HomeGen AlphaSetia mengajar walau ada yang melawan, itulah sikap guru yang buat ramai...
168,577FansLike
4,980FollowersFollow
634FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Setia mengajar walau ada yang melawan, itulah sikap guru yang buat ramai sebak

Seringkali kita membaca kisah-kisah duka berkenaan pelajar di dada-dada akhbar dan media sosial.

Pelajar melawan cakap guru, guru dikhianati pelajar dek kerana dendam, masalah akhlak yang agak merunsingkan dan pelbagai isu lain yang dilihat semakin membimbangkan dari hari ke hari.

Walaupun cikgu diperlakukan sedemikian rupa oleh pelajar, namun jarang sekali warga pendidik berputus asa dalam memberi didikan terbaik kepada anak bangsa.

Mereka tetap setia mengajar dan sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak-anak didiknya berjaya dalam kehidupan.

Nurulisyazila Othaman dari Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata, Islam mengajar kita agar menghormati guru sepertimana kita menghormati ibu bapa.

“Guru umpama pengganti kedua orang tua ketika di sekolah ataupun di tempat-tempat menuntut ilmu.

“Ini kerana ilmu yang dituntut dengan adab yang dipelihara adalah ilmu yang di dalamnya penuh dengan keberkatan.

Baca juga Pelajar menipu dalam resume ketika memohon kerja, ini 5 padah yang menanti

Baca juga Cikgu boleh guna 9 cara kreatif ini untuk tarik minat pelajar suka buku teks. Berkesan!

“Pesan Imam Malik RA: “Pelajarilah adab sebelum mempelajari sesuatu ilmu” jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja ilmu penting dalam kehidupan manusia, tetapi adab juga penting dalam proses menuntut ilmu.

IKLAN

“Ilmu bersama adab pastinya akan memberi lebih keberkatan dalam hidup seseorang,” katanya seperti dipetik menerusi portal UTHM.

Kredit gambar: Facebook Pe Chey

Sambung Nurulisyazila lagi, terdapat beberapa adab terhadap guru yang boleh pelajar amalkan.

“Adab yang paling mudah adalah memberi salam. Selain dapat mewujudkan sikap hormat menghormati antara murid dengan guru, salam juga adalah sunnah baginda Rasulullah SAW untuk merapatkan lagi hubungan persaudaraan.

“Seterusnya, ketika guru sedang menyampaikan ilmu di hadapan kelas, sebagai pelajar kita perlu memberi perhatian sepenuhnya.

“Elakkan berbual-bual tentang perkara yang tidak berkaitan dengan rakan di sebelah mahupun leka melayari media sosial atau permainan pada telefon pintar.

IKLAN

“Sikap ini menyebabkan kita mungkin tidak dapat memahami atau tertinggal isi-isi penting yang sedang disampaikan oleh guru masing-masing,” ujarnya.

Seterusnya, elakkan membantah teguran dan nasihat yang diberikan oleh guru.

Sikap ini seolah-olah melawan kata-kata ibu bapa kita.

Pastinya setiap teguran dan nasihat itu membawa kebaikan kepada kita semua.

Namun begitu, kata pensyarah ini lagi, guru juga insan biasa yang tidak sempurna. Jika ada yang perlu ditegur dalam proses sesi pengajarannya untuk penambahbaikan di masa akan datang, pelajar-pelajar boleh menyalurkannya dengan menggunakan medium yang betul.

“Kerana itu juga, kita dapati kebanyakkan tempat-tempat pengajian ilmu menyediakan satu medium atau platform khas untuk cadangan dan penambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran.

IKLAN

“Elakkan menggunakan media sosial sebagai tempat untuk menulis bagi menghina dan mengecam guru-guru sekiranya tidak bersetuju dengan caranya kerana ia bukan sahaja tidak memberi sebarang faedah dan kebaikan, namun dianggap seperti mengumpat, mengaibkan dan memburukkan guru-guru kita.

“Sudah pasti keberkatan dalam menuntut ilmu itu akan hilang. Mungkin juga keberkatan itu tidak kita sedari pada ketika ini, namun kesannya akan dirasai pada masa akan datang,” tuturnya.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Dalam pada itu, kita juga digalakkan mendoakan guru-guru dengan doa-doa yang baik.

“Sesungguhnya setiap doa yang baik akan kembali kepada pendoanya. Tidak rugi jika kita mendoakan orang lain kerana doa juga merupakan hadiah terbaik buat semua orang termasuk cikgu,” jelas beliau.

Akhir sekali, tanggal 16 Mei merupakan tarikh yang memberi banyak makna kepada semua para pendidik tidak kira di mana jua mereka berada dan siapa yang mereka didik.

“Sambutan ini tidak terbatas kepada guru di sekolah tetapi kepada semua yang bergelar pendidik termasuk jurulatih, pengajar dan pensyarah.

“Mereka ibu bapa kedua bagi setiap pelajar ketika di sekolah, universiti atau setiap pusat-pusat latihan.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar semua guru sentiasa dilimpahi rahmah dan kesejahteraan selalu. Peliharalah adab antara pelajar dan guru dalam mencari keberkatan ketika menuntut ilmu,” katanya.

Artikel Berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

MESTI BACA