Gerbang Aspirasi Generasi Mahir

HomeGen Alpha9 aktiviti berkumpulan yang boleh guru dan pelajar cuba sepanjang kelas bersemuka...
165,358FansLike
4,980FollowersFollow
630FollowersFollow
17,100SubscribersSubscribe

9 aktiviti berkumpulan yang boleh guru dan pelajar cuba sepanjang kelas bersemuka dan PdPR. Mudah dan sangat menarik!

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan pengoperasian sekolah 2021 dilanjutkan sehingga Februari 2022, pada Ahad (12 September).

Pengumuman dalam sidang media di Putrajaya itu turut memberitahu sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagi pelajar-pelajar yang kekal mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), diharapkan terus bersemangat untuk belajar dan menimba ilmu.

Untuk guru-guru pula, anda sememangnya sudah melakukan yang terbaik dan semoga segala apa yang sedang dan bakal dilakukan dalam PdPR, dipermudahkan Allah.

Menerusi blog mudah.mengajar.com, ada memuat naik perkongsian mengenai aktiviti berkumpulan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar sepanjang kelas bersemuka dan dalam talian.

“Memang agak mustahil untuk membuat aktiviti berkumpulan. Namun, guru-guru boleh cuba buat dengan kreativiti masing-masing.

“Sebagai membantu cikgu semua, saya kongsikan sembilan perkara yang boleh dilakukan dan aktiviti-aktiviti ini sangat bersesuaian bagi tempoh antara 20 hingga 30 minit,” kata Cikgu Herryan Syah Tupan Surian, pemilik blog tersebut.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Mari ikuti perkongsian Cikgu Herryan Syah yang merupakan Pegawai School Improvement Specialist Coach (Sisc+), Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Johor, dan pernah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulai, Johor, sebagai pendidik.

Semoga bermanfaat.

1) Idea Berangkai

Beberapa murid dalam grid, dipetakkan sebagai satu kumpulan. Contohnya enam meja berasingan sebagai satu kumpulan.

Ahli pertama menuliskan kenyataan. Kemudian, kenyataan disambung oleh murid kedua dan seterusnya. Jika tiada kenyataan atau ayat baharu, murid lain dalam kumpulan boleh membuat pembetulan atau semakan sahaja. Pilih seorang sebagai ketua kumpulan. Kemudian hasil kerja kumpulan dibacakan oleh ketua kumpulan atau guru.

2) Gallery Walk

Kerja berkumpulan hasil daripada Idea Berangkai ditampal pada dinding. Seorang wakil ahli kumpulan akan keluar untuk membuat lawatan dan membaca serta memberi ulasan kepada hasil perbincangan kumpulan lain.

IKLAN

3) Kuiz pertandingan antara kumpulan

Buat pertandingan antara kumpulan. Boleh buat kumpulan berdasarkan grid meja seperti yang dinyatakan dalam aktiviti Idea Berangkai.

Jika ada enam ahli satu kumpulan, guru boleh bahagikan kepada enam bahagian tajuk. Setiap seorang akan pelajari atau kuasai satu bahagian tajuk. Jadi semua orang ada peranan. (Jika relevan atau praktikal sahaja).

4) Quizizz/Kahoot Team Mode

Jalankan aktiviti pertandingan Quizizz atau Kahoot Team Mode. Setiap kumpulan akan bersaing. Konsep ini sama seperti aktiviti nombor tiga cuma dijalankan secara digital.

5) Mentimeter

IKLAN

Dengan menggunakan sebarang peranti, murid boleh menggunakan peranti masing-masing dan kemudiannya layari menti.com dan masukkan kod. Kemudian murid respon kepada soalan guru. Dengan itu, semua idea, komen dan ulasan murid dipaparkan. Murid lain boleh mengajukan pendapat mereka.

6) Padlet

Setiap kumpulan akan memasukkan ‘thread’ mereka sendiri. Murid dalam kumpulan lain boleh berikan respon dengan like / love, masukkan komen atau mengajukan soalan. Murid hanya berhubung secara digital.

Baca juga Semangat perpaduan Sekolah Wawasan…pendidik, YDP PIBG kongsi idea dan pandangan

Baca juga Pelajar 11 tahun berniaga di Shopee, nak beli telefon baru untuk PdPR

Peranan guru dalam bilik darjah adalah sebagai pemberi input dan memandu murid dalam menjalankan aktiviti interaksi menggunakan gajet dengan Padlet.

7) Stretch A Sentence

IKLAN

Murid pertama menulis perkataan pertama, murid seterusnya sambung. Pastikan setiap kumpulan bermula dengan perkataan pertama. Tentukan skop yang kecil.

Contohnya bentuk muka bumi. Cameron Highlands adalah…hasilnya akan dibacakan oleh ahli kumpulan yang terakhir. Pusingan dibuat sebanyak tiga kali atau sehingga masa tamat.

8) Choice Boards

Setiap kumpulan diberikan sekeping Choice Boards. Ada sembilan petak. Enam murid hanya pilih enam petak aktiviti yang mereka boleh lakukan. Setiap petak ada pelbagai aktiviti berkaitan tajuk pembelajaran pada hari tersebut atau pun sepanjang minggu. Hasil kumpulan dipersembahkan dengan menampal pada sehelai kertas mahjong yang besar atau pada papan bahagian kumpulan.

9) Think Pair Share

Aktiviti ini mudah sahaja. Murid bersebelahan berbincang dan dapatkan satu persetujuan dan menuliskan jawapan atau keputusan mereka. Kemudian seorang daripadanya akan mengajukan hasil kepada wakil daripada pasangan yang lain. Kemudian keputusan diambil. Sesuai untuk kelas kurang daripada 28 murid.

Beberapa aktiviti digital di atas mewujudkan suasana pembelajaran Blended Learning yang mana ia menjadi separuh manual dan separuh digital.

Hal ini dapat membantu guru memberi penerangan bersemuka di samping penggunaan teknologi pendidikan untuk memberi sokongan kepada input manual.

Semua aktiviti di atas adalah cadangan. Jika agak berat untuk 20 minit, boleh ringkaskan tajuk atau soalan.

Selamat mencuba.

Sumber: Blog mudahmengajar

Artikel Berkaitan

MESTI BACA