HomeGen Z10 perkara perlu diambil kira di asrama penuh, Cikgu Adham kongsi ini
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

10 perkara perlu diambil kira di asrama penuh, Cikgu Adham kongsi ini

Awal April depan, bermulalah pendaftaran pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus, masing-masing.

Sekolah Khusus merupakan sekolah yang terdiri Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.

Dalam tempoh ini, tentunya pelbagai persiapan sedang dan telah dilakukan oleh guru, ibu bapa dan juga pelajar itu sendiri sebelum memulakan sesi persekolahan

Cikgu Adham menerusi blognya berkata, persiapan akademik semata-mata tidak mencukupi bagi melayakkan anak-anak terus belajar di asrama penuh.

“Banyak aspek perlu dipertimbangkan. Ia bukan sahaja memfokuskan kepada persediaan anak-anak sahaja, tetapi ibu bapa juga perlu bersedia bagi memastikan kemandirian dan momentum kehidupan anak-anak di asrama penuh akan berjaya dan mencapai objektif,” katanya.

Beliau berkata, ada beberapa perkara perlu diambil kira di Sekolah Khusus – Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu

1) Struktur kawalan dan penjagaan yang berterusan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan pelajar meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

2) Menghindari gejala negatif dan pengaruh buruk rakan sebaya seperti merokok, dadah, dan lain-lain seperti di sekolah harian. Di sekolah berasrama seperti SBP dan lain-lain, gejala ini terkawal dan jika didapati ada kes sedemikian, pelajar tersebut terdedah kepada undang-undang tegas seperti dibuang sekolah.

3) Aktiviti pembelajaran juga lebih tersusun kerana pelajar di sekolah sedemikian perlu mematuhi jadual yang ketat seperti jadual pembelajaran berguru (sekolah), kelas persediaan (prep), solat berjemaah, riadah dan sebagainya.

IKLAN

4) Lepasan SBP dan banyak lagi biasanya lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Mereka lebih berdikari ilmu yang mungkin tidak diperolehi di sekolah harian.

5) Hidup sistematik

Manusia perlu ada rutin, kerana dengan rutin ini mereka boleh belajar banyak perkara dalam hidup. Sebagai contoh, di asrama penuh, perlu awal pagi untuk subuh berjemaah, diikuti rutin sarapan pagi, kelas akademik, prep, riadah, aktiviti kerohanian waktu Maghrib, prep malam dan sebagainya. Kalau dilihat, aktiviti pelajar penuh dengan aktiviti berfaedah. Tiada gajet, tiada smartphone dan banyak lagi. Namun masih ada ruang pelajar untuk menonton televisyen, mendengar muzik dan melayari internet. Namun dalam kuantiti yang terkawal dan tidak sampai membuang masa.

6) Meluaskan kenalan

IKLAN

Kewujudan teknologi maklumat dan kebanjiran gajet, menyebabkan dunia anak-anak sekarang kurang bersosial. Bersosial di laman sosial sangat berbeza dengan bersosial di dunia nyata. Inilah masanya untuk menyediakan anak-anak berdepan dunia reality dengan pelbagai ragam masyarakat. Ini dapat meluaskan ruang sosial anak-anak. Mereka akan mengenal erti sahabat dan akhirnya dapat meneruskan cabaran hidup apabila dewasa kelak.

7) Memaksimakan potensi diri

Di SBP pelajar akan bersaing dengan pelajar yang terpilih. Persaingan sihat ini secara tidak langsung akan memaksimakan potensi diri anak-anak bukan sahaja dalam bidang akademik, malah kokurikulum. Jika nak dibandingkan dengan prestasi akademik, kebanyakan pelajar di sini adalah cemerlang dalam akademik, yang membezakan mereka ada penampilan, lebih berani, gaya, kepimpinan, kepetahan bercakap, daya juang dan pelbagai softskill lain. Ini lah yang akan digilap bagi menjadikan diri mereka adalah yang terbaik dari kalangan terbaik.

8) Belajar hidup susah dan kuatkan jati diri.

Di asrama penuh, pelajar akan mula berdikari basuh baju, kemas barang peribadi, belajar untuk makan makanan kebanyakan, disiplin pada masa, pantas bertindak dan lain-lain. Kesusahan itu perlu untuk rekrut diri pelajar bina jati diri. Sebagaimana jalan pejuang, hidupnya penuh dengan kesukaran, bukannya kesenangan. Erti kesusahan ini akan mentarbiah pelajar dan hanya akan terasa nikmatnya bila mereka keluar dari asrama nanti.

IKLAN

9) Mengembara

Program di sini menyediakan ruang untuk pelajar travelling seluruh Malaysia melalui kem perkhemahan, seminar, sukan dan banyak lagi. Secara tidak langsung membina jaringan perhubungan yang luas antara pelajar dan ini akan berterusan apabila mereka ke IPT dan memasuki dunia pekerjaan kelak.

10) Kesihatan yang baik

Sebelum mendaftar masuk ke asrama, pelajar diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan. Pelajar perlulah mempunyai kesihatan yang baik untuk belajar di sini. Bukan kerana diskriminasi, tetapi pelajar perlu aktif dan cergas serta berdikari. Mereka perlu berdikari dan bertenaga dalam setiap aspek.

Dengan perkongsian ini, diharapkan anak-anak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik dan memasang impian untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang nanti.

Sumber: Blog Cikgu Adham

Artikel Berkaitan

MESTI BACA