HomeGen ZBuang sifat ‘malas’ dalam diri, ini cara untuk dapat A+ bagi Sejarah
165,219FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Buang sifat ‘malas’ dalam diri, ini cara untuk dapat A+ bagi Sejarah

Sejarah merupakan mata pelajaran yang kurang digemari oleh kebanyakan pelajar memandangkan silibus pembelajarannya menjurus kepada fakta semata-mata.

Rata-rata pelajar enggan menerima konsep pembelajaran Sejarah yang melibatkan pembacaan dan penghafalan yang teliti.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang telah dilaksanakan akibat pandemik Covid-19 ini semakin mendorong mereka untuk terus mengabaikan mata pelajaran penting ini.

Keadaan ini sudah tentunya menjejaskan skor mata pelajaran Sejarah apabila ada segelintir daripada mereka yang langsung tidak menyentuh buku Sejarah ini.

Paling merunsingkan, mereka menjadikan alasan ‘bosan’ untuk menyelamatkan diri daripada mempelajari mata pelajaran tersebut.

Susulan masalah ini, GPSBestari ingin berkongsi tip untuk para pelajar yang mahu mendapat skor yang cemerlang bagi mata pelajaran Sejarah.

IKLAN

Gambar hiasan daripada Pexels.

1) Buku teks sebagai rujukan
Buku teks merupakan buku rujukan lengkap bagi setiap pelajar untuk menguasai sejarah. Ini kerana, fakta yang terkandung dalam buku teks sekolah adalah paling tepat dan jitu. Elakkan menggunakan buku rujukan lain kerana, terdapat buku rujukan yang tidak mengandungi fakta yang lengkap.

2) Menulis nota
Nota ringkas sangat penting bagi membantu para pelajar yang malas membaca buku teks yang tebal. Melalui catatan nota yang dibuat, para pelajar akan mudah mengingati apa yang ditulis oleh mereka. Ini kerana, proses membaca sambil menulis sedikit sebanyak membantu otak mereka untuk memahami apa ditulisnya.

IKLAN

3) Sticky Note
‘Sticky note’ berbeza dengan nota ringkas kerana ia lebih ringkas. ‘Sticky note’ adalah penting bagi menguatkan daya ingatan pelajar. Ramai pelajar yang menampal ‘sticky note’ di dinding bilik mereka bagi memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajarinya.

Gambar hiasan daripada Pexels.

4) Teknik menghafal
Para pelajar perlu menggunakan teknik ‘akronim’ semasa menghafal sejarah. Dengan menggunakan akronim atau kata kunci penting ini, para pelajar akan mudah mengingati sesuatu yang dihafal.

IKLAN

5) Berinteraksi
Teknik berinteraksi juga sangat penting untuk membantu para pelajar mengingati apa yang dibacanya. Teknik ini boleh dilakukan melalui dua cara iaitu secara bersendirian ataupun berkumpulan. Elakkan membaca buku Sejarah dalam hati kerana cara ini akan menyebabkan seseorang mudah mengantuk. Oleh itu, lontarkan suara anda kerana melalui lontaran suara, para pelajar mudah mengingati apa yang didengarinya.

Diharapkan dengan perkongsian ini ia sedikit sebanyak membantu para pelajar mendapatkan A+ dalam mata pelajaran Sejarah.

Bagaimanapun, perasaan ‘bosan’ yang menguasai diri boleh dibuang secara perlahan-lahan sekiranya pelajar menjadikan Sejarah sebagai satu kisah menarik untuk dihayati.

Oleh itu, GPSBestari berharap dengan perkongsian ini minda pelajar akan lebih terbuka dan tertarik untuk belajar Sejarah bukan sahaja sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan tetapi juga tambahan ilmu asas sebagai rakyat yang cintakan negara.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA