HomeGen Alpha'Tak pernah terlintas nak jadi cikgu, tapi bila mak menadah tangan dan...
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

‘Tak pernah terlintas nak jadi cikgu, tapi bila mak menadah tangan dan berdoa…’ – Cikgu Firdauz

Ketika di bangku sekolah, pasti ramai kalangan guru bertanyakan tentang cita-cita anda.

Soalan seperti “Bila besar nak jadi apa”; “Apa cita-cita awak”; “Kenapa pilih nak jadi cikgu yea” dan macam-macam lagi, adalah antara yang ditanya oleh cikgu masing-masing.

Bagi mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas, Cikgu Firdauz Abdullah, kisah tentang ‘cita-cita’ mengembalikan semula memorinya satu ketika dulu.

“Saya sebenarnya tak pernah terfikir nak jadi seorang guru. Mungkin saya melihat yang kerjaya guru sekadar berada di sekolah dan hanya menjalankan aktiviti dalaman sahaja.

“Tetapi, apabila ibu mahukan saya menjadi cikgu…saya terdiam buat seketika,” kata Cikgu Firdauz yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Program II, GENIUS Kurnia, Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ikuti cerita penuh makna yang dikongsi Cikgu Firdauz menerusi laman facebooknya, baru-baru ini.

*****

Ingat lagi tak cita-cita anda waktu kecik dulu?

Aku dulu nak jadi arkitek atau jurutera. Cikgu ni tak pernah ada dalam senarai, langsung tak terlintas.

Yelah, kerja tak glamor. Pagi petang duduk sekolah, duduk bilik guru, tiada aircond dan duduk ramai-ramai. Nak kena bawa budak sana sini, makan dekat kantin je, lepas tu langsung tak ada peluang pakai suit kecuali adalah dalam majlis tertentu.

IKLAN

Bosan!

Ya, bosan pada pandangan remaja umur belasan tahun. Apalah sangat yang aku tahu kan?

Tetapi doa ibu ni memang hebat, di satu petang selepas solat Asar dan aku baru balik dari sekolah, mak aku panggil menghadap.

“Pilih masuk kelas aliran apa tadi?”

Kebetulan, itu minggu pertama aku di Tingkatan Empat. Sepanjang minggu tersebut kami menduduki taklimat oleh pihak sekolah berkenaan subjek-subjek yang ditawarkan mengikut jurusan yang ada.

“Rekacipta mak, dalam tu ada Lukisan Kejuruteraan dan Rekacipta selain Fizik dan Add Math. Saya kan nak jadi arkitek, tak pun jurutera. Oklah tu mak”

IKLAN

“Tapi mak nak awak jadi cikgu…”

Tanpa berlengah, mak aku terus menadah tangan dan berdoa.

Terkedu mendengar setiap bait doa yang diucapkan beliau.

Walaupun aku dah masuk belajar di Politeknik dalam jurusan senibina, jalan untuk menjadi guru tu tetap terbentang luas dan ‘memaksa’ aku untuk terjerumus ke dalam bidang pendidikan.

Akhirnya, selepas tiga tahun menuntut ilmu di maktab perguruan, bergelarlah aku sebagai seorang guru secara rasminya pada tahun 2005.

Namun begitu, hidup aku sebenarnya memang banyak dihabiskan di sekolah. Dari Tahun 1 lagi aku asyik habiskan masa di perpustakaan sekolah, masuk Tahun 4 asyik menyibuk di bengkel KH pula. Saja buat-buat rajin bantu cikgu mengemas bengkel, sambil-sambil buat muka seposen minta nak main LEGO Technic.

IKLAN

Tingkatan 1 hingga 5 pun sama, aku banyak habiskan masa di makmal komputer sekolah untuk belajar macam-macam. Dari baiki komputer, word processing hinggalah design. Fuh! Macam-macam bahan penerbitan keluar di bawah team aku dulu.

Selain makmal komputer, muka aku memang jadi pengunjung tetap perpustakaan, kalah perpustakaan tau…aku lagi kerap ada dari depa.

Nampak tak? Betapa cintanya aku kepada sekolah. Yang kelakarnya, pada sesiapa yang kenal aku. Memang begitulah aku, memang suka habiskan masa di sekolah. Sampailah ke hari ini, habis sekeluarga aku angkut ke sana.

Bukannya apa, biarlah depa faham apa yang aku buat dan biar mereka dekat dengan ilmu. Alhamdulillah, ia juga membina karekter aku hari ini.

Selagi terdaya, aku akan terus menyumbang bakti dalam bidang pendidikan ini. Bantu yang mana boleh dan perjuangkan yang mana patut demi generasi mendatang.

Kita kalau tak suka, janganlah susahkan orang yang hendak lakukan perubahan demi kebaikan.

Kalau kita ada idea pula, janganlah dibuat berseorangan. Ajaklah mereka yang kita percaya untuk bersama-sama. Buat dalam ruang lingkup kita dahulu dengan harapan ia menjadi inspirasi kepada yang lain.

Sekali dipanggil cikgu, selamanya ia kekal di situ. Maka, jagalah panggilan keramat ini agar tidak membawa malu.

Sumber: Facebook Firdauz Abdullah

Artikel Berkaitan

MESTI BACA