Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Z5 perkara penting yang cikgu perlu tahu sebelum menulis blog
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

5 perkara penting yang cikgu perlu tahu sebelum menulis blog

Blog ialah hamparan halaman web untuk menyampaikan maklumat yang ditulis secara tidak formal.

Kebiasaannya, penulis blog menjadikan medium ini sebagai diari untuk berkongsi tentang aktiviti harian.

Menurut guru Bahasa Melayu serta Reka Bentuk dan Teknologi, Sekolah Kebangsaan Senibong, Pasir Gudang, Johor, Muhammad Sabiq Mohd Noor, isi kandungan blog yang paling banyak dicari pada ketika ini adalah berkaitan dengan fesyen.

Bagaimanapun, sebagai seorang guru, Muhammad Sabiq lebih memfokuskan kepada penyediaan isi kandungan blog berkaitan dengan dunia pendidikan.

Katanya, menulis blog nampak mudah tetapi ia bergantung kepada kreativiti penulis untuk menyediakannya.

“Saya sediakan lima perkara penting untuk cikgu jadikan rujukan sebelum menulis blog. Ini perkongsiannya,” kata beliau.

1) Tentukan platform blog

IKLAN

Terdapat banyak platform blog percuma seperti Blogger dan WordPress yang memerlukan email penulis bagi proses pendaftaran. Jika rakan-rakan hendak menggunakan features tambahan, anda perlu upgrade akaun blog kepada akaun berbayar mengikut kepada keperluan kita. Pemilihan platform yang tepat adalah penting supaya proses menulis posting blog lancar. Adakah boleh kita gunakan google site dan wix untuk menulis blog? Jawapan saya adalah kita perlu melihat kepada fungsi utama halaman tersebut yang lebih fokus kepada pembinaan halaman web. Tetapi, tidak salah untuk gunakan mana-mana platform mengikut keselesaan penulis.

Baca juga Jenis pegangan pensel yang wajib guru dan ibu bapa ketahui, mohon jangan pandang mudah!

Baca juga 11 rahsia mengingati sesuatu perkara dengan mudah

2) Tentukan isi kandungan blog

Bagi seorang blogger, menentukan isi kandungan yang sesuai adalah penting bagi memastikan hala tuju blog tersebut jelas. Seterusnya, rakan-rakan boleh membuat pengkhususan yang berfokus memudahkan kita untuk menyediakan bahan mengikut keperluan audien. Sebagai contoh, terdapat pelbagai isi kandungan dalam blog pendidikan, tetapi fokus utama blog saya adalah berkaitan dengan pembudayaan kajian tindakan dan inovasi (Action Research and Innovation/ ARI) seperti tip menulis, perkongsian pertandingan dan bengkel-bengkel ARI anjuran Pusat Pembelajaran Digital Pasir Gudang.

IKLAN

Gambar hiasan daripada Unsplash.

3) Bina identiti dan jenama

Selepas kita menentukan isi kandungan, rakan-rakan boleh mula menyediakan penulisan blog berdasarkan sumber-sumber yang SAHIH. Maklumat yang SAHIH adalah penting bagi menunjukan bahawa kita adalah penulis yang berintegriti. Kita perlu kerap lakukan ekplorasi maklumat melalui pembacaan luas berkaitan dengan topik fokus. Kepada penulis novis, saya cadangkan supaya memulakan dengan menulis catatan harian dahulu dan lakukan tambah baik isi kandungan blog secara berterusan. Apabila kita kerap menulis topik berkenaan, secara tidak langsung kita sedang membina identiti dan jenama sendiri. Perkara ini memberi kesan kepada first impression para audien untuk kembali membaca blog kita.

4) Sediakan masa menulis

IKLAN

Menulis blog memerlukan masa khusus supaya posting blog kita disediakan secara berterusan. Untuk posting blog, saya cadangkan supaya menulis satu hari lebih awal dan diterbitkan pada keesokan harinya. Waktunya bergantung kepada rakan-rakan mengikut keselesaan masa masing-masing. Sebagai contoh, jika rakan-rakan menulis catatan harian, kita boleh menulis blog pada malam hari untuk mereflek aktiviti yang dilakukan seharian. Jika berkaitan tentang perkongsian ilmu, boleh ditulis dan diterbitkan pada awal pagi supaya lebih ramai audien yang dapat membaca maklumat yang dikongsi. Paling penting, rakan-rakan perlu menulis sekurang-kurang satu posting blog untuk sehari.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

5) Dekorasi antara muka blog

Di samping posting blog yang ditulis, dekorasi antara muka juga memainkan peranan dalam membina jenama dan identiti blog. Antara muka adalah paparan atau hamparan yang disediakan untuk penulis meletakkan kandungan blog. Kebiasaanya, antara muka ini kosong dan rakan-rakan boleh gunakan templet yang disediakan. Rakan-rakan juga boleh menyediakan menu tab pada blog seperti menu home, pengenalan diri, gambar dan lain-lain. Kita juga boleh merujuk kepada blog-blog sedia ada seperti Cikgu Bique Blog. Untuk dekorasi, perkara ini bergantung kepada penulis tetapi pada saya, Simple is More.

Sumber: Blog Cikgu Bique Blog

Artikel Berkaitan

MESTI BACA