HomeGen Z3G mahu ditamatkan? Jangan risau kerana sambungan internet lebih pantas bakal muncul
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
637FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

3G mahu ditamatkan? Jangan risau kerana sambungan internet lebih pantas bakal muncul

Pernahkah anda mendapat mesej daripada operator telefon anda yang mengingatkan bahawa rangkaian 3G akan ditamatkan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

Sebenarnya penamatan rangkaian 3G ini adalah sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan lagi rangkaian 4G negara, serta sebagai pengukuhan asas untuk rangkaian 5G.

gambar hiasan

Pada awal Februari tahun ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan bahawa rakyat Malaysia dapat menikmati teknologi 5G secara berperingkat menjelang hujung tahun ini.

Keputusan itu bakal menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di rantau ini yang membangunkan ekosistem 5G menggunakan perkhidmatan awan (cloud service) dalam masa nyata (real-time) untuk membolehkan perkongsian maklumat dengan serta merta.

Apakah sebenarnya teknologi 5G ini?

IKLAN

5G adalah teknologi komunikasi tanpa wayar generasi kelima dimana ia merupakan lanjutan daripada generasi sebelumnya iaitu 1G hingga 4G.

gambar hiasan | Kredit unsplah

Jika hendak dibandingkan dengan 4G, rangkaian 5G sebenarnya mempunyai keupayaan yang sangat berbeza daripada teknologi sebelumnya.

Pada zaman teknologi 1G dan 2G, tujuan utama teknologi ini dibina bertujuan menyediakan perkhidmatan suara, diikuti oleh 3G yang tertumpu kepada sambungan data mudah alih sementara teknologi 4G dikembangkan untuk internet mudah alih.

IKLAN

Teknologi 5G berpotensi mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat

Pada 2019, OpenSignal.com melaporkan kelajuan tertinggi mampu dicapai oleh pengguna 5G adalah sepantas 1.8 Gbps, iaitu kira-kira tiga kali lebih pantas daripada kelajuan maksimum pengguna teknologi 4G.

Gambar hiasan | Kredit unsplash dan Speedcheck

Keupayaan teknologi 5G ini bukan sahaja mampu memberikan pengalaman internet berkelajuan sangat tinggi, ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti di mana mampu menampung 1,000 kali lebih banyak penggunaan peranti dalam keluasan 1 kilometer (km) persegi berbanding 4G.

IKLAN

5G vs 5Ghz
Mungkin ada yang bingung melihat berita-berita yang menyatakan bahawa 5G bakal tiba di Malaysia sedangkan sering melihat paparan perkataan 5G di WiFi mereka sejak sekian lama lagi.

Ini kerana kebanyakan ‘router’ memaparkan WiFi 5Ghz mereka sebagai “5G”. 5GHz yang sering dilihat pada router WiFi sebenarnya sudah wujud sejak 1999 lagi tetapi mula popular sekitar 10 tahun lalu.

gambar hiasan | Kredit Unsplash

Tidak boleh dinafikan bahawa penggunaan istilah serupa boleh membingungkan ramai pengguna tetapi 5G dan 5Ghz sebenarnya adalah dua perkara yang berbeza sama sekali di mana 5Ghz adalah frekuensi dan huruf 5G pula bermaksud generasi kelima.

Diharapkan perkongsian ini mampu memberi sedikit pencerahan tentang apa itu 5G yang bakal dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia kelak.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA