Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZIkonik kartunis Sireh, antara pelukis komik yang masih kekal sehingga hari ini
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Ikonik kartunis Sireh, antara pelukis komik yang masih kekal sehingga hari ini

Kehadirannya dalam dunia kartunis sememangnya merancakkan lagi industri komik sekitar tahun 90-an. Bukanlah satu perkara mudah untuk menempatkan diri dalam kalangan kartunis-kartunis otai ketika itu, namun Anuar Hassan atau lebih dikenali dengan nama kartunisnya Sireh tetap berusaha tanpa mengenal erti putus asa.

Berbual hampir satu jam di talian telefon sememangnya memberikan penulis sedikit sebanyak ilmu pengetahuan mengenai dunia komik.

Bahkan Sireh turut berkongsi perjalanan hidupnya bagaimana dia boleh terjebak dalam bidang lukisan komik.

BACA JUGA: Cabaran mahasiswa dan persediaan graduan era digital

BACA JUGA: Kepentingan kuasai bahasa ketiga, ini pandangan pakar, guru dan pelajar

“Sejak kecil saya telah didedahkan dengan dunia kartun di dalam surat khabar yang dibawa pulang arwah ayah setiap hari.

“Walaupun ketika itu baru berusia tiga tahun, saya akan meminta bantuan kakak untuk membacakan dialog kartun tersebut setiap hari.

“Kesudahannya, disebabkan keinginan dan semangat yang  berkobar-kobar, saya boleh membaca ketika berumur empat tahun,” ujarnya kepada GPSBestari.

Santai bersama ota-otai kartun Malaysia, (dari kiri) Juragan (Presiden Persatuan Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM), Roslim, Kerengga, Datuk Lat, Sireh, Mie dan Pauh (topi merah).

Seiring dengan itu, Sireh mula berjinak-jinak melukis komik dan akhirnya berjaya menghasilkan komiknya yang pertama ketika di sekolah rendah.

Bersemangat

IKLAN

Sebaik sahaja berjaya melukis komik, Sireh tidak membuang masa dan mula menghantar lukisan komiknya ke syarikat penerbitan dengan harapan untuk disiarkan.

Walaupun tidak pernah disiarkan mahupun mendapat maklum balas daripada syarikat tersebut, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat anak kelima daripada enam adik beradik ini untuk terus berkarya.

Bak kata pepatah, penantian itu satu penyeksaan dan ia berakhir apabila karya Sireh telah disiarkan penerbit buat pertama kalinya ketika dia berusia 15 tahun.

BACA JUGA: Bakat melukis komik murid Tahun Enam ini buat ramai kagum!

Bermula daripada situ jugalah ia memberikan lebih semangat buat Sireh untuk terus menghantar karya-karyanya sehinggalah dia melanjutkan pelajaran ke New Zealand.

Bercerita mengenai  pembabitan awalnya dalam industri lukisan komik, Sireh memberitahu, sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia telah diterima bekerja sambil belajar di syarikat penerbitan komik selama enam bulan.

IKLAN

“Pada asalnya saya ingin menyambung pelajaran ke institusi seni tetapi ketika itu yurannya mahal dan keluarga tidak mampu.

“Alhamdulillah, syarikat penerbitan Gila-Gila menawarkan untuk bekerja sambil belajar selama enam bulan dan dalam tempoh tersebut saya gunakan sebaik mungkin untuk pelajari semua aspek mengenai industri kartun.

“Dari situ jugalah saya lihat melukis komik bukan sahaja satu hobi ataupun dapat menghilangkan stres tetapi ia sebenarnya satu kerjaya yang menarik untuk diterokai terutamanya bagi mereka yang betul-betul berminat,” tuturnya lagi.

Kerjaya

Hari ini bergelar pensyarah Animasi dan Visual Story Telling di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya, Sireh yang mempunyai ijazah dalam bidang Seni Reka Komputer Grafik (Animasi Multimedia) dari Wanganui Regional Community Polytech (Wanganui School of Design), New Zealand, dan Sarjana Sains (Multimedia Kreatif) UUM, masih menghasilkan lukisan komik dan menerbitkannya sendiri.

Berkongsi segala ilmu yang ada bersama anak didiknya, Sireh memberitahu hari ini sudah banyak institut pengajian tinggi baik awam mahupun swasta menawarkan kursus yang berkaitan dengan bidang lukisan.

IKLAN

Pameran bersama pelajar Kelab Komik MMU sewaktu pameran komik penerbitan pelajar-pelajar Kelab Komik MMU (SCROLL) di Research, Innovation, Commercialization and Entrepreneurship Showcase (RICES 2018), MMU Cyberjaya.

Masa depan komik di Malaysia

Kecanggihan teknologi hari ini sebenarnya dilihat sebagai elemen sokongan dalam menentukan kejayaan komik kerana kandungan cerita yang memainkan peranan penting sehingga memberi impak kepada pembaca.

Ikuti kami di Twitter

Bagi Anuar, perkembangan teknologi hari ini tidak memberikan pengaruh besar kepada industri komik tetapi ia membuka peluang untuk penggiat industri meneroka pelbagai medium baharu yang boleh digunakan untuk mengangkat komik tempatan dalam pelbagai platform digital.

“Jika dilihat industri komik hari ini, ia tidak banyak berubah sebenarnya cuma gaya pemasaran sahaja bertukar dengan kehadiran pelbagai medium.

“Proses menghasilkan lukisan komik juga masih sama di mana kami akan melukis di atas kertas terlebih dahulu sebelum dipindahkan dalam format perkomputeran.

“Lagipun sekiranya semua sudah digital, nilai estetika sesuatu lukisan itu akan hilang begitu juga keunikan dan juga nilai nostalgianya,” katanya sebelum mengakhiri bicara.

Karya-karya komik oleh Sireh

1991: Ayub Setan (Majalah Gila-Gila)
1994: Lawak Student (Ujang)
1998 – 2000: Cinta Gadis Bunian (APO?)
2001 – 2004: Student Life (APO?)
2004 – 2015: Life Journey (APO?)
2006 – 2015: Loving Couple
2016 – 2017: JENAMA X (Kolaborasi bersama 10 kartunis Malaysia terkenal, Ubi, Sukun, Aie, Gayour, Bawang, Bijan, Lengkuas, Tembakau, Nik, Sireh)
2018-2019: SCROLL (Student Comic On Life and Living) karya kolaborasi bersama pelajar-pelajar Kelab Komik MMU
2020- 2021 Sekapur Sireh

Artikel Berkaitan

MESTI BACA