Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Z5 tip buat mereka yang bakal bergelar guru, mohon praktik untuk tempoh...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

5 tip buat mereka yang bakal bergelar guru, mohon praktik untuk tempoh sebulan dahulu

“Kenapa murid tidak mendengar arahan saya? Setiap kali suruh diam, tidak juga diam. Mereka seperti tidak hormat langsung pada saya. Tetapi kalau dengan cikgu lain, murid-murid diam tanpa suara.” Itulah antara luahan sesetengah guru terhadap murid mereka apabila berada di sekolah.

Luahan ini bukan hanya daripada guru baru tetapi guru-guru senior juga berdepan dengan masalah ini.

Bagi seorang pendidik, mereka sebenarnya telah belajar secara teori dan praktikal di Maktab Perguruan atau sekarang dikenali Institut Pendidikan Guru.

Namun, apabila masuk ke dunia pendidikan sebenar, realitinya cikgu sahaja yang tahu.

Tentu anda pernah melihat bukan, ada sesetengah guru tidak perlu berbuat apa-apa untuk menjadikan kelas tersebut senyap dan sunyi. Cuma sekadar lalu di luar kelas sahaja. Padahal tiada teguran mahupun jeritan yang keluar daripada mulut cikgu berkenaan. Aura apa yang cikgu ini pakai? Mungkin ada sesuatu yang hebat dalam diri dan jiwa cikgu tersebut.

Pengalaman mengajar sebenarnya banyak membantu, kalau boleh biarlah kita mengajar tiga jenis kelas yang berbeza perangai muridnya.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

IKLAN

Kelas depan, tengah dan belakang, kerana apabila kita ada pengalaman mengajar pelbagai murid dari jenis kelas yang berbeza, sedikit sebanyak ia dapat membantu mengawal murid.

Berdasarkan pengalaman dan nasihat daripada guru-guru senior, ada beberapa tip terutamanya untuk guru baru.

Ini tipnya

1) Murid belum kenal lagi siapa anda. Oleh itu sebagai seorang guru, anda perlu tegas dan serius di dalam kelas. Kekalkan sifat tersebut sekurang-kurangnya selama sebulan.

2) Jangan layan murid yang suka buat lawak, terus bagi amaran keras kepadanya.

IKLAN

3) Murid akan cuba untuk mempengaruhi guru baru ini supaya tidak menjadi garang. Anda kena pandai kenal pasti murid-murid tersebut.

4) Untuk bulan pertama, jangan bagi muka, salah tetap salah, pastikan murid-murid tidak berani dengan anda. [PENTING]

5) Tidak bercakap atau berbual dengan murid hal-hal yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Abaikan soalan tersebut dan minta murid tersebut duduk. Ini bertujuan agar murid-murid tidak mesra dengan kita. Amalkan dalam tempoh sebulan.

IKLAN

Baca juga Stres dalam kalangan guru dan pelajar. Ini cara yang perlu anda lakukan daripada terus tertekan!

Baca juga Singkatan yang sering digunakan oleh remaja yang perlu ibu bapa tahu

Lima tip ini tiada dalam buku, ia berdasarkan pengalaman dan nasihat daripada guru-guru lama dan mungkin berlawanan dengan apa yang anda belajar.

Namun begitu rata-rata guru mengatakan ia berkesan untuk jangka masa panjang.
Tetapi harus diingat, ia perlu dipraktikkan pada hari pertama sesi persekolah anda.

Mesti akan ada yang mempertikaikan kaedah ini. Ketinggalan zaman, versi lama, tidak kreatif, bukan tindakan pada Abad ke-21 dan sebagainya lagi.

Tetapi percayalah, sebelum hendak buat kaedah-kaedah yang ada dalam buku, buat dahulu cara ini dalam masa sebulan.

Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan

MESTI BACA