Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZDedahkan peserta dengan Microsoft 365 Education, 224 guru puji program menarik dan...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Dedahkan peserta dengan Microsoft 365 Education, 224 guru puji program menarik dan mengujakan!

Seramai 224 guru mengikuti Program Microsoft Innovative Teachers: Train the Trainers menerusi aplikasi Microsoft Teams baru-baru ini.

Ketua projek, Dr Donnie Adams, 34 berkata, program bertujuan membangunkan dan melatih guru-guru mengenai integrasi teknologi Microsoft 365 Education di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Ia juga bertujuan mendedahkan pendidik kepada teknologi dan sumber daya Microsoft 365 Education yang menyokong pengintegrasian e-learning dalam pembelajaran sejajar dengan Kemahiran Abad ke-21 dan Kerangka ICT UNESCO untuk guru-guru,” katanya.

Dr Donnie

Terdahulu, Program Microsoft Innovative Teachers: Train the Trainers dianjurkan Pusat Komuniti dan Kelestarian (UMCares), Universiti Malaya (UM) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Program turut mendapat kerjasama daripada Fedelis Sdn Bhd (Microsoft in Education Global Training Partner), Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar dan Petaling Utama.

Peserta yang mengikuti program ini terdiri daripada guru-guru dari sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Bangsar dan Petaling Utama.

Antara guru yang terlibat adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) TTDI 1; SK TTDI 2; SK Taman Segar; SJK (C) Chung Kwo; SJK (C) Choong Wen; SJK (T) Jalan Bangsar; SJK (T) Sungai Besi; SK Taman Sea; SK Kampung Tunku; SJK (C) Sungai Way dan SJK (T) Vivekananda.

Turut sertai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki; SMK Seri Pantai; SMK (P) Pudu; SMK Cochrane; SMK TTDI; SMK Seri Mutiara; SMK Bandar Baru Seri Petaling; SMK (L) Bukit Bintang dan SMK Damansara Jaya.

Selain Dr Donnie yang merupakan pensyarah Fakulti Pendidikan, UM, turut menjayakan projek itu ialah Prof Madya Dr Zuraidah Abdullah yang juga pensyarah dari fakulti yang sama.

IKLAN

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian menarik telah diberikan kepada peserta.

“Guru telah dilatih menggunakan modul Microsoft 365 Education. Antara topik-topik adalah Pembentukan Bilik Darjah Maya, penggunaan aplikasi Microsoft Teams untuk PdPR, aplikasi Microsoft OneNote Class Notebook, amalan terbaik untuk tugasan dan kuiz, dan kaedah pengajaran secara kreatif menggunakan aplikasi- aplikasi yang lain,” kata Dr Donnie.

Peserta seronok

Guru SJK(T) Sungai Besi, teacher trainer Piremalatha A/P Karunanithe berkata, program Microsoft Innovative Teachers: Train the Trainers ini sangat menarik dan mengujakan.

“Program ini sangat berguna dan ia dapat membantu guru-guru untuk mempunyai satu aplikasi yang menyeronokkan dan bersepadu untuk proses PdPR nanti,” ujarnya.

IKLAN

Bagi Cikgu Nurul Nadia Mat Riffin dari SMK Cochrane, pengisian yang diketengahkan dalam program tersebut sangat relevan pada masa kini dan membantu guru mencari idea untuk menjadikan PDPC lebih berkesan dan berkualiti.

Guru SMK (P) Pudu, Cikgu Norsuhada Che Mat Hassan pula memberitahu, banyak info yang dia dapat menerusi penglibatan dalam program tersebut.

“Perkara yang paling saya gemari adalah semua bahagian yang terkandung dalam pembelajaran Microsoft Teams ini.

“Pelbagai maklumat baru yang saya dan rakan-rakan dapat. Terima kasih kepada pihak penaja yang berjaya menganjurkan program bermanfaat ini,” katanya.

IKLAN

Kesimpulannya, hasil pendedahan yang diterima dalam program ini akan memberi impak kelestarian kepada guru-guru di mana segala ilmu dan kemahiran yang didedahkan mengenai penggunaan Microsoft 365 Education yang menyokong pengintegrasian e-learning dalam PdPR masih boleh dipraktikkan tanpa sebarang kos tambahan pada masa hadapan.

Selain itu, sekolah-sekolah dalam projek ini akan mempunyai 10 Microsoft Innovative Teacher Trainer yang khusus untuk membantu dari segi aspek teknikal dan pengintegrasian e-learning dalam PdPR.

INFO

– Program ini memberi idea kepada guru mengenai integrasi teknologi Microsoft 365 Education selain dari penggunaan Google Classroom.

– Latihan terbahagi kepada dua fasa:

1) Fasa 1 – Latihan dalam talian diadakan untuk melatih Sembilan guru sekolah menengah dan 11 guru sekolah rendah. Ketua projek bersama empat Master Trainer dari Fedelis akan menjadi tenaga pengajar dan mereka menggunakan modul Microsoft 365 Education. 20 guru yang berjaya melengkapkan Fasa 1 akan diperakui dan diberi sijil serta lencana Microsoft Innovative Teacher Trainer.

2) Fasa 2 – Latihan dalam talian yang diberi oleh 10 guru yang telah diperakui sebagai Microsoft Innovative Educator Teacher Trainer dalam Fasa 1. Guru yang berjaya melengkapkan Fasa 2 akan diperakui dan diberi sijil serta lencana Microsoft Innovative Teachers.

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA