Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaAktivitiUPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai 2021, PT3 dibatalkan - Dr Mohd Radzi
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
629FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai 2021, PT3 dibatalkan – Dr Mohd Radzi

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan sepenuhnya bermula pada tahun ini.

Dr Mohd Radzi berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkasakan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PPBS) susulan pemansuhan UPSR itu.

“Bagi kemasukan murid ke asrama pula, ia berdasarkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK),” katanya pada sesi sidang media yang berlangsung di Auditorium Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Berkenaan pemansuhan UPSR, Dr Mohd Radzi berkata, satu sesi Libat Urus KPM telah dijalankan melibatkan pelbagai pihak iaitu guru besar, guru, ibu bapa, murid dan persatuan yang berkaitan.

IKLAN

“Pagi tadi saya telah membentangkan memorandum berkenaan perkara ini. Kira-kira 1700 peserta telah menghadiri sesi tersebut.

“Pihak berkenaan telah memberikan pandangan masing-masing dan pandangan mereka ini diambil kira sehinggalah keputusan memansuhkan UPSR dibuat,” katanya.

Antara pandangan yang diberikan adalah:

1) Pandangan guru besar dan guru

IKLAN
  • Apabila tumpuan diberikan pada UPSR, banyak masa di sekolah di tumpukan kepada subjek-subjek yang tertentu sahaja.
  • Guru-guru akan menghabiskan silibus dengan secepat mungkin.
  • Guru-guru juga terpaksa menyusun kembali jadual bagi subjek yang tidak diduduki dalam UPSR.

2) Pandangan ibu bapa

  • Perlu memberi tumpuan lebih kepada anak-anak yang bakal duduki UPSR sehingga tumpuan pada anak-anak lain berkurangan.
  • Anak-anak tertekan kerana perlu membuat persediaan yang jitu dalam menghadapi peperiksaan. Ada kalangan murid telah bersedia daripada awal kerana persediaan UPSR.
  • Anak-anak fokus untuk dapatkan 6A. Jika tidak dapat capai apa yang ibu bapa inginkan, akan timbul masalah pada anak tersebut.
  • Ada yang melihat yang UPSR adalah saluran untuk masuk ke asrama penuh.

Sementara itu, Dr Mohd Radzi berkata, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini dibatalkan selepas mengambil kira masa yang ada bagi pelajar-pelajar membuat persediaan khusus secara berdepan bersama guru-guru di sekolah.

IKLAN

“Mengambil kira keadaan penularan Covid-19 yang masih belum dapat ditangani sepenuhnya, kaedah petaksiran murid boleh terus dilaksanakan seperti tahun lepas berdasarkan tiga komponen utama iaitu PBD, PPSi dan PAJSK.

“Bagi kemasukan ke sekolah khusus Tingkatan Empat untuk tahun 2022, ia akan dibuat berdasarkan PKSK, maknanya kalau anak-anak berhasrat memasuki sekolah berasrama penuh pada tahun depan, mereka boleh menduduki PKSK pada tahun ini,” katanya lagi.

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA