HomeGen AlphaSeronoknya BelajarRahsia menang emas pertandingan inovasi PDP. Ini kata Guru Inovatif Melaka
164,827FansLike
4,964FollowersFollow
603FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Rahsia menang emas pertandingan inovasi PDP. Ini kata Guru Inovatif Melaka

 

Rahsia menang emas pertandingan inovasi PDP. Ini kata Guru Inovatif Melaka

Guru Inovatif Melaka, Cikgu Mohd Azif Shukor berkongsi rahsia menang pingat emas, platinum dan anugerah khas pada pertandingan inovasi PDP.

Berkata kepada GPS Bestari, Cikgu Mohd Azif yang juga Guru Cemerlang Fizik, Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka memberitahu, setiap guru perlu tahu banyak perkara tentang inovasi.

“Cikgu-cikgu mesti faham dan betul-betul study. Barulah kejayaan menjadi milik anda,” katanya.

Ikuti perkongsian beliau seperti dipetik menerusi laman facebooknya itu.

**********

IKLAN

Cikgu Mohd Azif menulis perkongsian berupa dialog bagi memudahkan semua guru dan orang ramai memahami dengan mudah.

Cikgu C: Cikgu Azif…macam mana nak menang pingat emas untuk inovasi yer…?

Cikgu Azif: Ooo..nak emas kita kena ikut kriteria pemarkahan pertandingan inovasi. Setiap pertandingan tak sama kriteria pemarkahannya. Inovasi produk tak sama macam inovasi apps. Cikgu kena betul-betul study. Jangan salah sana, salah sini jika tak menang emas. Kena muhasabah diri dan produk kita.

Cikgu C: Ooo…Macam tu yer cikgu. Patutlah saya punya inovasi asyik-asyik dapat perak. Tak pernah dapat emas. Saya hampir putus asa Cikgu Azif. Boleh cikgu beritahu apakah yang paling penting dalam inovasi?

IKLAN

Cikgu Azif: Dalam inovasi ini, perkara paling penting adalah sebar luas inovasi. Kita tak nak orang kata inovasi kita bersifat syok sendiri dan satu lagi dapatkan maklum balasa daripada pakar content seperti Guru Cemerlang, SISC+, pensyarah dan penggiat inovasi. Kongsilah inovasi kita dengan kumpulan sasaran kita. Lagi ramai yang guna lagi baik (elemen ketekalan).

Cikgu C: Itu saja cikgu…?

Cikgu Azif: Tidak cikgu. Cukuplah pada peringkat permulaan cikgu buat yang saya cakap tu sebagai persediaan awal. Kalau cikgu nak pergi lebih jauh cikgu kena buat penambahan beberapa aspek lagi.

IKLAN

Cikgu C: Baik cikgu Azif. Terima kasih cikgu.

Sumber: Facebook Mohd Azif

Artikel menarik

Ini cara paling seronok belajar Sejarah – Guru ini kongsi enam tip skor A subjek ini

Cikgu-cikgu jangan patah semangat ya, kali ini Cikgu Rauf kongsi tip kekal semangat belajar di rumah

Artikel Berkaitan

MESTI BACA