prof Madya Dr Mohammed Hariri Bakri dan Halal Food Brand Equity Model diketuai Dr Amiruddin Ahamat.

IKLAN

Seterusnya, Ultra-Wideband Antenna With Y-Shape Defected Ground Structure diketuai Dr Mohamad Harris Misran; High-Q Microwave Sensor for Detection and Identification of Material Permittivity Dr Maizatul Alice Meor Said, Light Black:Effect of Block Position on Machinability of Acrylic diketuai Dr Khairum Hamzah.

Tiga produk lagi adalah Fish Deboning Machine for Butterfly Fillet diketuai Amalia Aida Abd Halim, TERGO diketuai Ts Dr Kamarul Amir Mohamed dan IoT Covid-19 Medical Trolley – TroVid 2.0 diketuai Kamilah Jaafar.

11 pingat perak dimenangi menerusi produk Diabetic Retinopathy Consultation System (DRCS); Direct Heating Furnace dan Highly Conductive Wearable Antenna Made By Graphene Oxide/Silver (GO/AG) for Health Monitoring Systems In Hospital During Covid-19 Pandemic.

IKLAN

Seterusnya Robocroc: River Cleanup Robot With Bluetooth Navigation; Salutan Swa Sembuh; Green Inhibitor for Corrosion Protection – Orange Peel Extraction, Vehicular Heatstroke Sensor Device VHSD; Intelligent Trash Sorting System (IBIN); School Bell System; Intelligent Fire Alarm System (I-FAST) dan Catchbus Malaysia.

Sementara itu tiga pingat gangsa pula dimenangi menerusi produk Emergency Vehicle Location Tracking System; Development Of Real-Time Based Smart Assistance Interfaces Audio Receiver For Blind People By Using Object Recognition Method dan Smart Carbon Monoxide (CO) Detector (SmaCO).

Artikel menarik

SEGi meterai MoU dengan School of Skills

Penggunaan kaedah model TGfU meningkatkan minat pelajar dalam pengajaran Pendidikan Jasmani

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA