Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen ZAlumni kolej Matrikulasi berkongsi tip untuk dapat 4 flat
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Alumni kolej Matrikulasi berkongsi tip untuk dapat 4 flat

Sejak akhir-akhir ini, ramai pelajar sukar mengikuti proses pembelajaran yang berlangsung secara dalam talian dengan baik. Keadaan semasa yang memberi banyak kekangan menyebabkan ada segelintir mereka langsung tidak memahami apa yang dipelajari sepanjang mengikuti kelas yang diadakan.

Pelbagai kaedah telah dipraktikkan bagi memastikan diri mereka setanding dengan pelajar-pelajar cemerlang yang lain. Namun ramai pelajar gagal menguasai teknik pembelajaran dengan betul bagi mendapatkan keputusan yang terbaik dalam proses pembelajaran.

Susulan itu, bekas pelajar Kolej Matrikulasi, Guar Chempedak, Gurun, Kedah, Muhammad Hafizuddin Mohamad Firdaus, 20, berkongsi tip bagi rakan-rakan di luar sana untuk mendapatkan CGPA 4.0 semasa belajar.

Berikut tip yang boleh dimanfaatkan bersama:
1) Tukar jadual pembelajaran kepada objektif pembelajaran
Kebiasaannya, jadual pembelajaran para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak menentu. Oleh itu, para pelajar perlu menukar jadual pembelajaran kepada objektif pembelajaran dengan cara memberi tumpuan terhadap subjek yang sukar difahami terlebih dahulu.

IKLAN

2) Menetapkan prinsip dalam diri
Setiap pelajar perlulah menetapkan prinsip dalam diri bahawa seseorang tidak boleh berhenti berusaha sebelum tamat waktunya. Dengan pegangan prinsip ini, para pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha mencapai apa yang diinginkan.

IKLAN

3) Ketahui waktu belajar masing-masing
Setiap individu memiliki kebolehan yang berbeza-beza terutamanya dalam pengurusan masa belajar. Para pelajar tidak boleh mengikuti waktu belajar rakan-rakan yang lain kerana kemampuan diri setiap individu tidak sama. Oleh itu, setiap pelajar perlu mengetahui masa yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran agar setiap ilmu yangAlumni kolej Matrikulasi berkongsi tip untuk dapat 4 flat dipelajari dapat diterima dengan baik.

4) Analisis silibus subjek
Individu yang bergelar pelajar perlulah menganalisis terlebih dahulu silibus setiap mata pelajaran. Sebagai contoh, mata pelajaran Matematik, pelajar perlu menganalisis bab-bab dan perlu menanda sesetengah topik yang tidak difahami.

IKLAN

Kestabilan dalam setiap mata pelajaran sangat penting bagi menjamin kecemerlangan sebagai seorang pelajar. Para pelajar juga, perlu mengkaji struktur soalan peperiksaan sebenar sebagai persediaan menghadapi ujian pada setiap semester.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi pencerahan bagi para pelajar dalam usaha mendapatkan keputusan yang membanggakan diri sendiri dan orang sekeliling.
Sumber: Youtube ML Studios

Artikel Berkaitan

MESTI BACA