HomeGen ZAktivitiDibenarkan pulang sempena Aidilfitri, pelajar UUM kongsi rasa teruja dan gembira
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Dibenarkan pulang sempena Aidilfitri, pelajar UUM kongsi rasa teruja dan gembira

SINTOK – Selaras dengan kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 29 April berkaitan Pergerakan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pulang Sempena Cuti perayaan Aidilfitri 2021, pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil maklum dan membenarkan pelajarnya pulang ke rumah masing-masing bagi menyambut Aidilfitri kecuali pelajar dari Sarawak.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, pihak UUM memberi pilihan sama ada pulang ke rumah atau kekal berada di kampus  sempena hari raya ini.

Katanya, bagi pelajar yang memilih untuk pulang ke rumah mereka perlu mengisi borang pendaftaran pergerakan pulang yang bermula 30 April hingga 3 Mei lalu.

‘Pelajar yang dibenarkan pulang ialah mereka yang memiliki kenderaan sendiri, dijemput oleh waris, ibu bapa dan bas sewaan khas yang dibenarkan seperti arahan KPT,” katanya.

Beliau turut menasihatkan 1049 pelajar yang akan mula pulang mulai esok hingga 11 Mei kesemua destinasi di semenanjung supaya mendapatkan surat pelepasan perjalanan rentas negeri atau daerah yang dikeluarkan oleh Pusat Penginapan Pelajar (SAC) sebelum bergerak pulang.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Hendrik Lamsali menasihatkan pelajar supaya sentiasa memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal di semua tempat dan kerap mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer.

“Bilik gerakan Pengurusan Bencana UUM boleh dihubungi ditalian 04-9284177 atau 019-4151201 (Dekan Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin) sekiranya memerlukan sebarang pertanyaan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beberapa pelajar yang ditemui gembira dengan pengumuman KPT dan UUM yang membenarkan mereka pulang untuk menyambut raya bersama keluarga.

IKLAN

“Saya terkejut bila dimaklumkan kami dibenarkan untuk pulang beraya walaupun sebelum ini semasa memohon masuk semula ke kampus untuk sesi pengajian, kami diberitahu kemungkinan tidak dibenarkan pulang beraya nanti,” ujar Muhammad Hazwan Ismail dari Parit Buntar, Perak.

Anak kedua daripada tiga beradik ini teruja untuk pulang beraya bersama keluarga selepas diberi kebenaran oleh KPT dan UUM.

“Saya akan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sentiasa memakai pelitup muka dan menggunakan hand sanitizer ketika dalam perjalanan pulang ke kampung menggunakan kenderaan sendiri nanti,” katanya ketika ditemui semasa mengemas pakaian dibiliknya.

Mohamad Shahrul (kiri) dan Nor Hanisah (kanan).

IKLAN

Manakala pelajar semester enam Ijazah Sarjana Muda Sains ekonomi dengan kepujian, Mohamad Shahrul Samsudin memberitahu, kebenaran pulang yang diberikan ini memberi kegembiraan bukan sahaja kepadanya malah keluarganya juga.

“Apabila saya memaklumkan kepada emak dan ayah akan pulang beraya di Larkin, Johor mereka amat gembira,” katanya.

Bagi Nor Hanisah Salleh yang akan pulang ke Kelantan dengan menaiki bas dari UUM pula berkata, dia tidak sabar untuk bertemu dengan sembilan ahli keluarganya.

“Riuh-rendah dipagi raya dengan hidangan ketupat, rendang, tapai dan nasi impit menjadi igauannya,” kata Nor Hanisah lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Presiden Inapan Siswa Grant dan TM, Ikhwan Zulkefli yang memilih untuk beraya di kampus berharap, pelajar yang akan pulang sentiasa menjaga keselamatan mereka dalam perjalanan nanti.

“Ketika menyambut raya jangan lupakan kami di kampus ini dan saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” katanya lagi.

Ikhwan

Artikel menarik

Kerancuan bahasa gugat bahasa Melayu

Ibu ini hasilkan rumah mini untuk anak hadapi PdPR, cantik dan selesa


 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA