Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZHakim kini Setiausaha Agung PBSMM, nekad bantu komuniti yang memerlukan
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Hakim kini Setiausaha Agung PBSMM, nekad bantu komuniti yang memerlukan

“Kami akan terus berikan yang terbaik dan membantu mereka yang memerlukan,” ujar Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Hakim Hamzah, 48.

Sebagai salah seorang ahli pertubuhan sukarelawan, beliau mengakui mereka perlu sentiasa bersedia untuk menyalurkan bantuan pada bila-bila masa dan di mana-mana juga.

Beliau yang dilantik sebagai Setiausaha Agung PBSMM sejak Mei lalu berkata, sukarelawan persatuan itu sememangnya terlatih dan peka kerana telah mengikuti pelbagai sesi latihan.

Malah, mereka tidak terkecuali daripada menjalani latihan yang diadakan bagi meningkatkan kemahiran sedia ada.

“Misalnya bagi menghadapi musim tengkujuh tahun ini, kami telah menjalani latihan dan membuat persediaan tambahan.

“Ada yang dilakukan secara dalam talian dan juga bersemuka seperti cara mengendalikan bot, cara menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai atau barangan, menyelamatkan mangsa banjir dan lain-lain lagi.

“Setakat ini, semua berjalan lancar dan kami yakin dapat membantu pihak berkaitan apabila berhadapan ancaman banjir nanti,” tuturnya.

Baca juga PBSMM bangunkan inovasi untuk orang ramai

Baca juga Cikgu Mohd Dhiauddin bangga sertai PBSM, aktif dalam PBSM sejak di bangku sekolah

Punya pengalaman dan kemahiran

Berkongsi tentang pembabitan awal dalam persatuan tersebut, anak kelahiran Perak ini berkata, sebelum aktif bersama PBSM, dirinya terlebih dahulu bekerja sebagai akauntan dan juruaudit di beberapa buah syarikat swasta.

IKLAN

“Saya pernah menimba pengalaman di Waterworths, Chartered Accountants, Blackburn, England; Arthur Andersen & Co, Ipoh dan Kuala Lumpur; Petronas Carigali Sdn. Bhd.; Business Associates Consulting Sdn. Bhd. dan yang terakhir Disitu Holdings Sdn. Bhd.

“Kemudian, saya menyertai PBSM dan terus dilantik sebagai Bendahari Kehormat atas dasar pengalaman dan kemahiran dalam kerjaya sebelum ini. Setelah beberapa tahun menggalas jawatan tersebut, saya akhirnya diamanahkan jawatan Setiausaha Agung PBSMM bagi menggantikan Datuk Sayed Rahman Sayed Mohd,” tambahnya.

Ketika mengiringi Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah memberikan sumbangan pada Majlis Berbuka Puasa bersama Anak-Anak Yatim.

Hakim yang kini berkhidmat sepenuh masa bersama PBSMM memuji rakyat Malaysia yang cukup bersemangat untuk menjadi sukarelawan persatuan terbabit.

“Tahun ini sahaja, kami menerima pendaftaran seramai 320,000 orang untuk menjadi sukarelawan PBSM. Bilangan ini memang diluar jangkaan namun saya berterima kasih kepada anda semua kerana sanggup meluangkan masa dan tenaga membantu komuniti sekeliling yang memerlukan bantuan,” ujarnya.

Ini tidak terkecuali apabila negara dilanda pandemik Covid-19, sukarelawan PBSM diperlukan bagi membantu petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

“Lebih 8,000 sukarelawan PBSM dihantar untuk bertugas ke PPV terpilih. Ini adalah sumbangan yang cukup bermakna dan jutaan penghargaan buat semua yang sanggup berkorban dengan keringat tenaga masing-masing,” ujarnya.

IKLAN

Jelas anak pasangan Hamzah Ibrahim dan Mariah Mhd Yusuff ini lagi, PBSM bukan hanya menyediakan sukarelawan bertugas di PPV sebaliknya persatuan itu turut menghulurkan bantuan vaksinasi dari rumah ke rumah.

Hakim (tengah) semasa penyerahan sumbangan produk Dettol dari Reckitt Benckiser.

“Program vaksinasi dari rumah ke rumah dijalankan bertujuan memastikan masyarakat setempat mendapat suntikan vaksin seterusnya mengekang penularan pandemik Covid-19 secara menyeluruh.

“Kita akan menggerakkan pasukan ke rumah yang telah dikenal pasti sebagai usaha melindungi golongan rentan yang sukar bergerak ke PPV untuk mendapatkan imunisasi,” ujar beliau.

Lahir pemimpin hebat, berwibawa

Ditanya mengenai kepentingan badan beruniform di sekolah, Hakim berkata, penubuhan badan beruniform dilihat sebagai medan paling tepat dalam mendidik pelajar mahir sesuatu perkara dan seterusnya berupaya menjadi pemimpin yang hebat dan berwibawa.

“Dalam PBSM, pelajar dilatih dengan pelbagai kemahiran seperti bantuan pertolongan kecemasan, bagaimana membantu mangsa banjir dan kebakaran serta banyak lagi.

“Saya yakin dengan kemahiran yang dipelajari ini membolehkan mereka berkhidmat kepada masyarakat dan negara kelak dan seterusnya menjadi insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan dan dedikasi” katanya lagi.

IKLAN

Akhir sekali, berkongsi momen indah bersama pembaca, Hakim berkata, terlalu banyak kenangan yang ingin diperkatakannya.

Hakim (kanan) bersama Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah dan sukarelawan semasa melawat Program Klinik Bergerak Vaksin PBSMM.

“Salah satunya kejayaan penubuhan Sekolah Lapangan Kemanusiaan di Kampung Kandis, Bachok, Kelantan, yang akan beroperasi tahun hadapan di bawah kelolaan PBSM.

“Ia akan menjadi lapangan atau kem di mana latihan persiapan bencana diadakan bukan sahaja untuk persatuan ini, juga untuk agensi kerajaan dan institusi pendidikan yang lain.

“Selain itu, kejayaan membantu negara melalui program vaksinasi dari rumah ke rumah juga, antara momen indah yang akan saya kenang sampai bila-bila di sepanjang pembabitan dalam PBSM ini,” tuturnya.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

PROFIL

Nama: Hakim Hamzah

Umur: 48 tahun

Tahap Pendidikan:

  • Methodist Boys School Kuala Lumpur (1980-1982)
  • Anglo Chinese School Ipoh (1983 – 1985)
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar (1986 – 1990)
  • University of Strathclyde, Glasgow Scotland (Bachelor of Arts in Accounting and Finance 1992-1996)
  • Universiti Tun Abdul Razak (MBA Leadership 2018-2021)

Anugerah dan Pencapaian:

  • Ahli Malaysian Institute of Certified Public Accountants sejak 2004
  • Pingat Ahli Mahkota Wilayah 2012
  • Sijil Kepujian 2019
  • Pingat Jasa Terpuji 2020
  • Associate di Chartered Management Institute United Kingdom sejak 2021

Artikel Berkaitan

MESTI BACA