Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaAktivitiSMJK Jit Sin Juara Kuiz Sains dan Matematik Kebangsaan 2021
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

SMJK Jit Sin Juara Kuiz Sains dan Matematik Kebangsaan 2021

KUALA LUMPUR – Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin muncul juara Kuiz Sains dan Matematik Kebangsaan 2021 edisi maya anjuran Fakulti Sains Gunaan Universiti UCSI dan Kolej UCSI selepas menewaskan 171 pasukan lain dari seluruh negara, baru-baru ini.

Tan Kai Wei, Loh Hong Sheng dan Francis Teoh Dun Yong dari Pulau Pinang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1000, serta yuran penuh pengajian di UCSI bagi setiap seorang beserta sijil.

Pengasas dan Naib Canselor Universiti UCSI, Datuk Peter Ng berkata, penganjuran pertandingan buat kali kelapan ini bertujuan memupuk kepentingan Sains dan Matematik dalam gaya hidup seharian.

IKLAN

“Objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk memupuk peri pentingnya Sains dan Matematik dalam kehidupan.

“Di mana sains itu sendiri sebagai amalan gaya hidup sihat yang boleh diamalkan, beri kesedaran dan disampaikan kepada yang tersayang,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kuiz Sains dan Matematik Kebangsaan 2021 edisi maya, baru-baru ini.

IKLAN

Pertandingan yang pertama kali diadakan secara maya susulan pandemik yang melanda dunia ini juga bertujuan untuk menguji ilmu pengetahuan dan kepantasan berfikir para peserta dalam subjek Sains, Matematik, Biologi, Kimia dan Fizik sekaligus untuk mendorong potensi pelajar dalam bidang-bidang ini.

IKLAN

Penganjuran kali ini menerima 172 penyertaan dengan 516 orang peserta dari sekolah-sekolah di seluruh negara dengan mengangkat tema ‘Nutrition for Life’ di mana elemen ini diterjemahkan dalam soalan-soalan kuiz selain soalan berkaitan Sains tulen dan Matematik.

 

Artikel Berkaitan

MESTI BACA