Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZAmalan pemakanan semasa menghadapi peperiksaan, guru dan pelajar diminta lebih peka
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Amalan pemakanan semasa menghadapi peperiksaan, guru dan pelajar diminta lebih peka

Apabila tibanya musim peperiksaan, tidak dinafikan para pelajar akan sentiasa ‘melekat’ di meja belajar untuk mengulang kaji pelajaran.

Senario ini membuatkan ada kalanya pelajar-pelajar lupa untuk ‘mengisi perut’ kerana leka dengan buku. Kerana itu, para pelajar dinasihatkan agar tidak mengambil mudah soal pemakanan ketika musim peperiksaan bermula.

Mulai hari ini, apa kata anda beri perhatian dalam soal pemakanan dan juga amalan pemakanan yang sihat.

Menerusi portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan, amalan pemakanan turut membantu pelajar menduduki peperiksaan dengan baik.

Bagaimanapun, makanan yang diambil semasa menghadapi peperiksaan, haruslah mematuhi saranan Piramid Makanan mengikut keperluan tenaga dan umur pelajar.

Makanan untuk otak

Adakah wujud makanan untuk otak?

Ini jawapan diberikan portal berkenaan.

“Tidak. Tiada satu jenis pun makanan yang boleh menjadikan otak kita lebih cerdas atau lebih pintar. Jangan terpedaya dengan iklan makanan tambahan atau suplemen yang boleh menjadikan anda lebih bijak”

Selanjutnya, ikuti tip makan secara sihat semasa peperiksaan

1) Ambil sarapan pagi

Sarapan merupakan makanan utama yang paling penting diambil setelah kita ‘berpuasa’ semalaman semasa tidur. Kajian jelas menunjukkan kaitan yang positif antara pengambilan sarapan dengan prestasi pelajaran murid.

Pastikan sarapan yang diambil mengandungi sumber seperti karbohidrat, protein dan serat.

Elakkan mengambil sarapan yang padat tenaga iaitu tinggi kandungan kalori dan lemak seperti nasi lemak dan mi goreng.

2) Makan ikut waktu

Perkara penting yang sering diabaikan oleh pelajar terutamanya yang ingin menduduki peperiksaan adalah makan mengikut waktu.

Tiga hidangan utama yang mesti diambil adalah:

a) sarapan

b) makan tengah hari

c) makan malam

Melangkau salah satu waktu makan akan menyebabkan pelajar berasa lebih lapar pada waktu makan berikutnya. Ini akan menyebabkan kemungkinan kita makan lebih daripada keperluan.

Tindakan ini akan menjejaskan prestasi pelajar semasa menduduki peperiksaan. Dalam jangka masa panjang, ia boleh meningkatkan risiko menjadi berlebihan berat badan atau gemuk.

IKLAN

Baca juga Menginsani dan Mendigitalisasi: Jangkaan Revolusi Akademia

Baca juga TVET cungkil potensi kemahiran pelajar, penuhi kehendak industri pekerjaan negara

3) Ambil buah dan sayur

Buah dan sayur merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh kita. Ia juga mengandungi antioksida yang tinggi dan sangat baik untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit.

Pelajar pasti tidak mahu ditimpa penyakit ketika sedang menghadapi peperiksaan bukan?

Oleh itu, pastikan para pelajar mengambil buah dan sayur bagi setiap hidangan utama ataupun sebagai snek. Utamakan buah dan sayur yang beraneka warna.

4) Pilih snek yang sihat

Snek adalah makanan yang dimakan di antara waktu makan utama. Snek seperti keropok, kerepek atau jeruk sering menjadi teman setia pelajar ketika mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan. Snek tersebut adalah snek yang kurang sihat kerana mengandungi garam, gula atau lemak yang tinggi.

Snek yang tidak sihat akan menyebabkan kita berasa kenyang dan seterusnya tidak mengambil hidangan utama yang lebih berkhasiat.

Pilihlah makanan yang lebih berkhasiat sebagai snek. Contoh snek yang sihat adalah:

a) buah-buahan

b) jagung rebus

c) yogurt / dadih

IKLAN

d) susu

e) sandwich

5) Minum susu

Amalan meminum susu perlu diteruskan walaupun pelajar telah bersekolah. Susu merupakan satu hidangan yang hampir lengkap kerana mengandungi sumber yang paling penting untuk tumbesaran seperti:

a) protein

b) karbohidrat

c) vitamin B12

d) vitamin D

e) zink

f) sumber kalsium.

Puasa dan Peperiksaan

Bagi pelajar yang berpuasa semasa peperiksaan, pastikan perkara berikut dipatuhi:

a) Makan sahur

Bangun sahur adalah sangat penting sekiranya pelajar ingin berpuasa. Pastikan makanan yang diambil mengandungi sumber:

IKLAN

(i) karbohidrat

(ii) protein

(iii) serat

Minum air kosong secukupnya!

b) Berbuka puasa

Sebaik-baiknya mulakan dengan mengambil buah kurma atau buah-buahan lain seperti pisang dan betik.

KURANGKAN makanan yang terlalu berminyak, bergoreng dan makanan atau minuman yang manis kerana ini akan menyebabkan pelajar tidak ada selera untuk mengambil hidangan utama yang lain.

Pastikan makanan bersih dan selamat untuk dimakan

1) Amalkan ‘lihat, hidu dan rasa’.

2) Sekiranya makanan dibeli di luar, pastikan premis makanan dan pengendali makanan adalah bersih.

3) Elakkan keracunan makanan semasa peperiksaan.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Tip lain bagi menghadapi peperiksaan

i) Bersenam

Jangan lupa untuk bersenam atau lakukan aktiviti fizikal untuk menjadikan tubuh dan minda pelajar sihat dan segar terutama setelah beberapa jam menelaah pelajaran. Ini merupakan salah satu kaedah yang baik untuk relaks dan mengurangkan tekanan.

ii) Cukup tidur

Walau sesibuk mana pelajar mengulang kaji pelajaran, pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya. Otak anda perlu rehat dan cara yang terbaik untuk merehatkan otak adalah dengan tidur.

iii) Doa dan tawakal

Setelah anda berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh, jangan lupa berdoa kepada Tuhan agar diberi kesihatan dan dipermudah untuk menjawab soalan peperiksaan.

Selebihnya, pelajar perlu bertawakal dan berserah kepada Tuhan agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Sumber: Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan

Artikel Berkaitan

MESTI BACA