HomeGen ZBerjaya mendapat keputusan cemerlang SPM, ini tip buat pelajar di luar sana
165,220FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Berjaya mendapat keputusan cemerlang SPM, ini tip buat pelajar di luar sana

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini telah mengubah status dirinya daripada pelajar biasa kepada pelajar cemerlang.

Memperoleh 7A dan 1B, bagaikan mimpi bagi Nur Aina Nafeesa Mohammad Zaki kerana dalam sekelip mata dia bergelar pelajar cemerlang.

Pastinya gelaran pelajar cemerlang merupakan impian setiap pelajar. Bagaimanapun menjadi pelajar cemerlang bukanlah mudah tetapi tidak mustahil sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh.

Bersama GPSBestari, Nur Aina Nafeesa dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seskyen 19, Shah Alam, Selangor, berkongsi tip yang digunakannya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

IKLAN

1) Sentiasa mengajukan soalan kepada guru
Menggunakan pendekatan sentiasa berhubung dengan guru untuk menanyakan topik dan soalan yang tidak difahami semasa atau selepas sesi pembelajaran.

2) Sentiasa mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan
Sering melakukan perbincangan dengan rakan-rakan agar topik yang dipelajari lebih difahami. Melalui perbincangan yang dilakukan pelajar boleh bertukar pendapat dan idea mengenai topik yang dipelajari.

IKLAN

3) Mengikuti kelas tuisyen berbayar
Aina Nafeesa turut mengikuti kelas tuisyen berbayar bagi menambahkan lagi pemahamannya terhadap subjek tertentu. Usaha ini sangat penting untuk mendapat skor yang terbaik dalam peperiksaan. Melalui kelas tuisyen ini, setiap pelajar akan mendapat ilmu yang cukup sebagai persediaan menghadapi SPM.

4) Disiplinkan diri pada minggu-minggu akhir
Pada minggu akhir sebelum peperiksaan bermula, pelajar mestilah mendisiplinkan diri dengan belajar sebaik-baiknya. Pelajar mestilah menggunakan masa yang berbaki dengan mengulangkaji semua topik yang tidak difahami.

IKLAN

5) Melakukan solat sunat
Bagi pelajar yang beragama Islam, solat lima waktu dan solat sunat jangan ditinggalkan.

6) Keberkatan ibu bapa
Aina Nafeesa percaya doa dan keberkatan ibu bapa sangat penting bagi setiap pelajar. Oleh itu, jagalah hubungan dengan ibu bapa agar proses menimba ilmu berjalan dengan lancar.

7) Sentiasa berdoa dan tawakal
Bagi Aina Nafeesa, usaha yang berterusan serta sokongan orang sekeliling sangat penting dalam proses mencari ilmu. Setelah berusaha sebaik mungkin, para pelajar perlu sentiasa berdoa dan tawakal dengan keputusan yang bakal diperoleh. Ini kerana, doa sangat penting dalam usaha seseorang mencapai apa yang diinginkan.
Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar-pelajar mengubah kehidupan dalam meneruskan perjuangan pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA