Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaUstazah Munera cipta inovasi SUAR IL-WI bantu murid mahir jawi. Tak sangka,...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Ustazah Munera cipta inovasi SUAR IL-WI bantu murid mahir jawi. Tak sangka, ini kata guru dan ibu bapa…

Guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Puncak Alam, Selangor, Ustazah Munera Hashim, sering melakukan ujian pengesanan, pemerhatian tingkah laku dan semakan terhadap buku tulis anak muridnya.

Melalui ujian tersebut, beliau mendapati murid-muridnya kurang mahir menulis jawi dengan baik dan kemas.

Memandangkan murid-murid Islam perlu menguasai jawi bagi memudahkan mereka membaca al-Quran dan memahami buku-buku agama lain, Ustazah Munera mula mencari alternatif sendiri dalam memastikan mereka mahir jawi.

“Bukan senang untuk saya mencari idea bagi memastikan murid-murid mahir menulis jawi.

“Saya perlu membaca dan mencari maklumat menerusi dalam talian dan juga berkongsi maklumat dengan rakan-rakan guru yang lain.

Murid ini menulis secara terbalik kerana slow learner. Dengan bantuan SUAR IL-WI, dia dapat menulis dengan baik dan mengikut arah yang betul.

“Tidak ketinggalan juga, saya turut berkunjung ke beberapa buah kedai untuk mencari idea bagi menghasilkan ‘sesuatu’ untuk anak-anak murid,” katanya kepada GPSBestari.

Setelah berpuas hati dengan segala maklumat yang ada, Ustazah Munera bersama suami, Norjamal Abdul Rahman sepakat menghasilkan inovasi SUAR IL-WI untuk murid-muridnya.

“SUAR bermaksud nyalaan api, sesuai dengan bahan utama yang digunakan iaitu lampu suluh kepala.

Baca juga 6 tip mengajar lebih efektif ketika pandemik, cikgu-cikgu boleh lakukan ini di rumah

Baca juga Hentikan ‘body shaming’ dengan segera!

“IL pula adalah singkatan daripada perkataan ilmu manakala WI singkatan perkataan jawi,” katanya.

Inovasi SUAR IL-WI merupakan inovasi daripada lampu suluh kepala (head lamp).
Konsepnya adalah memancarkan bayang-bayang yang mempunyai tulisan atau huruf pada kad yang telah disediakan.

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan SUAR IL-WI.

Tujuannya untuk murid membaca kemudian meniru tulisan yang dipancarkan itu dengan menulis berulang kali. Selepas itu, murid akan melakukan teknik peniruan bayang-bayang.

Objektif SUAR IL-WI ialah membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membentuk huruf, menulis perkataan, mengeja dan membaca bagi mata pelajaran Jawi.

Kad bayang-bayang yang digunakan pada SUAR IL-WI.

i-SRAPA

Menurut Ustazah Munera lagi, SUAR IL-WI telah digunakan oleh murid-muridnya dan ia terbukti keberkesanannya.

Oleh itu, beliau berhasrat untuk membawa inovasi tersebut menyertai pertandingan anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

IKLAN

Bagaimanapun, syarat pertandingan JAIS adalah secara berkumpulan dan bukannya individu.

“Saya mula mencari ahli bagi membentuk sebuah pasukan inovasi SUAR IL-WI.

“Akhirnya, kata sepakat telah dicapai dan saya memilih lima guru untuk menyertai pasukan i-SRAPA. Mereka ialah Ustaz Mohammad Izzul Azmil Rusmin, Ustaz Muhammad Fateh Abd Muthalib, Ustazah Nursyaza Mahmud, Ustazah Nursyakila Zulkifli dan Ustazah Anis Suhaila Arbak,” ujarnya.

Ahli kumpulan i-SRAPA.

Bahan yang digunakan

SUAR IL-WI dihasilkan daripada lampu suluh kepala, botol mineral dan plastik lutsinar.

Ia adalah bahan yang mudah diperolehi, menjimatkan kos dan masa operasi pembuatan.

Sasaran awal inovasi ini digunakan untuk murid Tahun Tiga SRA Puncak Alam. Kemudiannya, ia mendapat sambutan dalam kalangan murid daripada beberapa buah sekolah tanpa mengira tahap.

Mata pelajaran seperti bahasa Melayu, bahasa Arab, bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya sangat sesuai menggunakan SUAR IL-WI dalam proses pembelajaran.

Maklum balas positif

Sementara itu, SUAR IL-WI menerima pujian dan kata-kata positif daripada guru-guru dan ibu bapa.

“Ramai yang beritahu, inovasi ini mampu membantu murid dalam peningkatan pembelajaran Jawi.

Pasukan i-SRAPA bersama rakan pembimbing Kajian Tindakan dan Inovasi Pendidikan JAIS.

“Dalam masa yang sama, ia dapat mengawal emosi murid supaya lebih tertumpu kepada pelajaran dan mengubah sesi pembelajaran menjadi lebih ceria.

IKLAN

“Secara tidak langsung, ia dapat membentuk akhlak yang baik,” kata Ustazah Munera yang berharap SUAR IL-WI dapat diperkenalkan kepada guru-guru Pendidikan Khas dalam melatih murid menulis jawi dengan baik.

Inovasi SUAR IL-WI, SRA Puncak Alam, Selangor menerima anugerah perak dalam satu pertandingan, baru-baru ini.

INFO

Nama: MuneraHashim

Umur: 38 tahun

Asal: Perak

Subjek: Guru subjek Tajwid, Tutor guru Sirah, Jawi dan Akhlak.

Sekolah: SRA Puncak Alam, Selangor

Baca juga e-Pembelajaran Servis (e-PS) rancakkan agenda Keluarga Malaysia

Baca juga Pelajar hilang telefon? Jangan risau, ikuti cara ini untuk mencarinya semula

Latar belakang Pendidikan

1) Diploma Syariah Islamiyyah (USAS) 2005.

IKLAN

2) Diploma Perguruan Asas (KOPEDA) 2017.

3) Master Islamic Of Studies (OUM) 2020.

4) Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan KUIS (2021-2024).

Pencapaian/Anugerah

1) Anugerah Persembahan Terbaik Kajian Tindakan Taawun Peringkat Negeri Selangor, JAIS, 2016.

2) Anugerah Guru Inovasi Daerah Klang 2017.

3) Anugerah Datuk Haji Azmi Junid (pelajar terbaik) KOPEDA.

4) Anugerah Pelajar Cemerlang KOPEDA 2018.

5) Johan Kajian Tindakan ‘Plaza Tol RaPuSa’ Daerah Kuala Selangor

6) Anugerah Guru Inovasi Daerah Kuala Selangor 2019.

7) Anugerah Perak ‘Suar Il-Wi’ Kajian Inovasi Peringkat Negeri Selangor, JAIS.

8) Anugerah Guru Cemerlang Zon Timur, Daerah Kuala Selangor.

Inovasi

1) Plaza tol RaPuSa – Satu teknik meningkatkan kemahiran murid menukar kalimah kepada nombor, bagi subjek bahasa Arab.

2) Taawun – Kaedah menyelesaikan yuran sekolah murid yang kurang berkemampuan. Dihasilkan bersama team SRA Bukit Kapar, Barat.

3) Kad KKT, Kipas Huruf Hijaiyah, Smiley Stick Bottle, Dam Kereta 2 Hala dan banyak lagi (diaplikasikan dalam bilik darjah).

Artikel Berkaitan

MESTI BACA