Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen AlphaSeronoknya BelajarFakta menarik untuk pelajar ambil tahu; 4 mata wang nilai paling tinggi...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

Fakta menarik untuk pelajar ambil tahu; 4 mata wang nilai paling tinggi di dunia

Cuba teka, mata wang manakah yang paling tinggi nilainya di dunia? Pasti ramai yang akan menjawab Pound Britain, Euro dan Dollar AS.

Salah, mata wang yang paling tinggi nilainya bukanlah dari negara orang barat tetapi dari negara Timur Tengah.

Berikut merupakan nilai mata wang tertinggi di dunia;

1. Dinar Kuwait
Tahukah anda negara Kuwait adalah negara yang mempunyai nilai mata wang tertinggi di dunia. Ia melebihi nilai AS dan dikenali dengan kod KWD.

Jika anda melihat kepada nilai tukaran di antara Ringgit Malaysia dan Dinar Kuwait, anda akan melihat kepada nilai tukaran yang sangat besar seperti di bawah;

1 KWD = 3.26 USD (Dinar Kuwait kepada Dollar AS)

1 KWD = 2.80 EUR (Dinar Kuwait kepada Euro)

1 KWD = 13.61 MYR (Dinar Kuwait kepada Ringgit Malaysia)

Sebab utama nilai mata wang negara ini sangat tinggi adalah kerana aktiviti pengeksportan minyak yang begitu penting buat pasaran dunia global. Malahan Kuwait juga adalah negara kecil dengan ekonomi yang begitu besar.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

IKLAN

Hal ini kerana negara ini sangat bergantung kepada ekonomi berasaskan petroleum, pengeluaran dan eksport minyak. Oleh itu, Kuwait boleh dianggap sebagai salah satu negara terkaya di dunia.

2. Dinar Bahrain
Dinar Bahrain adalah mata wang kedua paling tinggi nilainya di dunia. Kod rasmi bagi mata wang negara ini adalah BHD. Ia juga menunjukkan nilai yang besar apabila ditukar dengan mata wang lain.

1 BHD = 2.65 USD (Dinar Bahrain kepada Dollar AS)

1 BHD = 2.27 EUR (Dinar Bahrain kepada Euro)

1 BHD = 11.06 MYR (Dinar Bahrain kepada Ringgit Malaysia)

Negara ini merupakan negara yang mempunyai populasi seramai satu juta penduduk sahaja. Seperti Kuwait, Bahrain juga merupakan negara yang sangat bergantung kepada industri minyak.

IKLAN

Baca juga: Penjagaan suara kalangan guru-guru, ini tip penting yang perlu dititikberatkan

Baca juga:Antara ruang yang sudah dibuat mengikut SOP KPM. SMK Tanah Merah kini bersedia

3. Riyal Oman
Oleh kerana negara Oman yang terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu di Semenanjung Arab, negara ini dilimpahi dengan ekonomi yang maju serta taraf hidup tinggi.

Perkara ini turut memberi impak kepada mata wang mereka apabila berada pada tempat ketiga sebagai mata wang paling tinggi di dunia. Kod rasmi bagi mata wang riyal Oman adalah OMR.

1 OMR = 2.60 USD (Riyal Oman kepada Dollar AS)

1 OMR = 2.23 EUR (Riyal Oman kepada Euro)

IKLAN

1 OMR = 10.84 MYR (Riyal Oman kepada Ringgit Malaysia)

Salah satu info menarik tentang negara ini adalah akibat daripada nilai mata wang yang begitu tinggi, kerajaan Oman terpaksa mengeluarkan wang kertas dengan nilai 1/4 dan 1/2 riyal sahaja.

4. Dinar Jordan
Jordan bukanlah merupakan sebuah negara yang maju dari aspek ekonomi, bahkan mereka tidak juga miliki sumber semula jadi seperti minyak seperti tiga negara di atas tetapi mata wangnya masih lagi tinggi.

Perkara ini boleh dilihat melalui pertukaran Dinar Jordan dengan mata wang lain. Kod rasmi bagi mata wang ini adalah JOD.

1 JOD = 1.41 USD (Dinar Jordan kepada Dollar AS)

1 JOD = 1.21 EUR (Dinar Jordan kepada Euro)

1 JOD = 5.88 MYR (Dinar Jordan kepada Ringgit Malaysia)

Nilainya yang hanya jauh sedikit sahaja dari Dinar Jordan dan AS Dolar, tapi masih lagi merupakan antara nilai yang tertinggi di dunia.

Sumber:outlook asia

Artikel Berkaitan

MESTI BACA