Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZAnak MRSM jadi kebanggaan masyarakat Orang Asli, kongsi rahsia raih keputusan cemerlang...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Anak MRSM jadi kebanggaan masyarakat Orang Asli, kongsi rahsia raih keputusan cemerlang dalam akademik

Tidak kira dari mana asal usul seseorang itu, jika ada tekad, azam dan kesungguhan, kejayaan pasti akan jadi milik kita.

Begitulah juga dengan kejayaan yang diraih pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Zahra Akhtar Azman yang berjaya mendapat keputusan 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 seperti yang dikongsikan Kaunselor Majlis Amanah Rakyata (MARA), Dr Zulkifli Hussain dalam laman Facebook beliau baru-baru ini.

Melalui perkongsian itu, Zahra Akhtar turut berkongsi perjalanan persekolahannya di MRSM Langkawi dan beberapa tip untuk pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam akademik.

Kejayaan yang dicapai anak gadis yang berasal daripada keturunan orang asli (kaum Jakun) itu mendapat respon positif daripada warga maya malah ramai yang mendoakan supaya pelajar itu terus berjaya di masa depan.

Ikuti perkongsian penuh yang dibuat Dr Zulkifli mengenai kejayaan Zahra Akhtar supaya menjadi inspirasi dan tip yang dikongsikan pula diharap dapat memberi manfaat kepada pelajar di luar sana.

***********************************
BUNGA TERPILIH (ZAHRA AKHTAR) PEROLEH 10A DALAM SPM 2020 : Anak MRSM Menjadi Kebanggaan Masyarakat Orang Asli

Zahra Akhtar Binti Azman. Pertama kali bersua dengan pelajar ini melalui platform FB Live pada 18 Jun 2021. Kami jemput beliau untuk berkongsi kisah kecemerlangan SPM 2021.

Terkejut bercampur bangga apabila beliau memaklumkan bahawa ayahnya daripada keturunan orang asli (kaum Jakun). Mereka sekeluarga adalah kaum Jakun yang berjaya dan terpelajar. Kecemerlangan keluarga ini seterusnya mengalir kepada Zahra Akhtar Binti Azman.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Ikuti perkongsian Zahra Akhtar Binti Azman;

Zahra Akhtar Binti Azman nama diberi bermaksud BUNGA YANG TERPILIH. Saya dilahirkan di Pusat Rawatan Islam Puchong pada 10 Disember 2003 dan merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik.

Saya mempunyai dua kakak dan seorang abang. Cita-cita saya adalah untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM), bermula dari Asasi Sains dan seterusnya ke Fakulti Perubatan. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang Doktor Perubatan dan khususnya sebagai Pakar Sakit Puan.

Ibu dan bapa saya juga merupakan bekas lulusan UM dalam bidang Sains Geologi. Ayah saya juga merupakan daripada golongan Orang Asli dari suku kaum Jakun.

Selepas mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2015 di SK Seksyen 1, Bandar Kinrara, Puchong, saya bertekad untuk melanjutkan pelajaran menengah di MRSM dan telah diterima masuk ke MRSM Langkawi.

Memang jauh tapi saya kuatkan semangat kerana ingin mengejar cita-cita dan membawa harapan keluarga dan kedua ibu bapa saya.

IKLAN

Seminggu setelah masuk ke MRSM Langkawi pada 2016, saya mula merasa ‘homesick’ kerana berada terlalu jauh daripada keluarga di Selangor.

Namun begitu, setelah kenal dengan rakan-rakan sebilik dan rakan kelas, saya dapat menjalinkan hubungan dengan mereka. Setiap seorang sangat baik, menghiburkan dan saling membantu.

Hubungan saya dan rakan-rakan semakin rapat dan kukuh seperti keluarga apabila kami telah menjalani kehidupan bersama-sama selama lima tahun lebih di MRSM Langkawi.

Guru-guru, para warden dan kakitangan sokongan di MRSM juga amat membantu dalam mempermudahkan saya untuk membuat penyesuaian diri berseorangan di perantauan.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Sewaktu saya di Tingkatan Dua, saya mula menceburi bidang sukan iaitu bola tampar di peringkat sekolah.

Semasa di Tingkatan Tiga, saya bermain sebagai ‘Goal Defender’ bola jaring sehingga mewakili MRSM Langkawi di peringkat daerah.

Memasuki Tingkatan Empat, saya menambah aktiviti saya dengan mewakili MRSM Langkawi pada pertandingan bola tampar di perlawanan SUPER, bola jaring di peringkat daerah, memanah dan tarannum Al-quran di Ihtifal MRSM Semalaysia.

Saya juga merupakan seorang EXCO Makanan untuk Badan Wakil Pelajar Sesi 2020/2021 MRSM Langkawi.

Walaupun sibuk dalam aktiviti kokurikulum, saya sering mengingatkan diri saya bahawa niat saya ke Langkawi adalah untuk belajar.

