Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZIni yang perlu pelajar tahu tentang 7 adab terhadap guru
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Ini yang perlu pelajar tahu tentang 7 adab terhadap guru

Baru-baru ini, Facebook SMK Tun Abang Haji Openg ada menyenaraikan tujuh adab pelajar terhadap guru, yang perlu dipraktikkan oleh mereka sama ada ketika berada di sekolah atau di luar sekolah.

Adab tersebut adalah memberikan salam kepada guru; jangan banyak bercakap; jangan bercakap jika tidak ditanya; jangan menyangkal kata-kata guru; elakkan berbisik di hadapan guru; jangan berburuk sangka kepada guru dan berdiri apabila guru bangun.

Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti huraian di bawah ini

1) Memberikan salam kepada guru

Lihat pada zaman dahulu murid akan mengelak daripada bertembung dengan guru kerana perasaan takut dan hormat yang terlalu tinggi.

Tetapi lain pula yang berlaku pada hari ini, guru pula perlu memberi laluan kepada murid kerana murid hari ini beranggapan urusan bersama guru telah selesai apabila diluar bilik darjah.

Jadi, untuk mengembalikan persekitaran pembelajaran yang mesra dan sentosa, budaya memberi salam kepada guru perlu dibaja dalam diri setiap murid supaya dapat mewujudkan suasana hormat- menghormati antara murid terhadap guru.

Di samping itu, salam juga merupakan antara sunnah yang sering dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW untuk merapatkan hubungan silaturahim.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah SAW bersabda:

Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk, kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai, dan orang yang muda memberi salam kepada orang yang tua – Riwayat al Bukhari dan Muslim

2) Jangan banyak bercakap

Ketika guru sedang mengajar di hadapan, kita sebagai murid perlu mengelakkan bercakap-cakap dengan teman di sebelah.

Hal ini demikian kerana sikap begitu akan menyebabkan kita tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru dan menyebabkan kita tidak dapat memahami perkara yang diterangkan oleh cikgu.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

IKLAN

Tambahan lagi, sikap bercakap ketika guru sedang mengajar di hadapan adalah sangat tidak beradab menurut Islam.

Tetapi, lain pula dengan situasi hari ini yang dapat kita lihat ialah murid semakin mendominasi situasi kelas seolah-olah lebih berkuasa daripada guru.

3) Jangan bercakap jika tidak ditanya

Ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, murid seharusnya bercakap apabila perlu sahaja dan jangan bercakap selagi tidak disoal oleh guru.

Ini kerana, apabila seorang murid bercakap ketika tidak ditanya ia seperti kita tidak beradab dengan orang yang telah mencurahkan ilmu kepada kita sebagaimana firman ALLAH SWT

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulul-Amri {orang-orang yang berkuasa} dari kalangan kamu” – Surah An-Nisa’ ayat 59.

Perkataan Ulul-Amri di dalam ayat tersebut boleh dinisbahkan kepada guru yang mana darjat mereka juga sangat tinggi disisi Allah.

Dan melalui ayat tersebut jelaslah bahawa kita sebagai murid perlu taat dan mendengar setiap arahan guru sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah.

4) Jangan menyangkal kata-kata guru

IKLAN

Adab yang perlu dititikberatkan oleh murid yang seterusnya ialah jangan sesekali menyangkal kata-kata guru.

Apabila kita sebagai murid membantah setiap nasihat dan teguran guru yang telah mencurahkan segala ilmunya, kita seolah-olah melawan kata-kata ibu bapa kita sendiri.

Baca juga Periksa ‘kesihatan’ bateri komputer riba di Windows 10, begini caranya

Baca juga Jangan terburu-buru buat keputusan belajar di luar negara, fikirkan 4 perkara ini dulu

Contohnya, guru sedang menerangkan salah satu formula Matematik di dalam kelas, kemudian kita menegur bahawa formula yang diajar oleh guru itu salah di hadapan kawan-kawan sekelas, perkara ini akan menjatuhkan air muka cikgu yang mungkin menjejaskan pekerjaannya sebagai pendidik.

Sebenarnya terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan untuk membuat teguran kepada guru yang mungkin terlepas pandang bahawa berlaku sedikit kesalahan dalam sesi pengajarannya.

5) Elakkan berbisik di hadapan guru

Jangan kita berbisik dengan orang di sebelah ketika guru sedang menyampaikan ilmu.

Perlakuan berbisik itu sangat tidak bagus dan dilarang di dalam Islam sebagaimana hadith daripada Mas’ud r.a beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda;

IKLAN

“Jika kalian bertiga maka janganlah dua orang berbicara atau berbisik berduaan sementara yang ketiga tidak diajak sampai kalian bercampur dengan manusia kerana hal ini akan membuat orang yang ketiga tadi bersedih”- Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Menurut hadith tersebut jelaslah bahawa perlakuan berbisik itu akan menyinggung perasaan orang lain yang berada di sekitar kita.

Jika berbisik di hadapan orang ketiga yang mungkin kawan kita juga akan menyebabkan dia tersinggung, apatah lagi pula jika berbisik di hadapan guru yang sedang mengajar di hadapan.

Perkara tersebut mungkin akan menimbulkan prasangka buruk di dalam diri guru tersebut.

6) Jangan berburuk sangka kepada guru

Di samping itu, antara adab yang perlu diamalkan oleh seorang murid terhadap guru ialah jangan pernah berburuk sangka kepada mereka.

Sikap itu tidak perlu ada dalam diri seorang murid kerana seorang murid tidak berhak menilai dan menghukum setiap perlakuan gurunya.

Contohnya, jika seorang murid itu telah melihat gurunya melakukan sesuatu perkara yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka hanya guru itu yang tahu akan segala perbuatannya.

Ini kerana selagi perkara yang dilakukan guru itu tidak menyalahi Islam, maka tidak perlu bagi seorang murid untuk hilang rasa hormat dan tidak beradab ketika bersama cikgu.

7) Berdiri apabila guru bangun

Adab yang perlu dipraktikkan oleh murid yang seterusnya ialah berdiri apabila guru bangun.

Kedudukan seorang guru itu sangat tinggi di sisi Allah, maka bagi seorang murid yang beradab kita patut berdiri ketika guru berjalan ketika masuk dan keluar kelas kerana itu menandakan yang kita amat menghormati guru.

Sumber: Facebook SMK Tun Abang Haji Openg

Artikel Berkaitan

MESTI BACA