Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZInisiatif PaCE bantu golongan B40
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Inisiatif PaCE bantu golongan B40

Yayasan MSU dengan kerjasama Management and Science University (MSU), MSU Medical Centre (MSUMC) serta Kolej MSU (MSUC) melalui inisiatif komprehensif “Partnership for Covif Elimination” (PaCE) telah melaksanakan program kesukarelawan khusus bagi membantu golongan kumpulan B40.

PaCE-V Drive melibatkan penyaluran sumbangan barangan keperluan asas serta wang tunai bagi meringankan beban keluarga yang terjejas selepas kehilangan sumber pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19.

Proses agihan sumbangan diberikan secara fizikal kepada keluarga yang dikenal pasti tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bantuan telah diagihkan kepada lebih 300 buah keluarga merangkumi sembilan daerah di Lembah Klang termasuk Klang, Petaling Jaya, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor serta Kuala Lumpur.

Turut menerima bantuan berkenaan ialah keluarga orang asli di Pulau Ketam.

IKLAN

Agihan sumbangan barangan keperluan dilakukan secara fizikal menerusi inisiatif komprehensif PaCE.

IKLAN

Aktiviti kesukarelawan merupakan DNA yang diterapkan dalam kalangan warga MSU menerusi budaya ‘2G – Giving and Grateful’ bertujuan untuk membantu komuniti menerusi kumpulan sasaran yang terdiri daripada orang asli, miskin bandar, alam sekitar, anak-anak yatim dan kesihatan.

IKLAN

Selain terlibat secara langsung dalam memberikan bantuan kepada golongan B40, MSU dan MSUMC turut terlibat secara proaktif bagi menjayakan kempen kesedaran vaksinasi serta membantu kerajaan mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok di Malaysia.

Sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV), MSU dan MSUMC telah melaksanakan pemberian vaksin kepada lebih 45,000 orang penerima termasuk petugas barisan hadapan kesihatan, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) serta orang awam.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA