Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZBerminat jadi guru? Mohon hadam dulu nasihat yang dikongsikan guru ini
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Berminat jadi guru? Mohon hadam dulu nasihat yang dikongsikan guru ini

Pengumuman yang dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai pengambilan khas secara one-off melibatkan sejumlah 18,702 guru bagi gred DG41 bagi mengatasi isu kekurangan guru di negara ini dalam sidang media pagi tadi menerima reaksi yang pelbagai daripada masyarakat termasuklah golongan guru itu sendiri.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, langkah itu bertujuan menampung kekurangan guru di Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor selain usaha mencapai perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Pengambilan tersebut antara lain akan memberi tumpuan mengisi kekosongan guru bagi mata pelajaran tertentu yang menyebabkan wujudnya jurang tenaga pengajar hingga menjadi cabaran utama sistem pendidikan negara masa kini.

Bagi guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Unjur Klang yang lebih dikenali sebagai Cikgu Nor Faisal Ishak atau Cikgu Pe Chey, beliau menitipkan nasihat kepada individu di luar sana yang berhasrat menjadi cikgu.

Menurut Cikgu Pe Chey, pekerjaan sebagai pendidik tidak menjanjikan keindahan bulan dan bintang sebaliknya warga guru perlu memiliki personaliti yang fleksibel iaitu sentiasa bersedia fizikal dan mental tatkala dihantar bertugas ke mana sahaja dalam negara kita ini.

“Kita kena tabah, cekal dan kuat menghadapi cabaran.

” Sekolah di negara kita ini, letaknya merata. Ada di sebelah One Utama, ada juga nun jauh dalam belantara. Jadi perlu fahami, tak semua cikgu itu merasa pakai cantik kemas kerana adakalanya terpaksa pakai apa ada sebelum sampai ke sekolah,” katanya.

Ikuti perkongsian penuh yang dibuat Cikgu Pe Chey di laman Facebook beliau hari ini sebagai panduan kepada bakal pendidik di luar sana.

IKLAN

*****************************
Kalau ada yang berhasrat nak jadi cikgu, mohon telitikan apa yang aku kongsikan ini supaya kalian memahami, pekerjaan ini tak menjanjikan keindahan bulan dan bintang.

1) Kalian perlu ada personaliti yang fleksibel. Maksudnya, kalian perlu bersedia fizikal dan mental tatkala dihantar bertugas ke mana sahaja dalam negara kita ini. Kita kena tabah, cekal dan kuat menghadapi cabaran.

2) Sekolah di negara kita ini, letaknya merata. Ada di sebelah One Utama, ada juga nun jauh dalam belantara. Jadi perlu fahami, tak semua cikgu itu merasa pakai cantik kemas kerana adakalanya terpaksa pakai apa ada sebelum sampai ke sekolah.

3) Cikgu di pulau. Maksudnya, bertugas di pulau. Perlu bangun seawal Subuh, siapkan diri menanti di jeti. Bergerak dalam kumpulan untuk sampai ke sekolah. Berdepan dengan bahaya laut bergelora atau sungai yang deras.

IKLAN

Gambar hiasan daripada Pexels.

4) Andai terpilih, dan lulus ujian lalu ‘dipostingkan’, jangan cepat menangis. Pergi dulu ke sekolah ditempatkan kerana aku dah ingatkan awal tadi, mental kena kuat. Jangan lembik dan jangan mengada-ngada.

5) Tak payah sangat nak guna kabel politik atau TNB bila bab posting, nak ikut tekak sendiri. Kadang, mak ayah punca masalah. Sibuk nak anaknya mengajar depan rumah. Baik suruh mereka bina sekolah sendiri.

6) Bila masuk ke sekolah, hormati senior. Cepat belajar suasana persekitaran. Jangan buat kepala sendiri, jangan jadi kaki bodek, jangan tak bercampur dengan masyarakat. Cikgu, kena jadi macam-macam. Dialah penghulu, dialah tukang kebun.

IKLAN

7) Fahami politik sekolah, belajar ragam anak murid. Anak orang asli, lain cara pujuknya kalau nak mereka datang sekolah. Anak bangsawan, didik mereka hormati orang lain. Jangan takut dengan ugutan. Kitakan cikgu.

Gambar hiasan daripada Pexels.

8) Wujudkan suasana mesra dengan ibu bapa murid. Mudah untuk berinteraksi dan membantu antara satu sama lain. Jangan sombong dan angkuh kononnya cikgu, semuanya kita pandai. Jangan.

9) Gunakan kemahiran individu yang ada dalam memastikan kemenjadian murid. Kalau kau pandai main hoki (macam aku), ajar budak main hoki, latih, tubuhkan pasukan sekolah, hantar bertanding. Jangan dengar umpatan orang kecuali bos kata tak payah. Malang dapat bos yang sebegitu.

10) Selamat menempuh alam persekolahan. Tak ada siapa paksa kau mohon jadi cikgu. Kau sendiri yang mohon. Jadi, bersedia sahaja dengan apa juga rintangan yang tiba.
Nak jadi cikgu ni, hati kena kental.

Gaji permulaan campur elaun, lebih 3k oooi.
#NfI

Mohon sharekan supaya individu seramai 18,702 orang yang bakal terpilih nanti adalah individu yang tepat mengikut kriteria yang telah aku kongsikan di atas ini. Selamat bertugas.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA