Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZDinobat sebagai penerima Anugerah Khas MAKUM, Ismail USIM terharu
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Dinobat sebagai penerima Anugerah Khas MAKUM, Ismail USIM terharu

Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia MAKUM 2020/2021 telah menganugerahkan Anugerah Khas MAKUM kepada Tokoh Seni Budaya MAKUM, Ismail Ahmed, baru-baru ini.

Anugerah tersebut yang turut dikenali Anugerah Gendang Sari Utama itu diberikan kepada pentadbir budaya yang terserlah kepimpinannya dan mampu dijadikan contoh serta rujukan kepada pegawai MAKUM lain dalam mentadbir seni budaya Universti Awam.

Ismail yang juga Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, anugerah berprestij tersebut mampu menginspirasi seluruh warga MAKUM dan sahabat budaya di luar sana bagi mencipta nama dan kejayaan di mata dunia.

“Sebagai pentadbir budaya, saya nasihatkan agar kita menguasai pelbagai bidang ilmu dalam merancang, melaksana dan memperkasa strategi agar kebudayaan dipandang tinggi oleh masyarakat,” kata Ismail.

Terdahulu, Anugerah Seni MAKUM bagi sesi 2020/2021 menyaksikan 12 jenis anugerah termasuk beberapa anugerah yang baharu diperkenalkan bagi menghargai pentadbir budaya, tokoh seni budaya dan agensi-agensi yang terlibat.

Ia telah diadakan secara dalam talian menerusi Facebook dan YouTube MAKUM dan dikendalikan oleh Sekretariat MAKUM Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Baca juga Hakim kini Setiausaha Agung PBSMM, nekad bantu komuniti yang memerlukan

Baca juga ‘Doakan saya diberi kesihatan dan kekuatan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang’

IKLAN

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) UUM, Prof Madya Dr Hendrik Lamsali, menerusi ucapan perasmian Anugerah Seni MAKUM berkata, MAKUM telah mengorak langkah dengan mencipta suasana baharu menerusi pembudayaan transformasi digital.

“Walaupun berdepan dengan keadaan yang sukar semasa Covid-19, namun barisan pentadbir seni, mahasiswa dan penggiat seni berjaya mengadaptasi teknologi untuk melaksana program seni budaya.

“Perkara ini selari dengan kehendak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mahukan aspek pendigitalan pendidikan diterapkan dalam semua proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya yang juga Pengerusi MAKUM.

Dalam pada itu, MAKUM turut memberi anugerah kepada tokoh aktiviti seni yang banyak memberi sumbangan dan bergiat aktif dalam memartabatkan seni budaya di setiap negeri.

Allahyaham Mohd Shah Abdul Rahman atau terkenal dengan gelaran Pak Lang Bongai menerima Anugerah Tokoh Aktivitis Budaya Malaysia.

IKLAN

Allahyaham bergiat aktif dan terlibat secara langsung dalam menghasilkan rakaman lagu Bongai bersama Pusat Kebudayaan USIM.

Anak jati tanah beradat ini dilahirkan pada 1939 di Kampung Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan, dan telah terlibat dengan persembahan Bongai sejak tahun 1953 lagi.

Berusia 80 tahun dan aktif bersama kumpulan Bongai Seri Tengkek semasa hayatnya, Pak Lang merupakan satu-satunya Tokoh Lagu Rakyat Negeri Sembilan (Seni Bongai) yang memperjuangkan lagu rakyat Bongai.

Penghargaan MAKUM turut disampaikan kepada beberapa entiti kerajaan termasuk agensi dan pihak NGO yang banyak menyumbang dan menyokong usaha pelaksanaan program tersebut.

IKLAN

Antaranya, KPT, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Joe Sidek Production dan Cultural Economy Development Agency (CENDANA).

Penglibatan pihak industri amat memberi impak kepada MAKUM sebagai lonjakan pengembangan bakat dan kemahiran pelajar dan kebolehpasaran graduan.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

INFO

1) Anugerah Gambang Mustika MAKUM – Kelab Seni Budaya USIM dan Kumpulan Penyair Nasional (KHUPAS).

2) Anugerah Bonang Emas MAKUM – Muhammad Fadhil Arif dan Intan Aika Amira Azhari.

3) Anugerah Gendang Sari MAKUM – Timbalan Pengarah Pusat Kebudayaan, Mohamad Akmal Razali.

4) Anugerah Lambang Sari MAKUM – Farazilah Che Ani, Muhamad Mursyid Hairuddin dan Muhammad Alif Omar Abdul Jalil (masing-masing penerima dari USIM).

5) Anugerah Kenong Budi MAKUM – Nur Azmi Tan Nur Azizi Tan.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA