HomeGen ZAplikasi permainan STEM ChesuTi, mudah belajar Matematik semasa lockdown
165,219FansLike
4,972FollowersFollow
619FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Aplikasi permainan STEM ChesuTi, mudah belajar Matematik semasa lockdown

Dalam keadaan lockdown Covid-19 ini, pembelajaran di rumah telah berubah mengikut norma baharu iaitu melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diadakan secara dalam talian.

Pembelajaran dalam tempoh masa yang agak lama menjadi sukar disebabkan masalah talian internet yang perlahan dan lama kelamaan murid akan mudah bosan.

Cabaran ini juga bukan sekadar kepada murid tetapi juga kepada guru-guru yang perlu melaksanakan PdPRagar menarik dan menyeronokkan.

Dalam usaha menjadikan pembelajaran Matematik menarik dan menyeronokkan, Kit permainan STEM ChesuTi berasaskan permainan catur dan kad Yu-Gi-Oh telah dibangunkan sebagai alat bantu mengajar bagi topik Transformasi Isometri Matematik Tingkatan 2, Kurikulum Standart Sekolah Menengah (KSSM).

ChesuTi ini sesuai untuk digunapakai oleh pendidik atau guru-guru sebagai alat bantu mengajar yang menarik.

Aplikasi permainan stem ChesuTi menjadikan pembelajaran mata pelajaran Matematik menyeronokkan.

Keupayaan Kit STEM ChesuTi

Matematik merupakan salah satu subjek yang kritikal dalam bidang pendidikan hari ini.

Minat pelajar-pelajar terhadap matapelajaran ini juga terganggu kerana pembelajarannya banyak bergantung kepada pemahaman konsep yang jelas dan melakukan latihan yang banyak untuk meningkatkan pemahaman, kecekapan, dan kemahiran.

Disokong lagi dengan pernyataan Panorkou dan Maloney (2015) pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi terhad jika hanya bergantung kepada pemerhatian gambar statik geometri dan akan membatasi pemahaman.

Justeru, aplikasi Kit STEM ChesuTi yang dibangunkan berupaya untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik Transformasi Isometri dengan lebih interaktif dan mudah serta mampu menghasilkan murid yang lebih aktif dan berdaya saing untuk menimba ilmu pengetahuan.

Implikasinya, penggunaan ChesuTi ini juga mampu memberi gambaran yang jelas tentang pemahaman Matematik khususnya topik Transformasi Isometri.

IKLAN

Bahan pembelajaran menarik

Dalam situasi lockdown hari ini, guru-guru memerlukan bahan pembelajaran yang boleh menarik perhatian murid untuk belajar di rumah.

Penggunaan bahan bantu mengajar yang menggunakan konsep permainan dan melibatkan media mungkin dapat membantu dalam proses pengajaran dan pemudahcara bagi matapelajaran Matematik.

Konsep ini merujuk kepada penggunaan permainan dan merupakan kaedah menyelesaikan masalah melalui cara berfikir yang kreatif dan strategi yang baik semasa bermain untuk mencapai kemenangan.

Kit permainan ini digunakan untuk menyelesaikan suatu masalah melalui cara berfikir dan ini merupakan satu usaha untuk membuat penyampaian pembelajaran lebih menarik.

Disokong lagi dengan penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan permainan, ini menjadikan pembelajaran Matematik itu mudah, seronok untuk dipelajari, dan difahami.

Kit STEM ChesuTi ini berasaskan Permainan Catur Transformasi (CaT) di mana ia melibatkan permainan lengkap dengan gabungan elemen interaktif dalam mengukuhkan konsep pantulan, putaran, dan translasi dalam topik Transformasi Isometri.

IKLAN

Pembentukan permainan ini adalah gabungan dan adaptasi tiga idea asal iaitu konsep permainan catur, permainan kad Yu-Gi-Oh, dan pembelajaran Matematik dalam topik Transformasi Isometri.

Kit pembelajaran berasaskan permainan ini turut menggunakan model reka bentuk ADDIE yang digunakan sebagai panduan bagi memastikan proses pembangunan berjalan secara teratur. Model rekabentuk ADDIE dipilih kerana ia adalah antara model reka bentuk instruksi yang menjadi asas kepada model-model reka instruksi yang lain.

Kit pembelajaran permainan pihak ibu bapa, guru dan pelajar

Maklum balas daripada pelajar melalui ibu bapa menunjukkan permainan ini menarik dan boleh dimainkan pelbagai peringkat umur sama ada dewasa, belia, kanak-kanak, dan pelajar sekolah.

Kit ini mudah dibawa ke mana-mana dan sesuai untuk aktiviti masa lapang. Aplikasi permainan menggunakan kad ini menggunakan konsep ilmu dan pastinya dapat menambah ilmu sedia ada.

Kit ini juga dikatakan dapat meningkatkan dan menggerakkan minda serta menambah pemikiran penggunanya atau pemain itu. Apabila ia digunakan, ia mampu meningkatkan pemahaman dan meningkatkan kemahiran.

Ibubapa pelajar berpandangan bahawa permainan ini adalah sangat baik, bersifat interaktif di samping dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ditambah pula dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilihat tiada berpenghujung buat masa ini, ibu bapa dapat bersama anak-anak untuk memahami konsep yang ada dalam Matematik di peringkat sekolah menengah.

IKLAN

Dari sudut pandangan guru pula, permainan ChesuTi ini sangat baik untuk para pelajar cover tajuk Transformasi Isometri.

Kelebihan permainan ini walaupun pelajar belum belajar tajuk ini, mereka masih boleh bermain kerana arahannya dangat mudah dan jelas. Untuk itu ChesuTi ini telah mendapat pengiktirafan Anugerah Emas, Malaysia Technology Expo 2021.

Produk STEM ini menarik perhatian ramai pelajar, guru, dan ibubapa malah ia pilihan utama bidang pendidikan matematik.

Prof Madya Dr Mazlini Adnan bersama kit permainan stem ChesuTi yang diilhamnya.

Kit Menepati Keperluan Pembelajaran

Kit permainan ini mempunyai isi kandungan yang menepati KSSM, berkait secara langsung dengan standard pembelajaran, mencapai standard pembelajaran Matematik, sesuai dengan tahap keupayaan dan kemampuan murid, serta sesuai dengan pengalaman murid.

Pembinaan kit permainan CaT ini merupakan kit permainan yang lengkap dengan gabungan elemen interaktif dalam menerap dan mengukuhkan konsep bagi topik Transformasi Isometri yang melibatkan pantulan, putaran, dan translasi.

Kit permainan ini mampu membantu guru-guru menangani masalah murid yang lemah dalam menguasai asas konsep dan mampu menarik minat mereka.

Selain itu, diharapkan inovasi dalam penghasilan permainan ini dapat diteruskan dan dikembangkan hingga ke tahap permainan digital.

Sekiranya ia dapat dilaksanakan satu hari nanti, pastinya pengukuhan pembelajaran dalam topik Transformasi Isometri dan mutu pendidikan dalam bidang Matematik akan dapat dipertingkatkan.

Maklumat Penulis

Prof Madya Dr. Mazlini Adnan
Pensyarah Jabatan Matematik, Fakulti Sains Matematik, UPSI
Juga Ketua Penyelidik Projek Komik STEM UPSI, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan Universiti Sains Malaysia (USM) Perak serta Mantan Penyelaras, Unit Inovasi, Perundingan dan Pengkomersilan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), UPSI.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA