Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaTak mahu jumpa doktor gigi! Ini cara mudah menangani rasa takut dalam...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
627FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Tak mahu jumpa doktor gigi! Ini cara mudah menangani rasa takut dalam kalangan murid

“Esok, doktor akan datang ke sekolah untuk membuat pemeriksaan dan rawatan gigi. Jadi, awak semua wajib datang tanpa pengecualian.”

Ini antara ayat yang sering diingatkan oleh guru kepada murid-murid setiap kali doktor dan jururawat pergigian datang ke sekolah untuk pemeriksaan gigi.

Bagaimanapun, kehadiran mereka ke sekolah bukan menjadi persoalannya, yang ingin GPSBestari kongsikan adalah mengenai perasaan takut terhadap rawatan tersebut.

Kenapa kita terutamanya murid sekolah gerun dan trauma dengan pemeriksaan gigi?Adakah kerana takut berdepan dengan kesakitan atau pernah berhadapan dengan pengalaman buruk?

Gambar hiasan daripada Pexels.

Untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai ‘perasaan takut terhadap rawatan pergigian’, berikut disertakan sedikit panduan buat anda.

Jom baca dan fahamkan maklumat seperti dipetik menerusi Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

*****

1) Apa itu takut terhadap rawatan pergigian’?

Ia bermaksud takut dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan pergigian.

2) Siapa yang mengalami perasaan takut ini?

Secara amnya, lebih ramai kaum wanita berbanding lelaki, dan lebih ramai orang muda berbanding mereka yang lebih berumur dilaporkan mengalami perasaan takut terhadap rawatan pergigian. Ada yang mengatakan perasaan takut adalah lebih jika ia melibatkan rawatan-rawatan yang lebih rumit seperti pembedahan berbanding dengan rawatan mudah seperti penskaleran dan pembersihan gigi.

3) Adakah perasaan takut ini biasa?

IKLAN

Di Amerika Syarikat, dianggarkan 75 peratus daripada orang dewasa mengalami perasaan takut terhadap rawatan pergigian. Daripada jumlah ini lebih kurang lima hingga 10 peratus mengalami fobia pergigian di mana mereka sangat takut dengan rawatan pergigian sehingga sanggup mengelak daripada menerima rawatan dalam apa juga keadaan.

Di Malaysia, perasaan takut ini sangat tinggi. Satu kajian yang dilakukan pada sekumpulan 407 orang dewasa melaporkan sebanyak 94.1 peratus. Keputusan yang sama juga dilaporkan untuk golongan remaja dan murid-murid sekolah rendah. Di Malaysia, perasaan takut dengan rawatan pergigian merupakan satu masalah yang dihadapi oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira usia.

Gambar hiasan daripada Pexels.

4) Apa yang menyebabkan perasaan takut timbul?

Ramai melaporkan perasaan takut ini bermula selepas menerima rawatan pergigian yang menakutkan, rumit ataupun menyakitkan terutama ketika umur masih muda. Sebab itulah, pemeriksaan berkala sangat penting untuk mengelakkan berlakunya masalah pergigian.

Perasaan takut dengan rawatan pergigian juga boleh bermula selepas mendengar pengalaman yang menakutkan atau pun pendapat yang negatif mengenainya daripada rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain.

Perasaan takut dengan rawatan pergigian boleh dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:

a) Pengalaman buruk: Perasaan fobia ini selalu dikaitkan dengan pengalaman rawatan pergigian yang buruk dan menggerunkan. Selain disebabkan oleh rawatan pergigian, pengalaman buruk juga boleh berlaku disebabkan oleh perlakuan psikologikal seperti dimalukan oleh doktor gigi.

IKLAN

b) Pernah didera: Fobia dengan rawatan pergigian selalu berlaku dalam kalangan mereka yang pernah mengalami penderaan fizikal atau emosi oleh orang lain.

c) Doktor gigi yang tidak prihatin: Ramai (walaupun dalam kalangan golongan profesional pergigian) yang menganggap perasaan takut sakit menyebabkan ramai yang mengelakkan diri daripada berjumpa dengan doktor gigi.