IKLAN

Maka, aspek akademik saya sentiasa saya kejar adalah untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Pada ujian PT3 tahun 2018, saya telah mendapat keputusan 8A 2B.

Semasa di Tingkatan Empat, saya telah menduduki peperiksaan IGCSE (International General Certificate Secondary Education) dan mendapat keputusan 3A* 1A 2B.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Saya sentiasa mencari kekurangan saya di mana dan cuba memperbaikinya untuk peperiksaan SPM pula kerana saya masih ada peluang untuk menjadi terbaik. Alhamdulillah, saya dikurniakan keputusan SPM yang cemerlang, 10A.

Segala jerit perih dan komitmen tambahan yang diberi kerana mengambil subjek tambahan Seni Visual tidak terasa. Kata-kata semangat daripada guru kami, keluarga, rakan-rakan yang lain, kami masih komited hingga ke akhir perjalanan kami bersama.

Tambahan pula, guru-guru setiap subjek juga sangat komited dan aktif membantu kami semua sehingga kertas peperiksaan yang terakhir walaupun perlu menempuh kesusahan belajar secara talian dan penundaan tarikh peperiksaan SPM akibat daripada pandemik Covid-19 ini.

Tip untuk mendapat keputusan yang cemerlang

1) Kita mestilah sentiasa ingat bahawa niat kita ke sekolah adalah untuk belajar kerana Allah dan untuk memenuhi harapan kedua ibu bapa saya. Saya sentiasa ingat akan pengorbanan ibu bapa dalam menyediakan semua keperluan pembelajaran saya di MRSM ini. Oleh itu, saya berusaha sedaya upaya untuk membalas jasa mereka dengan menghadiahkan keputusan cemerlang.

2) Jadual dan sistem pembelajaran perlu kita buat. Sentiasa anggap setiap subjek itu sama penting dan cuba untuk sentiasa fokus dengan apa yang diajar guru. Berikan tumpuan juga pada bahagian yang kita rasakan lemah.

IKLAN

Gambar hiasan daripada Pexels.

3) Saya juga membuat strategi dan pelan masa pendek. Contohnya, saya biasanya merancang untuk belajar sendiri pada satu hari dan berjumpa guru di hari yang lain. Ini kerana saya ingin memastikan tiada agenda lain yang akan menganggu perancangan saya. Walaubagaimanapun, kita kena sentiasa bersedia untuk membuat penyesuaian kerana persekitaran luaran seperti jadual guru juga boleh berubah.

4) Saya juga seimbangkan ketiga-tiga aktiviti akademik, aktiviti fizikal dan aktiviti rohani. Ini untuk memastikan supaya fikiran kita tidak terlalu letih atau ‘burnout’. Kedua-dua aktiviti fizikal dan rohani ini dapat menyegarkan kembali minda.

5) Selain itu, saya mengamalkan buat latihan dengan banyak. Walaupun ketika penat, saya sering membuat latihan Matematik dan Matematik tambahan. Jika saya tidak faham suatu soalan, saya terus bertanya dengan orang yang berdekatan kerana saya tidak mahu membuang masa. Saya berpendapat bahawa setiap kali kita belajar pasti akan ada ilmu baharu yang akan kita terima.

Gambar hiasan daripada Pexels.

6) Sentiasa berserah dan meminta daripada Allah setelah kita berusaha memberikan yang terbaik.

7) Sentiasa dapatkan restu daripada ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Restu mereka amat penting dan amat berkesan pada saya.

Pastikan kita mendapat rehat dan tidur yang secukupnya sebelum peperiksaan untuk memastikan saya betul-betul bertenaga pada hari peperiksaan. Saya yakinkan diri saya bahawa saya boleh mengangkat pen pada hari esok dengan yakin kerana saya dah belajar selama bertahun-tahun.

Tambahan pula, saya sentiasa risau jika saya tertidur dalam dewan peperiksaan kerana kurang tidur. Hal itu lebih berbahaya kerana mungkin kita tidak ada cukup masa untuk habis menjawab peperiksaan.

Saya teringat akan kata-kata bahawa seseorang itu akan betul-betul berjaya apabila dia menjadi seorang manusia yang bermanfaat kepada orang lain.

Sebagai seorang anak daripada suku kaum Jakun, saya terpanggil untuk memberikan yang terbaik agar dapat menjadi contoh dan pemangkin kepada lain-lain pelajar Orang Asli untuk turut memberi yang terbaik.

Melalui ayah saya, saya dapat mengenali beberapa orang asli yang telah berjaya yang menjadi inspirasi saya. Antaranya ialah datuk saudara saya, Akim bin Buntat yang merupakan pelajar Orang Asli pertama melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Mak cik saya, Salmi binti Abdullah, yang merupakan antara doktor perubatan perempuan yang pertama daripada kaum Orang Asli.

Saya bersyukur kerana tidak mempunyai masalah dalam mendapatkan kemudahan dan peralatan untuk saya menumpukan pelajaran saya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA