Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZCara kenali potensi diri. Kaunselor Berdaftar kongsi 5 tip penting!
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Cara kenali potensi diri. Kaunselor Berdaftar kongsi 5 tip penting!

Cara kenali potensi diri. Kaunselor Berdaftar kongsi 5 tip penting!

Potensi diri boleh ditakrifkan sebagai satu kemampuan, kekuatan, baik yang belum wujud mahupun yang telah wujud, yang dimiliki seseorang, tetapi belum sepenuhnya terlihat atau dipergunakan secara maksima oleh individu tersebut.

Manusia adalah makhluk yang unik. Kita dilahirkan dengan pakej kekuatan dan kelemahan.

Dua pakej ini saling mengimbangi sebenarnya. Inilah satu tanda bahawa kita adalah sebaik-sebaik kejadian.

لَقَدْخَلَقْنَاالْإِنْسَانَفِيأَحْسَنِتَقْوِيمٍ

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya) – Surah At-Tin, ayat 4

Kekuatan yang ada pada kita adalah pelengkap kepada kelemahan orang lain.

Dan begitulah sebaliknya. Lakukan suatu perkara untuk dibangga-banggakan atau jauh sekali dengannya kita mudah untuk memperlekehkan orang lain.

“We are here not to COMPETE but to COMPLETE”

Indahnya hidup kerana kita ini saling melengkapi sebenarnya. Di sebalik kekuatan dan kelemahan ini terbuka peluang untuk kita saling berbakti dan menyemai kebaikan sesama kita.

IKLAN

Peluang meningkatkan amal kebaikan.

إِنَّالَّذِينَآمَنُواوَعَمِلُواالصَّالِحَاتِأُولَٰئِكَهُمْخَيْرُالْبَرِيَّةِ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk” – Surah Al-Bayyinah, ayat 7

Cara mengenal pasti potensi diri

1) Mengambil ujian personaliti

Ujian ini perlu dikendalikan oleh mereka yang mahir dan berkelayakan untuk mentadbir. Sah dan sahih sesuatu alat ujian perlu diambil kira bagi memberikan jawapan yang tepat. Terdapat banyak ujian personaliti yang boleh dicuba.

2) Mendapat respon daripada orang terdekat

IKLAN

Orang di sekeliling kita adalah antara orang yang boleh mengenal pasti potensi kita. Dapatkan pandangan dan komen.

Berlapang dada apabila menerima teguran. Semak balik semua respon yang diberikan. Jika ianya positif kekalkan. Jika ianya negatif dan betul, ambillah langkah untuk berubah.

3) Berjumpa kaunselor

Kaunselor dilatih untuk membantu klien menggali potensi diri. Melalui proses sesi kaunseling, potensi klien boleh dikenal pasti. Ingat! Sesi kaunseling bukan untuk orang yang bermasalah sahaja. Buang persepsi tersebut.

4) Kenal pasti minat

Cuba kenal pasti apa minat kita. Pada masa-masa tertentu pasti ada sesuatu perkara yang kita suka lakukan. Boleh jadi perkara tersebut adalah satu sumber kecenderungan kita. Ada orang bekerja sebagai kerani, tapi pada masa lapang, memasak adalah perkara yang paling diminatinya.

IKLAN

Kepuasan pada dirinya apabila dapat memasak. Jika diarahkan dengan betul mungkin ia boleh menjadi satu peluang besar.

5) Mencuba sesuatu yang baharu

Keluar daripada jadual rutin. Beranikan diri mencuba sesuatu yang baharu.

Ingat! Perkara rutin boleh mematikan kreativiti. Siapa tahu, dengan mencuba sesuatu yang baharu kita dapat keluarkan potensi diri kita dengan lebih mudah.

“Jangan takut untuk kelihatan berbeza daripada orang lain”.

*****Hasbullah Mustafa merupakan Kaunselor Berdaftar Politeknik Merlimau Melaka

Artikel menarik

6 perkara tentang guru yang ramai ibu ayah tidak tahu, mulianya hatimu cikgu!

Beri peluang murid lemah kuasai pecahan, ini tip mudah daripada Cikgu Rauf

Artikel Berkaitan

MESTI BACA