Hakikatnya, takut sakit sahaja tidak semestinya merupakan satu masalah tetapi rasa sakit yang disebabkan oleh doktor gigi yang tidak bertimbang rasa lebih memberikan impak psikososial yang besar. Rasa sakit yang disebabkan doktor gigi yang bertimbang rasa tidak akan menyebabkan trauma psikososial yang begitu besar.

d) Memalukan: Sebab-sebab lain berlakunya fobia dengan rawatan pergigian termasuk doktor yang tidak sensitif, kata-kata yang memalukan daripada doktor.

e) Belajar daripada pemerhatian: Satu sebab lain ialah daripada pemerhatian. Jika seorang ibu, bapa atau penjaga takut dengan doktor gigi, anak-anak mungkin akan mengalami perasaan yang sama walaupun tidak pernah mengalami pengalaman yang buruk.

f) Stres selepas pengalaman yang traumatik: Kajian menyatakan bahawa orang-orang yang pernah mengalami pengalaman yang amat dahsyat akan mengalami stres selepas pengalaman yang traumatik.

Ini dikategorikan sebagai pemikiran pengalaman yang buruk dan mimpi ngeri dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan doktor gigi atau pun rawatan pergigian.

Baca juga “Andai terbaca tulisan ini, hubungilah cikgu, cikgu tak sabar nak tahu perkembangan kamu semua.”

IKLAN

Baca juga Perpustakaan terima buku dipinjam 73 tahun lepas, tengok berapa denda yang dikenakan. Sangat mengejutkan!

5) Komplikasi – Apakah akibatnya jika adanya perasaan takut dengan rawatan pergigian?

Perasaan takut dengan doktor gigi merupakan halangan utama untuk menerima rawatan bagi kebanyakan orang. Mereka yang takut dengan rawatan pergigian ini mengelak daripada menerima rawatan dan hanya pergi jika mereka mengalami kecemasan seperti sakit gigi atau pun gusi bernanah. Ini akan menjadikan keadaan lebih teruk kerana mereka memerlukan rawatan yang lebih rumit dan akhirnya, akan menambahkan perasaan takut.

Satu kajian turut melaporkan, mereka yang mempunyai skala takut yang tinggi dengan rawatan pergigian adalah enam kali lebih tinggi membatalkan temujanji rawatan berbanding dengan mereka yang berada di skala yang lebih rendah.

Selain daripada menyebabkan gigi dan gusi rosak, takut terhadap rawatan pergigian dan kesihatan mulut yang buruk boleh mempengaruh keyakinan diri seseorang. Kadangkala, mereka yang mengelak daripada berjumpa doktor gigi akan menghadapi masalah psikologikal. Di tambah dengan perasaan kurang yakin dengan kesihatan mulut yang kurang baik, ia akan menghalang pergaulan sosial seseorang.

Gambar hiasan daripada Pexels.

6) Cara Mengatasi – Bagaimana mengatasi masalah takut?

Kebanyakan perasaan fobia ini berlaku disebabkan pengalaman dengan doktor gigi yang tidak mempunyai skil, tidak prihatin atau tidak layak. Dapatkan maklumat mengenai klinik serta doktor pergigian sebelum anda ke sana.

Selain itu, teknik-teknik lain yang pernah digunakan untuk menolong pesakit yang takut adalah menggunakan ubat bius (mild sedatives). Komunikasi secara bersemuka yang bagus, menjawab jawapan pesakit dengan mendengar dengan baik akan mengurangkan perasaan resah mereka.

Akhir sekali, cara yang terbaik untuk mengurangkan masalah pergigian yang akan mengakibatkan rawatan yang kompleks ialah dengan mempraktikkan tabiat penjagaan gigi yang baik dan menjaga kesihatan mulut.

Sumber: Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Artikel Berkaitan

MESTI BACA