HomeGen ZFungsi Morfologi Arab, ini panduan yang Ustaz Hasnurol kongsikan buat pelajar!
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Fungsi Morfologi Arab, ini panduan yang Ustaz Hasnurol kongsikan buat pelajar!

Fungsi Morfologi Arab, ini panduan yang Ustaz Hasnurol kongsikan buat pelajar!

Hak al-Quran bagi setiap umat adalah untuk dibaca bahkan dituntut untuk difahami, ditadabbur dan diamalkan segala tuntutan yang terkandung di dalamnya seterusnya diajarkan kepada umat lain.

Namun persoalannya, adakah tercapai tujuan-tujuan tersebut dengan meminggirkan aspek asasnya, iaitu penguasaan struktur dalaman perkataan. Hal ini kerana perubahan satu huruf sahaja membolehkan implikasi perubahan pada fahaman makna perkataan atau kalimah dalam al-Quran.

Perubahan struktur dalaman perkataan tersebut dapat difahami menerusi penguasaan ilmu al-Sarf atau sinonim dengan istilah Morfologi Arab.

Morfologi Arab merupakan bidang ilmu yang digunakan untuk menjelaskan dan menganalisis perkataan dan strukturnya yang tertentu bagi kelangsungan proses pembinaan perkataan. Pembinaan dan penstrukturan tersebut adalah merujuk struktur dalaman kata yang bermula dari kata akar perkataan, proses pembentukan dan pengklasifikasiannya.

Secara umumnya, Morfologi Arab ini berfungsi memberi penjelasan akan kepentingan setiap perubahan sesuatu perkataan terhadap makna dan penggunaannya dalam ayat mahupun ujaran. Ia berfungsi bagaimana sesuatu perkataan itu dibina dan distrukturkan mengikut ketetapan linguistik bahasa Arab bagi menerangkan tentang perubahan bentuk daripada kata asal kepada bentuk-bentuk perkataan lain serta mendapatkan makna perkataan yang dikehendaki.

IKLAN

Bertepatan definisi dan fungsi morfologi tersebut dengan perkataan sa ra fa (صرف (pada ayat 113 Surah Taha dan 54 Surah Kahfi dalam al-Quran yang bermaksud “huraian atau penerangan dengan berbagai-bagai cara dan berulang ulang kali”.

Dengan kata lainnya, ilmu Morfologi Arab ini berfungsi menghuraikan sesuatu perkataan yang digunakan pada asalnya diambil daripada kata akar yang kemudiannya dikembangkan mengikut proses pembentukan kata terbitan berdasarkan kaedah-kaedah pembentukan dan pengimbuhan bahasa Arab bagi memenuhi keperluan peluasan makna.

Sebagai contoh kalimah yang disusun terdiri dari gabungan huruf (sama ada huruf-huruf konsonan mahupun vokal) yang membentuk kalimah baharu, huruf Akar seperti kaf, ta ba (ب ت ك (disejajarkan dengan imbangan pola bahasa Arab fa. ca, la (ل ع ف (lalu membentuk kata akar (radikal) ka,ta,ba (كتب .

IKLAN

(Seterusnya kata akar ka,ta,ba (كتب (tadi membentuk perkataan baharu dengan melalui proses sama ada pembentukan (derivasi) seperti Maktabah (مكتبة((perpustakaan), Katib(كاتب) (penulis), Kitab(كتاب) (buku) atau melalui proses pengimbuhan (infleksi) seperti kataba (كاتب) (saling menulis), kattaba (بّكت) (menuliskan), istaktaba (استكتب) (meminta menuliskan).

Kesimpulan, Morfologi Arab ini penting dipelajari dan dikuasai secara khusus bahkan perlu didahulukan daripada bidang ilmu a-Nahwi atau ilmu sintaksis kerana melaluinya dapat membantu memahami kalimah-kalimah bahasa Arab mahupun kalimah yang terkandung di dalam al-Quran.

Hal ini terbukti dengan kegagalan menguasai ilmu Morfologi Arab sebagai perkara asas (fundamental mastery) didahulukan mengakibatkan kegagalan penguasaan peringkat lanjutan seperti mengetahui makna kalimah mahupun penggunaannya dalam ayat atau teks.

IKLAN

*****Hasnurol Hashim merupakan Guru Bahasa Arab, Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel menarik

Biar semakin mencabar, perguruan tetap jadi pilihan

‘Ayah cakap nak beli komputer riba, tapi tak sempat. Rehatlah ayah, moga tenang di sana’

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA