HomeGen Z5 persiapan diri jika ingin sertai aktiviti sukarelawan
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

5 persiapan diri jika ingin sertai aktiviti sukarelawan

Sukarelawan merupakan perkhidmatan yang diberikan dari segi masa, tenaga dan ilmu kepada golongan yang memerlukan atau komuniti tanpa mengharapkan balasan dalam bentuk wang ringgit.

Buat masa sekarang, dengan wujudnya teknologi yang semakin canggih, informasi sebarang aktiviti sukarelawan boleh diperoleh dengan hanya menggunakan media sosial atau melayari laman berita terkini.

Bagi mendapatkan informasi tentang sukarelawan sememangnya mudah tetapi adakah menjadi seorang sukarelawan semudah seperti yang disangkakan?

Jadi, GPSBestari akan kongsikan bagaimana cara untuk menjadi seorang sukarelawan yang hebat seterusnya membantu golongan yang memerlukan.

BACA JUGA: Universiti tawar kursus kokurikulum BSMM, pupuk semangat sukarelawan dalam kalangan mahasiswa

BACA JUGA: Aktif jalankan aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan, Cikgu Maisarah Hannan mahu terus beri manfaat kepada orang lain

IKLAN

1. Berani
Ketika melakukan aktiviti kesukarelawanan, anda akan bertemu dengan ramai orang baru dan juga tugasan yang tidak pernah anda lakukan sebelum ini. Di sinilah sifat keberanian memainkan peranan kerana jika anda tidak memberanikan diri dan enggan bergaul, berkemungkinan anda hanya berasa penat membersihkan pantai kerana tidak dapat memahami permasalahan masyarakat di kawasan tersebut dan seterusnya melepaskan peluang untuk menjalinkan rangkaian baharu.

2. Penyabar
Apabila melakukan aktiviti sukarelawan, anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia. Sifat sabar amat penting bagi mengelakkan rasa penyesalan. Akibatnya, orang disekeliling tidak mampu bertahan untuk berurusan dengan anda.

Sifat penyabar juga membantu dalam hal-hal komunikasi ketika aktiviti sukarelawan berlangsung, Bagi memastikan komunikasi yang baik, sentiasa bertenang dan sabar lebih-lebih lagi apabila kerja-kerja yang dilakukan sangat memenatkan.

3. Kreatif
Selain berani dan sabar, anda juga perlu kreatif dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Tidak semua arahan yang jelas dapat disampaikan lebih-lebih lagi keadaan tengah huru-hara. Jadi, amat penting untuk anda kreatif bagi menyelesaikan segala permasalahan yang timbul.

IKLAN

Anda juga boleh mencuba pelbagai cara dan kaedah mengikut kesesuaian tempat dan juga keadaan. Sebagai contoh, anda menyertai kegiatan sukarelawan untuk mengajar kanak-kanak di pedalaman.

Teknik pengajaran yang digunakan di sekolah harian biasa di bandar tidak semuanya boleh diguna pakai untuk mereka yang berada di pedalaman. Jadi, dengan kreativiti, pembelajaran untuk kanak-kanak tersebut dapat dilakukan dengan berkesan serta seronok. Kaedah pengajaran juga boleh dipelbagaikan.

4. Peramah
Apabila berurusan dengan individu yang memerlukan bantuan anda, sifat peramah akan menyenangkan urusan dan juga mereka turut berasa selesa ketika menerima bantuan. Dalam pada itu, anggota sukarelawan lain juga akan senang untuk bekerjasama bagi memastikan segala proses berjalan dengan baik.

Meskipun anda berada di tempat yang asing, komunikasi biasanya menjadi isu . Tambahan pula jika bahasa yang digunakan tidak dapat difahami. Namun, dengan sifat peramah, segala perkara yang dilakukan boleh difahami oleh semua. Dengan sifat peramah juga anda dapat meningkatkan keyakinan dalam diri untuk bergaul dengan orang baharu.

IKLAN

5. Kesihatan mental dan fizikal
Setiap sukarelawan bukan sahaja perlukan persediaan dari segi fizikal, malah mereka juga perlu melakukan persediaan dari segi mental. Tujuan sukarelawan adalah bagi menghulurkan bantuan dan berbakti kepada komuniti.

Contoh bantuan termasuk menyediakan makanan dan minuman, pakaian, kewangan, kesihatan serta perubatan, khidmat kaunseling, kepakaran menyelamat, bantuan perlindungan dan tempat tinggal. Kesemua usaha ini memerlukan kesihatan mental dan fizikal yang mantap.

Segala tenaga dan keringat anda akan diperah hinggakan kadang-kala anda tidak akan dapat berehat sehingga kesemuanya selesai.

Ikuti GPSBestari Twitter dan Facebook

Jika kesemua ciri ini dapat dikuasai, anda bukan sahaja mampu menjadi sukarelawan yang baik, malahan jati diri anda juga secara tidak langsung dapat ditingkatkan lagi.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA