Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Z163 buah komputer riba terpakai diagihkan kepada golongan B40
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

163 buah komputer riba terpakai diagihkan kepada golongan B40

Proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan, sedikit sebanyak memberi kekangan kepada segelintir pelajar yang tidak mempunyai kelengkapan asas seperti telefon bimbit dan komputer riba.

Isu PdPR ini seolah-olah menjadi satu igauan ngeri kepada para pelajar yang benar-benar ingin belajar.

Namun ketiadaan kemudahan asas membuatkan mereka sering ketinggalan dalam sesi pembelajaran.

Nasib yang tidak menyebelahi ini sekali gus membuatkan emosi mereka terganggu. Menyedari permasalah tersebut, Siemens Malaysia telah kerjasama dengan Medical Awareness Camp Outreach (MACO) bagi membantu meringankan beban segelintir pelajar ini ketika menjalani proses pembelajaran.

Sehubungan itu, sebanyak 163 buah komputer riba terpakai telah disumbangkan kepada MACO, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, dalam usaha melaksanakan program Computer Empowerment Program (CEP) di mana program ini bertujuan membekalkan komputer riba kepada para pelajar daripada golongan B40 ini.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), seramai 900,000 orang pelajar terjejas akibat pandemik ini, di mana mereka tidak mempunyai peranti yang diperlukan bagi mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), secara dalam talian.

IKLAN

Perkara ini sudah pasti menjadi masalah utama bagi segelintir pelajar kerana mereka gagal mengakses platform yang digunakan oleh para guru semasa sesi pengajaran.

Isu ini berjaya meraih perhatian MACO, sebuah pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan oleh sekumpulan doktor-doktor pakar dan sukarelawan bukan perubatan, dalam melancarkan inisiatif CEP ini.

Inisiatif ini sudah tentunya untuk membantu para pelajar mendapat peranti digital bagi memudahkan mereka menjalani proses PdPR sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

IKLAN

Berhubung proses pengagihan komputer riba kepada pelajar, MACO dengan kerjasama sukarelawan akan berganding bahu, mengumpul dan membaik pulih komputer riba itu terlebih dahulu.

Usaha ini, bagi memastikan keadaan komputer riba berada dalam keadaan baik dan tidak mempunyai sebarang masalah semasa proses pembelajaran berlangsung.

IKLAN

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, Adam Yee, berharap kesepakatan bersama MACO akan memberi manfaat kepada para pelajar sekaligus dapat menjamin kelestarian alam sekitar dengan penggunaan semula komputer-komputer riba tersebut.

“Selain daripada usaha syarikat, kami menyeru kepada para pekerja kami untuk bersama-sama mendermakan komputer peribadi yang tidak lagi digunakan agar dapat membantu masyarakat sekali gus mengamalkan 3R- Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna Semula), Recycle (Kitar Semula),” jelasnya.

Tambahnya, sebanyak 105 komputer riba telah diagihkan kepada tujuh buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Jenis Katholik (SMJK) Chong Hwa (25 unit), Sekolah Menengah Jenis Katholik (SMJK) Petaling Jaya (PJ) (20 unit), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (L) Methodist Sentul (10 unit), Methodist Boys’ School, Kuala Lumpur (MBS) (10 unit), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Pudu (15 unit), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Kwong Hon (15 unit), dan Sekolah Menengah (SMK) (L) Bukit Bintang (Bukit Bintang Boys Secondary School) (10 unit).

Sementara itu, jurucakap MACO, Datin Dr. Low Pek See berkata, matlamat utama MACO adalah untuk meringankan beban dan masalah yang ditanggung oleh mereka yang berada dalam kesempitan terutamanya yang terjejas sepanjang tempoh pandemik ini.

Mereka yang ingin turut serta membantu boleh menghubungi Presiden MACO, Dr, Toh Cheng Teik di [email protected]

Artikel Berkaitan

MESTI BACA