HomeGen AlphaAktivitiSK Bukit Rahmat lancar TV Pusat Sumber Sekolah
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

SK Bukit Rahmat lancar TV Pusat Sumber Sekolah

TANGKAK – Dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rahmat, Tangkak, Johor, melancarkan TV Pusat Sumber Sekolah (TVPSS) dan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) Al- Jazari di sini baru-baru ini.

Guru Besar SK Bukit Rahmat, Muhammad Hafifi Radzuwan berkata, TVPSS adalah projek khas inovasi pusat sumber sekolah dalam usaha menyokong pembelajaran abad ke-21.

Ujarnya, menerusi TVPSS, murid akan dilatih untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan, berkolaboratif dalam satu pasukan, berkongsi idea dan kreativiti serta berfikir secara kritis terutamanya dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi.

Mohd Hanafi (kiri) dan Muhammad Hafifi bergambar kenangan sempena majlis pelancaran TVPSS SK Bukit Rahmat.

IKLAN

“TVPSS ini juga membuka peluang kepada lebih ramai murid untuk mengetengahkan bakat dan potensi mereka dalam pelbagai bidang.

“Selain itu, projek khas TVPSS ini juga diharap dapat melahirkan murid yang berpotensi menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dan berwibawa baik di dalam mahupun di luar sekolah,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian TVPSS.

IKLAN

Majlis perasmian disempurnakan Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak, Mohd Hanafi Samad yang turut melancarkan program SKBR Showcase.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena majlis pelancaran TVPSS antaranya pameran projek inovasi kios ‘PdPR On The Go’, projek 1kelas 1TV dan intercom sekolah, robotik, floorball, dan inovasi murid yang telah mencapai pingat emas peringkat antarabangsa.

IKLAN

Mohd Hanafi menandatangani plak perasmian sempena majlis pelancaran TVPSS dan Pusat STEM Al- Jazari SK Bukit Rahmat.

Berkongsi mengenai kejayaan SK Bukit Rahmat dalam bidang STEM pula, Muhammad Hafifi berkata, sekolah berkenaan pernah menyertai pertandingan inovasi peringkat antarabangsa iaitu International Invention, Innovation & Technology Exhibition Malaysia (ITEX) 2020 dalam kategori World Youth Inventors Exhibition (WYIE).

“Selain itu, sekolah ini juga pernah mengadakan lawatan penanda aras inovasi sekolah di SK Canossian Convent, Segamat, Johor, pada September tahun lalu dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) perkongsian kebitaraan sekolah dalam pembangunan bakat murid menerusi bidang STEM,” katanya.

Artikel Berkaitan

MESTI BACA