Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZBuntu pilih laluan pengajian? Ikuti saranan ini untuk bantu pelajar buat keputusan
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Buntu pilih laluan pengajian? Ikuti saranan ini untuk bantu pelajar buat keputusan

Memikirkan apa hala tuju selepas SPM memang menjadi dilema kepada ramai pelajar malah masih ada yang tidak tahu apakah program sesuai patut menjadi pilihan dalam memastikan anda dapat mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini.

Sebaik saja tamat SPM, sebenarnya terdapat banyak opsyen yang boleh dipilih untuk meneruskan pengajian sebelum menyambung ke program ijazah sarjana muda di mana-mana universiti awam (UA) atau institusi pengajian tinggi (IPT).

 

gambar hiasan daripada unsplash

Antara opsyen yang ditawarkan di Malaysia adalah matrikulasi, asasi, diploma, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Institut Pendidikan Guru (IPG).

Program seperti asasi dan matrikulasi menawarkan jangka waktu yang singkat, iaitu selama satu tahun atau dua semester manakala bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, pelajar perlu menghabiskan tiga semester atau satu tahun setengah untuk menamatkan pengajian di sini.

Bagi program diploma pula, masa yang diperlukan agak panjang iaitu selama tiga tahun. Namun, kelebihan bagi pelajar yang mengambil diploma ialah mereka boleh memindahkan kredit untuk memendekkan tahun belajar ketika mengikuti program sarjana muda.

IKLAN

Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan semasa memilih opsyen yang terbaik untuk melanjutkan pengajian ialah mengetahui apakah yang ingin dilakukan selepas tamat belajar.

Jika sudah tahu apa yang ingin dilakukan selepas tamat belajar, anda boleh memilih untuk pergi ke program asasi yang ditawarkan pelbagai universiti awam dan swasta di Malaysia.

gambar hiasan daripada unsplash

Jika anda berminat untuk menjadi seorang jurutera, pilih universiti yang menawarkan asasi sains, kejuruteraan dan sebagainya kerana semua subjek yang dipelajari di peringkat asasi sebenarnya sudah berfokus tentang apa bakal dipelajari di peringkat sarjana muda kelak.

Bagi yang masih belum membuat keputusan mengenai bidang mana yang harus dipilih, anda boleh memilih ke matrikulasi kerana mata pelajaran yang dipelajari di matrikulasi lebih umum dan para pelajar masih boleh membuat pilihan untuk memasuki bidang mana selepas tamat tempoh pembelajaran di matrikulasi.

IKLAN

Tidak dinafikan terdapat juga pelajar yang kurang berminat dalam bidang akademik, jadi anda boleh memilih untuk memasuki aliran TVET.

gambar hiasan (kredit: denyut nadi)

Berbanding pelajar matrikulasi ataupun asasi yang lebih tertumpu kepada pelajaran secara teori, kaedah pembelajaran aliran TVET lebih berfokus kepada bidang kemahiran yang menjurus kepada skil-skil yang berguna di alam pekerjaan kelak.

Oleh kerana itu, kebolehpasaran graduan TVET adalah sangat tinggi kerana majikan di luar sana sangat memerlukan graduan yang sudah mempunyai skil yang diperlukan di dalam industri.

IKLAN

Jika anda sudah membuat keputusan untuk menjadikan kerjaya perguruan sebagai profesion pada masa hadapan, anda boleh memilih untuk memohon ke IPG.

Walaupun terdapat juga universiti tempatan yang menawarkan program perguruan bagi mereka yang berminat untuk menjadi guru, graduan-graduan dari IPG sebenarnya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk menjadi guru berbanding graduan ijazah sarjana muda perguruan yang ditawarkan di UA.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Apa yang penting di sini adalah sebelum menyambung ke mana-mana opsyen yang dinyatakan di atas, anda perlu membuat keputusan tentang apa yang ingin dilakukan di dalam hidup terlebih dahulu.

Jangan membuat keputusan semata-mata atas nasihat kaunselor yang menyatakan opsyen satu lebih baik daripada opsyen dua atau semata-mata ingin mengikut rakan-rakan kerana anda lebih mengenali diri anda dan apa yang ingin dilakukan selepas menamat pengajian kelak.

Sumber: ML Studio

Artikel Berkaitan

MESTI BACA