HomeGen Z368 peserta pamer hasil inovasi dalam karnival PIITRAM 2021 anjuran UMT
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

368 peserta pamer hasil inovasi dalam karnival PIITRAM 2021 anjuran UMT

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah terpilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Karnival Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2021.

Karnival yang disertai oleh 368 peserta itu diadakan secara dalam talian.

Ia disertai oleh pelajar, pensyarah dan pihak pengurusan di Pusat Asasi Universiti Awam dan juga Matrikulasi.

Pengarah Pusat Asasi STEM UMT, Prof Madya Dr Laili Che Rose berkata, penganjuran itu merupakan medium untuk melatih serta galakan kepada pelajar untuk menghasilkan inovasi.

“Alhamdulillah, karnival ini telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kepercayaan kepada UMT untuk menjayakan karnival ini

Karnival ini adalah kolaboratif Pusat Asasi Sains dan Perubatan  (PUSPA) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selaku penganjur bersama.

IKLAN

“Inovasi merupakan cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam pelbagai aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

“Idea-idea tersebut boleh diperolehi dari dalam mahupun luar atau menerusi proses penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Amat penting kepada sesebuah organisasi bagi mencipta produk baharu dan menginovasikan produk sedia ada untuk disesuaikan dan digunapakai mengikut keperluan institusi-institusi di Malaysia.

IKLAN

Inovasi yang dihasilkan haruslah mampu menambah nilai pengeluaran semasa serta membawa perubahan baharu yang lebih efisien kepada budaya kerja yang sedia ada,” katanya.

PIITRAM merupakan karnival tahunan anjuran Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan pada karnival PIITRAM 2021 iaitu kategori Pelajar, Kategori Ahli Akademik dan juga Kategori Pentadbir.

IKLAN

Pemenang utama bagi setiap kategori menerima wang tunai berjumlah RM500 beserta sijil.

Majlis perasmian penutupan PIITRAM 2021 telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Datuk Ahmad Amzad [email protected]

Teks ucapan Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar yang dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Ts Dr Mohd Zamri Ibrahim, mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua peserta.

Beliau juga berharap penganjuran itu juga sebagai medium untuk mengetengahkan idea dan produk, menambah ilmu, berkongsi kepakaran dan membina jaringan.

Sumber: Portal Universiti Malaysia Terengganu

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA