Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Alpha'Terima kasih cikgu' - Ucapan ringkas tukang kebun sekolah buat ramai warganet...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

‘Terima kasih cikgu’ – Ucapan ringkas tukang kebun sekolah buat ramai warganet rasa sebak!

“Memberi kadangkala tidak perlu untuk kita pergi jauh, depan mata pun sudah ada”

Ini kata Cikgu Maisarah Hannan Chong Abdullah kepada wartawan GPSBestari, baru-baru ini.

Menurut Guru Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent St Cecilia, Sandakan, Sabah, sekeliling kita sebenarnya ramai yang memerlukan bantuan.

“Di sekolah misalnya, ada individu-individu yang memerlukan bantuan daripada kita. Bantuan berupa keperluan makanan, kebersihan diri dan banyak lagi memang mereka perlu.

“Cuma kita yang kadangkala tak nampak kesusahan insan-insan ini. Maafkan kami,” ujar beliau.

Cikgu Maisarah Hannan berkata, di sekolah tempatnya mengajar, ada seorang tukang kebun yang dikenali sebagai Mohd Amin Hammu.

IKLAN

“Dia sangat menjaga kebersihan kawasan sekolah tanpa mengira masa. Rajin menanam dan menjaga kesuburan pokok-pokok bunga serta banyak lagi,” katanya.

Menurut guru ini, Pakcik Mohd Amin sudah lama berkhidmat di sekolah itu.

“Ada cerita tentang dia yang ingin saya kongsikan kepada semua. Moga ia memberi satu pengertian bermakna buat kita,” ujarnya.

*****

IKLAN

CATATAN PADA APRIL 2021

Sosok tubuh tua ini adalah pakcik tukang kebun juga pembersihan di sekolah saya. Sudah agak lama juga dia berkhidmat di sini.

Kerana adanya tugasan yang perlu diselesaikan segera, maka dengan rela dan gembira saya turunlah ke sekolah hari ini.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

PKP tak PKP, kerja hakiki wajib disiapkan. Rindu dengan suasana sekolah juga sebenarnya. Alang-alang sudah berada di sekolah, saya cari pakcik untuk dibawa berbual seperti biasa…Hajat tersirat nak bagi sumbangan barangan dapur Ramadan sebenarnya.

IKLAN

Sepanjang menguruskan makanan percuma untuk murid waktu rehat, selalunya bahagian pakcik akan saya asingkan siap-siap. Bolehlah untuk dia buat minum petang.

Bagilah apa saja. Sikit atau banyak. Pakcik tetap tersenyum menyambutnya dengan balasan ucapan “Terima Kasih Cikgu.”

Hidup ini begitulah. Kadang-kadang kita tak perlu pergi jauh untuk ciptakan moment kasih sayang.

Lihat saja yang terdekat pasti ada peluang di situ. Cuma saja kadang kita tak perasan. Nampak tak, ruang dalam menyebarkan kebaikan itu sebenarnya luas.

Adik dan abang…MEMBANTU tidak hanya sekadar memberi. Memberilah untuk menjadi INSPIRASI pada yang lain agar dapat bersama menyebarkan KEBAIKAN.

Sumber: Facebook Maisarah Hannan

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA