Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZEmpat rakyat Malaysia terpilih terima biasiswa wanita STEM British Council
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Empat rakyat Malaysia terpilih terima biasiswa wanita STEM British Council

British Council mengumumkan empat wanita Malaysia telah terpilih untuk program biasiswa Global Wanita dalam STEM (Women in STEM) bagi menyambung pengajian peringkat sarjana dalam mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Kesemua penerima akan mendapat biasiswa yang merangkumi sokongan kewangan secara komprehensif termasuk yuran pengajian, elaun bulanan, visa, kos perjalanan dan perlindungan kesihatan dengan sokongan khas untuk ibu dan bagi mereka yang memerlukan latihan bahasa Inggeris.

Empat penerima biasiswa Malaysia ialah Debbie Ann Loh yang akan menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Kesihatan Awam Antarabangsa di Universiti John Moores Liverpool, Jaiswarry Sundaram – Sarjana Industri Bioteknologi di Universiti John Moores Liverpool, Nurimanina Najwa Shahrin – Sarjana Patobiologi Akuatik di Universiti Stirling dan Ilyana Hassya Azmannizam – Sarjana Masa Depan Bumi: Persekitaran, Komuniti, Hubungan di Universiti Glasgow.

IKLAN



Pengarah Malaysia British Council, Jazreel Goh, berkata program biasasiswa ini dapat menyokong pengembangan kerjaya wanita dalam bidang sains serta menyokong kerjasama dan pertukaran pendidikan yang lebih erat antara United Kingdom (UK) dan Malaysia.

“Kami sangat berharap program ini akan menjadi momen penting dalam karier wanita dan membuka pintu kepada banyak peluang di masa hadapan.

“Kami juga percaya bahawa wanita ini akan menjadi teladan kepada generasi saintis wanita yang akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Nurimanina Najwa berkata, dia ingin menjadi motivasi buat gadis-gadis muda di negara ini untuk meneroka bidang yang biasanya dikuasai oleh lelaki.

Debbie Ann pula menzahirkan rasa penghargaan kepada British Council untuk peluang yang diperolehnya dan berharap lebih ramai wanita Malaysia berani menceburkan diri dalam bidang STEM.

“Semua orang mempunyai bakat masing-masing dan mereka hanya memerlukan peluang supaya bakat tersebut dapat dicungkil serta diketengahkan. Saya sangat berterima kasih kepada British Council kerana membuka pintu ini untuk saya.

“Saya berharap dapat memberi inspirasi dan mendorong lebih ramai gadis dan wanita Malaysia untuk meneruskan cita-cita, semangat dan ciptaan mereka dengan berani melalui STEM, ” kongsinya lagi.

Program biasiswa ini bertujuan untuk meningkatkan peluang dalam STEM untuk kanak-kanak perempuan dan wanita.

Menurut data daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), kurang daripada 30 peratus penyelidik di seluruh dunia adalah wanita dan hanya 30 peratus pelajar perempuan memilih bidang yang berkaitan dengan STEM dalam pendidikan tinggi.

Pusingan kedua Program Biasiswa Wanita dalam STEM untuk 2021-2022 akan diteruskan lagi pada tahun ini. Layari maklumat lanjut di laman web British Council.

IKLAN
IKLAN

Artikel Berkaitan

MESTI BACA